Bab kebersihan mesti menjadi perkara nombor satu bila anda ada anak kecil kerana mereka ini golongan yang mudah dijangkiti virus dan kuman yang ada di merata-rata tempat sekeliling mereka.

Antara yang paling mudah menjadi punca jangkitan kuman iaitu botol susu yang anak gunakan. Di situlah tempat utama bakteria dan kuman mudah bersarang sekiranya ibu ayah tak menjaganya dengan betul.

Perkongsian dan pengalaman jururawat terlatih Puan Nur Nabiila Masfuzah Binti Abdullah patut dijadikan panduan kepada semua ibu ayah.

Menjadi jururawat di unit kanak-kanak memberikan saya peluang untuk menyaksikan keletah anak-anak serta ibu bapa dalam menjaga kebersihan dan kesihatan anak-anak.

Tetapi, rupanya masih ada yang kurang ilmu dan pengetahuan berkaitan penjagaan kebersihan botol susu. Ia merupakan perkara yang perlu dijaga rapi bagi mengelakkan jangkitan berlaku pada anak hanya kerana culas dalam menjaga kebersihan botol susu dengan betul.

Ada sahaja saya lihat botol berkerak dengan sisa susu basi kemudian anak dibiarkan menghisapnya tanpa rasa bersalah. Cuba kita sebagai ibu bapa minum minuman basi, sakit perut tak? Apatah lagi kanak-kanak. Ibu bapa kena ingat, kanak-kanak bawah 5 tahun amat mudah dijangkiti virus. Jangan ambil mudah penjagaan botol susu anak.

Pastikan anda;

1. Kerap mencuci puting botol susu anak.

Jururawat Terlatih Pesan Jangan Ambil Mudah Kebersihan Botol Susu Anak Sebab Punca Mudah Dapat Penyakit

Semasa mencuci puting susu , anda perlu bersihkan ia dengan span lembut supaya ia tidak mengoyakkan puting. Pastikan setiap sudut dicapai hingga ke hujung puting susu. Asingkan setiap bahagian dan komponen botol susu.

2. Elak biarkan sisa susu tidak habis berlama-lama di dalam botol.

Jururawat Terlatih Pesan Jangan Ambil Mudah Kebersihan Botol Susu Anak Sebab Punca Mudah Dapat Penyakit

Sisa susu perlu terus dibuang kerana ia boleh menjadi medium pembiakan kuman dan bakteria, menjadi basi dan menimbulkan bau yang kurang enak. Ini secara automatik akan menyebabkan kebersihan botol susu menjadi terganggu.

IKLAN

3. Pastikan botol susu sentiasa kering.

Jururawat Terlatih Pesan Jangan Ambil Mudah Kebersihan Botol Susu Anak Sebab Punca Mudah Dapat Penyakit

JANGAN simpan ia terus dalam keadaan basah dan tertutup, botol yang basah dan tidak kering dengan sempurna serta dibiarkan tertutup akan menjadi perumah kepada bakteria dan kuman. Segera keringkan botol setelah dibersihkan atau anginkan ia dengan meletakkan di tempat rak yang dikhaskan bagi mengeringkan botol dan puting.

4. Sterilkan botol dan puting secara berkala.

Jururawat Terlatih Pesan Jangan Ambil Mudah Kebersihan Botol Susu Anak Sebab Punca Mudah Dapat Penyakit

• Bagi menyahkuman botol dan puting, pensterilan boleh dilakukan dengan menggunakan alat khas atau merebus botol susu dan puting setelah dibersihkan.

• PASTIKAN keseluruhan botol dan puting susu terendam SEPENUHNYA didalam air.

• Rebus cukup setakat air mendidih dan biarkan sekurang-kurang 2-3minit setelah mendidih.

• Keluarkan botol menggunakan penyepit khas agar kesterilannya terjaga.

IKLAN

• Kemudian lap dan keringkan botol susu sebelum disimpan.

5. Gunakan cairan pembersih botol susu yang betul dan berus yang betul.

Jururawat Terlatih Pesan Jangan Ambil Mudah Kebersihan Botol Susu Anak Sebab Punca Mudah Dapat Penyakit

Bukannya menggunakan cairan pencuci pinggan mangkuk dan mencampur span cuci pinggan. Pastikan botol dibilas sempurna.

6. Pastikan anda mempunyai lebih dari tiga botol susu untuk anak.

Jururawat Terlatih Pesan Jangan Ambil Mudah Kebersihan Botol Susu Anak Sebab Punca Mudah Dapat Penyakit

Minimum dicadangkan adalah 5-8. Lagi banyak botol susu, lagi peluang jagaan botol boleh ditingkatkan. Bertukar-tukar botol susu boleh membenarkan botol bergilir-gilir dibersihkan sempurna.

7. Buang botol dan puting jika kelihatan merekah, koyak, pecah

IKLAN

Jururawat Terlatih Pesan Jangan Ambil Mudah Kebersihan Botol Susu Anak Sebab Punca Mudah Dapat Penyakit

Ini kerana bakteria mampu kekal hidup dan membiak dipermukaan yang telah rosak dan mampu bertahan dengan lama.

Jururawat Terlatih Pesan Jangan Ambil Mudah Kebersihan Botol Susu Anak Sebab Punca Mudah Dapat Penyakit

8. Tukar botol sekurang-kurang setiap 3bulan-6bulan sekali atau sekurang-kurang apabila botol telah berubah warna, kelihatan kekuningan dan bercalar sana sini.

9. Galakkan anak minum menggunakan cawan seawal yang boleh dan secara berperingkat.

Jururawat Terlatih Pesan Jangan Ambil Mudah Kebersihan Botol Susu Anak Sebab Punca Mudah Dapat Penyakit

Justeru, jika anak yang mengambil susu formula menggunakan botol susu mengalami cirit birit. Perhatikan cara pengendalian botol susu dan puting sebelum melihat kepada faktor penyumbang yang lain.

Notakaki;

Saya tidak mengatakan bahawa memberi susu formula ini tidak elok, jangan nanti ada yang manipulasi ayat saya dan membandingkan dengan pemberian susu ibu. Rezeki setiap ibu berbeza. Kena ingat itu.

Nur Nabiila Masfuzah Binti Abdullah
Jururawat Terlatih

Sumber: Facebook Medical Mythbusters Malaysia

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI