Kabinet Baru Di Tapis Dan Rekod Bersih Dari SPRM & PDRM, Antara Terpilih Mufti Wilayah

Share

Menerusi pengumuman senarai kabinet yang diumukan secara langsung oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri diangkat menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Ini antara ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri 

“Saya akan membentuk sebuah kabinet yang memberi tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih berfokus dan berkesan, cekap, peduli rakyat, telus dan berintegriti dengan struktur yang lebih mantap. Barisan kabinet saya akan dianggotai oleh tokoh-tokoh politik yang berpengalaman, teknokrat dan individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.

Untuk memastikan kabinet yang akan terbentuk adalah kabinet yang berintegriti, semua anggota kabinet yang akan saya umumkan sebentar lagi telah melepasi tapisan oleh pihak SPRM dan PDRM.

Saya juga akan memastikan kabinet saya adalah sebuah kabinet yang berfungsi (functional cabinet) serta dapat menyampaikan perkhidmatan yang lebih berfokus. Untuk itu, saya akan melantik empat (4) orang Menteri Kanan (Senior Ministers) yang akan membantu saya menyelaras hal ehwal kabinet yang berkaitan dengan bidang-bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.”

Published by
NuFa