Anak susah nak makan memang masalah yang sering dihadapi ibu pa. Kesukaran ini kadangkala menyebabkan kebuntuan. Apa kata mama papa cuti tip daripada juruterapi ini.

Bila anak susah untuk makan, mama papa tentu runsing anak tidak mendapat keperluan nutrisi yang cukup untuk tumbesaran. Dalam kes tertentu, si manja terlalu bergantung kepada susu.

Sedangkan bila anak sudah berusia dua tahun, makanan pelengkap amat mustahak untuk menampung permintaan proses perkembangan fizikal seperti perkembangan otak, saraf, otot, gigi dan sebagainya.

Perkongsian daripada Puan Nor Fikrah, seorang Juruterapi Fizikal telah berkongsi menerusi posting Facebook beliau mengenai solusi masalah ini.

 

#1 KURANGKAN PEMBERIAN SUSU

Juruterapi Ini Kongsi Tips Bagi Anak 2 Tahun Ke Atas Makan Dengan Berselera Tanpa Drama Air Mata. Mudah Je Rupanya!

Sekiranya anak anda bergantung dengan formula milk,sila kurangkan pemberian susu formula.

Lengkapkan pemakanan anak anda dengan 3 kali makanan berat (nasi,sayur,protien) dan 2 kali makanan snek sihat seperti :

  • Buah segar yang dipotong.
  • Buah-buahan kering: aprikot, kurma, prun
  • Kekacang : Badam, walnut dan lain-lain.

Juruterapi Ini Kongsi Tips Bagi Anak 2 Tahun Ke Atas Makan Dengan Berselera Tanpa Drama Air Mata. Mudah Je Rupanya!

IKLAN

Bila dah lengkap complete and snack meal, barulah boleh nak bagi susu pada anak.

Juruterapi Ini Kongsi Tips Bagi Anak 2 Tahun Ke Atas Makan Dengan Berselera Tanpa Drama Air Mata. Mudah Je Rupanya!

Bukan bagi susu dulu lepas tu baru bagi makanan berat. Memang anak tidak akan makan nasi lepas menyusu. Sebab anak dah kenyang kerana minum susu.

#2 HENTIKAN BERI MAKANAN TINGGI LEMAK, GARAM & GULA

Berhenti berikan makanan tinggi lemak,garam,gula-gula ,kek, coklat, ais krim, kentang goreng, roti, biskut dan air birkabonat (no junk and fast food).

Bila anak disaji dengan makanan yang masin manis dan berlemak macam ni, taste bud anak kecil akan lebih memilih untuk makan benda macam ni,dan akan menentang keras dengan rasa sayur yang sedikit pahit.

IKLAN

Juruterapi Ini Kongsi Tips Bagi Anak 2 Tahun Ke Atas Makan Dengan Berselera Tanpa Drama Air Mata. Mudah Je Rupanya!

#3 TERAP AMALAN MAKAN SIHAT

Terapkan amalan makan secara sihat di antara kanak-kanak seperti :

  1. Makan pada waktu yang ditetapkan
  2. Hidangan pelbagai sayur pada setiap waktu makan
  3. Gantikan snek dengan buah-buahan.
  4. Haramkan pemberian air manis dan berwarna
  5. HARAMKAN gajet pada waktu makan.

Juruterapi Ini Kongsi Tips Bagi Anak 2 Tahun Ke Atas Makan Dengan Berselera Tanpa Drama Air Mata. Mudah Je Rupanya!

Ramai parents yang bagi gajet masa waktu makan,dengan alasan anak taknak duduk diam di meja makan, which it so wrong.

Pada waktu makan, masa ni kita perlu berinteraksi dengan anak, tanya dia makan sayur warna apa, ikan warna apa, nasi warna apa dan lain-lain. Masa makan adalah masa emas untuk hasilkan komunikasi dua hala.

IKLAN

#4 MOHON IBU BAPA BERSABAR 

Sekiranya anak masih meronta nak menyusu dengan botol, mohon ibu bapa sabar dan keep promote anak makan dengan makanan, sebab nak berubah ni tak mudah,bila ada proses perubahan,Insya Allah akan ada progress yang lebih baik.

Juruterapi Ini Kongsi Tips Bagi Anak 2 Tahun Ke Atas Makan Dengan Berselera Tanpa Drama Air Mata. Mudah Je Rupanya!

Offer healthy meal. Take it or leave it.

Jangan gatal-gatal nak offer susu botol.

Suap je nasi,sayur dan ikan. Nak tak nak, anak tu akan makan juga. Sebab dia dah kelaparan.

Hati mak pak kena kental. Jangan kalah dengan tangisan stimulasi anak-anak tu.

Last but not least. Don’t let children rule the roost.

Sumber: Puan Nur Fikrah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI