Kes bayi tersedak susu sampai meninggal sudah kerap didengari. Biasanya ia berlaku ketika bayi berada di bawah penjagaan pengasuh atau di taska.
Kesedihan ahli keluarga yang terpaksa menanggung kehilangan anak tersayang pastinya sukar digambarkan dengan kata-kata. Walaupun ia satu kemalangan namun hanya yang pernah melaluinya sahaja tahu betapa pedih dan sakitnya melalui ujian tersebut.
Sebenarnya ibu bapa, pengasuh dan pihak taska perlu tahu apa langkah yang patut mereka buat sekiranya bayi disyaki mengalami masalah tersedak susu.
Sekurang-kurangnya bila tahu langkah keselamatan dan rawatan kecemasan ia dapat mengurangkan risiko kematian bayi.
Perkongsian daripada jururawat Bel Nawhen mengenai rawatan kecemasan sekiranya berhadapan masalah bayi atau kanak-kanak tercekik sama ada tersedak susu atau objek lain diharap bermanfaat kepada semua.
Tercekik Dan Rawatan Kecemasan.
Baru sahaja cerita seorang bayi meninggal di taska kerana tercekik susu. Keadaan itu disedari agak terlewat oleh petugas disana.
Sebenarnya, tercekik merupakan salah satu sebab kematian yang tidak disengajakan dikalangan kanak-kanak.
Kematian berlaku disebabkan saluran pernafasan menjadi sempit tersekat separuh atau sepenuhnya dan menyebabkan kekurangan (menghalang) oksigen memasuki paru-paru dan seterusnya ke otak.
Apa-apa jenis objek boleh menjadi sebab kepada tercekik tidak kira duit syiling, manik, tulang ikan/ayam, buah pinang, gigi palsu, mainan kanak-kanak dll.
Mereka yang tercekik boleh dilihat melalui tanda;
• Sesak nafas secara tiba-tiba dan bunyi nafas seolah bersiul (ada kesekatan berlaku). • Spontan menggenggam kerongkong. • Kawasan bibir kebiruan tanda kekurangan oksigen. • Mereka kelihatan cuba bernafas dengan cepat. • Pengsan • Berhenti bernafas. • Tersedak tiba-tiba. • Batuk dan cuba batuk lebih kuat.
Jika anak/mangsa tercekik;.
√Kenalkan diri dan tanya jika perlukan bantuan.
√ Minta mangsa untuk batuk dengan kuat.
Kalau tak keluar, cuba tepuk belakang mangsa.
√ Minta bantuan jika keadaan tidak terkawal.
√ Buka mulut anak atau minta mangsa membuka mulut bagi melihat lokasi objek yang menyekat.
– Jika objek JELAS kelihatan, keluarkan dengan menggunakan jari kelingking, jika tidak, JANGAN jolok jari ke dalam tekak (dibimbangi akan menyebabkan objek lebih tersekat dan membawa kemudaratan).
√ Tepuk belakang mangsa (antara tulang belikat) dengan menggunakan tapak tangan dan kepala mangsa menunduk kebawah.
** JANGAN mendongakkan kepala mangsa.
Jika tercekik tidak dapat diberikan bantuan segera, beberapa komplikasi boleh berlaku antaranya radang di paru-paru, kerosakan otak kerana kekurangan oksigen ke otak dan kematian.
Boleh juga gunakan kaedah Heimlich Maneuver seperti gambar disediakan. Boleh juga search di youtube tentang kaedah Heimlich Maneuver yang betul.
Kanak-kanak, sering ingin mencuba beberapa perkara baru. Bagi mengelakkan kejadian tercekik kerana mereka rajin mengutip dan memasukkan objek kedalam mulut;
• Sediakan makanan dalam saiz kunyahan. Asingkan tulang dan isi bagi ikan dan ayam.
• Jangan beri anak masa makan dan bermain SERENTAK. Dibimbangi akan menyebabkan mereka menyuap mainan ke dalam mulut kerana menyangkakan ia juga boleh dimakan.
• Pastikan kawasan gapaian anak-anak seperti meja, lantai, mini almari serta kawasan bermain mereka bebas dari objek kecil, berwarna warni seperti manik, duit syiling, guli dll.
• Elakkan makanan yang boleh menyebabkan anak-anak yang belum pandai mengunyah dari tercekik seperti kacang, buahan berbiji seperti mata kucing/rambutan dan gula-gula.
• Beri mainan yang bersesuaian dengan umur kanak-kanak bukannya objek kecil yang menarik perhatiannya untuk dimasukkan ke mulut.
1. JANGAN beri anak minum susu secara langsung dengan menyendal sebarang objek dibawah botol susu. Saiz puting yang tidak serasi boleh menyebab susu keluar lebih banyak dan bayi tidak dapat menelan sempurna hingga menyebabkan anak tercekik susu.
2. TINGGIKAN kepala bayi sedikit sewaktu menyusukan bayi untuk memberi keselesaan kepada bayi selain memberikan bukaan ruang di dada lebih luas.
3. BELI PUTING mengikut saiz bayi dan pastikan tidak terlalu besar hingga membuatkan susu keluar terlalu cepat.
Notakaki;
Tercekik merupakan kes kecemasan. Ia bukan kes biasa-biasa yang mana boleh lewat dirawat.
Si comel Nur Fatima Aisya sentiasa menjadi perhatian ramai tiap kali mommy dan daddynya berkongsi gambar atau video gelagat puteri kesayangan mereka.
Fatima yang kini menginjak usia 7 bulan, dah mula makan dan setiap reaksinya benar-benar nampak menyelerakan.
Menerusi perkongsian Fazura, tiap kali disuap, tak pernah lagi Fatima mengelak sebaliknya sentiasa buka mulut. Bukan itu je, lambat sikit bagi, terus tak sabar. Responnya sangat mencuit hati.
Mengikut kata Fazura, Fatima alah dengan ikan salmon. Jadi terpaksa tukar menu baru iaitu sayur bayam, nasi dan ikan kod. Tak sangka dengan menu tu, betul-betul membuatkan Fatima berselera.
Tambah Fazura, kemungkinan Fatima demam ni sebab nak beralih bulan atau pun nak tambah gigi lagi. Syafakillah Fatima sayang.. Sayang manja mommy daddy.
Dalam satu video yang dikongsikan, nampaknya Fattah Amin tetap cuba melayan puterinya biarpun mood masih tak ok.
Daddy tetap cuba nak bagi Fatima senyum dengan membacakan buku tapi raut wajah Fatima nampak dia masih tak bermaya.
Rata-rata warga maya mengharapkan agar Fatima cepat sembuh dan kembali senyum seperti sediakala. Ramai yang rindukan celotehnya yang aktif.
Kredit: IG fattzuralovelife
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Deena Emir, Isteri kepada pelakon popular, Saharul Ridzwan telah berkongsi sebuah video di instagram dimana anaknya Muhammad Luth Ali yang berusia 1 tahu lebih yang sedang bermain dengan barang make-up nya secara senyap-senyap.
Video yang mendapat hampir 30 ribu tontonan memaparkan Ali yang comot dan keseluruhan bilik penuh dengan lipstick ibunya telah menarik minat Netizen. Video tersebut telah dimuatnaik dengan caption “Jangan percaya bila anak boleh diam je bila bermain”.
Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman anak-anak mereka yang sedang membesar. Tak kurang juga ada yang menasihati supaya barang-barang tersebut diletakkan di tempat yang tinggi dan selamat.
Masalah tulang pinggul bayi teralih atau hip dysplasia kerap ditemui pada masa pemeriksaan selepas bayi baru lahir oleh doktor (kongenital) tetapi ada yang berkembang selepas itu.
Hip dysplasia yang berpunca daripada masalah kongenital sejak lahir seperti genetik, masalah dalam rahim, kedudukan bayi yang songsang dan ketidakseimbangan hormon ibu semasa hamil.
Bagi hip dysplasia yang terjadi selepas lahir (bukan kongenital), ia sukar untuk dikesan kerana tidak menyebabkan rasa sakit pada bayi dan biasanya tidak menghalang mereka daripada belajar berjalan dan berjalan pada usia yang sepatutnya.
TANDA-TANDA SEBELUM BAYI BERJALAN
Anda perlu memerhatikan tanda awal hip dysplasia pada bayi seperti berikut;
-Kesukaran untuk menukar lampin anak kerana bahagian kelangkangnya sempit.
– Lipatan kulit pinggul tidak seimbang antara satu sama lain.
– Sebelah kaki pendek dan terkeluar.
– Pinggul berbunyi setiap kali digerakkan.
TANDA-TANDA SELEPAS BAYI BERJALAN
Apabila kanak-kanak mula berjalan ibu bapa mungkin melihat kaki anak tengkot. Jika hip displasia ini melibatkan kedua-dua belah kaki, mereka kemungkinan akan berjalan seperti itik dan punggung tertonggek. Sekiranya ia berlaku pada sebelah sahaja dan tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kaki anak jadi pendek sebelah.
PASTIKAN PENGGENDONG BAYI DIGUNAKAN DENGAN BETUL!
Pemakaian penggendong bayi yang salah boleh menjadi salah satu punca kepada masalah tulang pinggul ini. Perhatikan penggendong yang anda gunakan dan cara pemakaiannya terhadap bayi, adakah ia mendedahkan si manja kepada masalah hip dysplasia? Pastikan bentuk penggendong dan cara pemasangannya tidak menghalang perkembangan semula jadi pinggul bayi.
1.PENGGENDONG BAYI JENIS HARNESS
CARA TIDAK DISARANKAN
Pinggung tidak disokong sehingga sendi lutut. Tekanan pada sendi pinggul menyumbang kepada berlakunya hip dysplasia.
CARA YANG DISARANKAN
Pinggul disokong sehingga ke sendi lutut. Tekanan pada sendi pinggul adalah minimum kerana kedua-dua belah kaki terkangkang, tersokong oleh penggendong. Pinggul berada dalam keadaan lebih stabil.
Pastikan pinggul bayi berada pada paras tulang rusuk mama/papa. Bayi seperti duduk dengan kedua belah paha terbuka dan mengelilingi bahagian bawah tulang rusuk ibu (spread squat position). lutut bayi lebih tinggi daripada punggung dan seolah-olah terlipat sedikit bagi memastikan bahagian pinggul disokong.
2.PENGGENDONG BAYI JENIS SLING
CARA TIDAK DISARANKAN
Pemakaian baby sling yang memerlukan posisi kaki bayi berada dalam keadaan lurus dan dirapatkan.
CARA YANG DISARANKAN
Baby sling perlu menyokong pinggul dan membiarkan kedua-dua belah kaki terbuka bagi memastikan pinggul dalam posisi stabil.
DAPATKAN RAWATAN SEGERA
Jika khuatirkan kedudukan tulang pinggul bayi anda dan mungkin telah menunjukkan tanda-tandanya, dapatkan rawatan doktor segera. Pemeriksaan akan dijalankan untuk mengesan sebarang tanda-tanda hip dysplasia. Ujian ultrasound biasanya dilakukan untuk bayi yang berusia kurang daripada tiga bulan manakala ujian X-ray dilakukan untuk bayi yang berusia enam bulan ke atas.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.