Siapa yang suka makan kacang kuda? Kalau beli kat pasar ke atau mana-mana, sikit je dapat. Buat sendiri, puas hati. Modal tak sampai RM5 pun.
Tambah lagi buat kudapan depan TV. Sekali kunyah nak berhenti tu susah. Lagipun kacang kuda ni elok berbanding mengunyah bermacam-macam jajan yang tak berkhasiat.
Anak nak makan banyak pun elok dan kita tahu cara pembuatannya, tak mengandungi sebarang pewarna atau penambah rasa. Cuma kalau yang ada anak kecil, jika tak mahu ada rasa pedas, boleh ubah suai ikut citarasa anak. Yang penting senang je nak buat.
Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh Atiqah Zaki melalui FB Resepi Masakan
Resipi Kacang Kuda
– Kacang kuda (rendam semalaman, lepas tu rebus sampai lembut dan toskan)
– Bawang merah (hiris-hiris je)
– Bawang putih (hiris-hiris je)
– Cili kering (potong 2 atau 3)
– Daun kari (ikut suka nak bape pelepah)
– Bancuhan serbuk kari 1 sudu (kalau banyak, pahit)
– Air
– Garam
Cara-cara:
Tumis bawang merah, bawang putih sampai kekuningan. Masukkan cili kering, daun kari.
Kacau-kacau, masukkan bancuhan serbuk kari. Gaul sikit then masukkan air. Jangan banyak sangat, cukup untuk buat salut kacang. Bagi menggelegak, masukkan garam.
Kacau-kacau, masukkan kacang. Gaul sampai sebati.. Lepas tu dah puas hati, tutup api, sejukkan. Kalau tak sabar, boleh ngap terus.
P/s: lebih sedap kalau dah masuk peti ais then baru makan. Sebab salutan tu meresap dalam kacang. Kalau baru-baru lagi, dia tak cukup resap.
Oh ye, ada jugak yang letak ikan bilis. Nak bagi penambah rasa. Saya buat sesimple mungkin je. Boleh olah ikut citarasa sendiri. Tapi macam gini je pun dah sedap..
Kredit: Atiqah Zaki
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)