Masalah angin dalam badan atau sembelit biasa berlaku dalam kalangan ibu. Rasa sengkak bila badan berangin atau sakit perut tapi susah nak ‘keluar’ memang menyakitkan. Boleh buat kita hilang mood!
Melalui perkongsiannya di laman Facebook, Lainatul Aisyah berkongsi satu resipi yang menggunakan lemon dan halia untuk membantu mengatasi masalah ini. Cara untuk membuatnya juga mudah. Tambah menarik, jus ini juga membantu proses menurunkan berat badan.
Ikuti perkongsian ini.
Artikel Lain: [Bantu Suami kurangkan Ketagihan Merokok, Buatkan Air Halba Untuk Dia Minum. Senang Je Resipinya!]
RESIPI JUS LEMON & HALIA
Jom saya kongsikan sedikit tips untuk kurangkan berat badan
Angin-angin dalam tubuh terkeluar lepas minum jus ni. Lega weh
Yang paling best perut boroi dah tak de
Timbangan pun dah turun. syokkkk tauuu.
Senang dan menjimatkan. Tak payah beli produk mahal2
Buat sendiri kebersihan terjamin.
Jom pakat-pakat amalkan. Semoga bermanfaat
Resepi di gambar yer
Tak faham nanti leh tanya tau.
BAHAN-BAHAN:
1-2 biji lemon (bergantung pada banyak mana kita nak buat)
Halia seketul ikut kesesuaian. Banyak pun takpe nanti angin lgi cepat keluar.. Haha
3-5 keping Asam
5-7 biji asam boi putih (bergantung pada masing2. Saya letak k asam boi sebab tak nak rasa masam asam keping tu banyak sangat. Nak seimbangkan rasa masam tuu)
CARA-CARA:
1. Basuh bersih semua bahan tadi. Toskan.
2. Siap basuh dan potong bahan bahan tadi.
3. Masukkan air sebanyak 5 cawan. Rebuskan semua bahan2 tadi.
4. Biarkan mendidih sehingga paras air surut mencecah 2-3 cawan
Kacau sebati. Tutup api
5. Biarkan sejuk suam2 gituuu.. Hihi
Jangan terus minum tau. Nanti melecur mulut susah pulak cari ubat lain.
Ok.. Bila dah sejuk leh lah simpan yang lebih dalam peti ais tau
Nanti nak minum keluarkan jer.. Biarkan habis suhu sejuk tu dulu baru leh terus minum..
Tadaaa..
Dah buleh minum. Rasa sedap masam2 pedas gitu.
Masuk dalam mulut memang masam tapi masuk dalam perut terasa kehangatan nye tuu. Maklumlah ada halia kan..
Tak sampai 15 minit dah sedawwaa tau. Keluar sgala angin2 monsun dalam tubuh.
Artikel Lain: [Badan Cepat Penat & Lesu Je. Ibu Ini Kongsi Resipi Jamu ‘Pulih Tenaga’ Yang Super Simple]
Ingat. Jgn jauh dari tandas yer.. Nti nak membuang tau. Takut tak sempat. Hihihi
Amalkan minum pagi dan petang slps makan malam..
Memang terkeluarlah segala harta2 pusaka dalam tubuh tuu. Haha
Yang sembelit pun leh cuba.. Memang terbaikk.
Selamat mencuba!