Melihatkan kelincahan isteri kepada penyampai radio, Johan, iaitu Ozlynn pastinya ada rahsia yang diamalkan oleh Ozlynn biarpun sudah beranak enam. Ozlynn sentiasa kekal sihat dan aktif malah berjaya mengekalkan kerampingannya.
Rupanya ibu kepada enam cahaya mata ini seorang yang cukup berdisplin menjaga pemakanan dan rutin pantangnya setiap kali berpantang. Ozlynn yang kini masih lagi berpantang anak keenamnya, berkongsi rahsia amalan pantangnya.
Menerusi Instagram, ibu yang gemar memasak ini berkongsi amalan pantang yang sering dilakukannya.
“Suka tangas, bagus untuk kaum hawa. Seminggu 3 kali pun cukup tapi jujur aku cakap, selalu lepas abes pantang 44 hari aku masih lagi berpantang.
“Pantang makanan sejuk, frozen, fastfood, air kordial, air gas, air tin. Ada yang aku pantang sampai 2 tahun tak usik, ada yang setahun ada yang 6 bulan, bergantung minuman or makanan tu,” kongsinya.
Berpengalaman melahirkan anak melalui kaedah pembedahan, kata Ozlynn selepas beberapa bulan barulah dia mula bersenam dan mengamalkan rutin berpantang yang sama seperti melahirkan anak secara normal.
“Selalu bersalin normal lepas 3 bulan aku akan slowly workout yang ringan-ringan. Cardio dan yang boleh merenggangkan dan menegangkan balik tubuh yang lembik. Kalau csect pun aku ada pengalaman, after 6-8 month baru boleh start workout manja-manja dan hasilnya baby nak masuk 10-12 bulan perut aku dah tegang balik.
“Pakai girdle sape yang czer, sebab bagus support perut supaya tak banyak bergegar bila kita bergerak sebab luar yang jahit or tampal dah kering tapi yang dalam lemak isi yang dijahit dalam tu belom tentu dah kering or sihat ye.
Ads
“Pakai bengkung yang support untuk pinggang tu pun boleh pakai untuk yang czer dan please jaga pemakanan. Aku kadang bila tiba baby anjak 3 bulan aku amik balik package berpantang paling kurang seminggu 2.
“Ada yang cakap bagus ozlynn jaga dalaman untuk suami.. hellooooo! Saya jaga badan untuk diri sendiri bukan suami sebab kalau sakit bukan laki kau boleh amik sakit tu pun. Tapi rezeki suami kita dapat kita yang jenis menjaga dalaman,” kongsi Ozlynn lagi.
Sauna dan berbengkung sendiri
Ibu kepada enam orang cahaya mata ini tidak hanya mengamalkan rutin pantang yang cukup berdisiplin bahkan kata Ozzlyn, biarpun selepas pantang, dia akan terus melakukan aktiviti sihat semasa berpantang secara sendirian.
Tidak hanya berkongsi ceritanya bahkan ibu lincah ini turut sama berkongsi tip, petua dan nasihat untuk pengikutnya.
Ads
“Kadang aku buat sendiri je, bersauna sendiri berbengkung sendiri.. ada rezeki lebih dapat la amik tukang urut kan. Apapun kita semua kena sedar diri tahap kemampuan keluarga kita, toksah ikut orang.
“Kadang ada je orang ada duit tapi tak nak jaga diri so stop cakap alaa ko ada duit boleh la. Benda ni kalau ko rajin, tak yah guna modal pun boleh jaga badan. Buat keje umah pon kategori exercise tau.. jaga anak masak pun boleh buat kita berpeloh.. kan ke sihat.
“Eh laki aku pon vacum mop umah, basuh toilet tukar cadar katil, berus baju putih guna tangan, so jawapan dia exercise ni tak semestinya gym, banyakkan minum air suam. Aku sentiasa ada botol besar kat sebelah, akan sentiasa suam.
“So kaum hawa, pantang dengan laki pun kalau boleh biar la lepas 100 hari. Pepandai la nego, paling tak pun 44 hari kan. Suami yang baik akan support untuk jaga kesihatan isteri. Kami cuti lama, buat kaum hawa jangan stress-stress if ada perubahan pada bentuk tubuh kita. Thank you kak sri @auliyabeautycareandconfinement,” tulisnya berkongsi.
Rata-rata pengikut Ozlynn turut bersetuju dan mengagumi disiplin pantang Ozlynn. Malah ada juga yang turut sama berkongsi tip berpantang mereka di ruangan komen.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kehilangan ibu bapa tercinta di usia kecil bukan sesuatu yang mudah. Begitulah yang dialami oleh lima beradik ini apabila hilang tempat bergantung selepas kedua ibu bapa meninggal dunia akibat wabak Covid-19.
Lima beradik dari Kota Perdana, Seri Kembangan di sini yang berusia antara 3 hingga 11 tahun menjadi yatim piatu dalam tempoh dua bulan selepas ibunya baru dijemput ilahi Khamis lalu manakala arwah bapanya meninggal dunia Ogos lalu.
Kisah sedih keluarga itu dikongsi adik kepada ibu lima beradik itu, Mohd Ariff Hafizan Abdul Razak, 36, yang menyatakan arwah kakaknya, Ida Haryanie, 38, meninggal dunia pada Khamis lalu manakala abang iparnya, Mohd Nasir Tahal, 46, meninggal dunia dua bulan lebih awal selepas menerima rawatan di Hospital Putrajaya.
Ida Haryanie yang juga anak sulung dan surirumah manakala Mohd Nasir seorang kontraktor meninggalkan lima anak, Muhammad Hadhrami, 11; Husna Humaira, 9; Muhammad Harraz, 7; Muhammad Hawwas, 6 dan Hannan Humaira, 3.
Menurut Mohd Ariff, kakaknya bertarung nyawa melawan COVID-19 sejak 29 Julai lalu, manakala abang iparnya dimasukkan ke hospital seminggu lebih awal dan meninggal dunia pada 11 Ogos lalu.
Pada pertengahan Julai lalu keluarga kakaknya dijangkiti COVID-19 namun lima anak saudaranya menjalani kurantin di rumah.
“Kehilangan dua ahli keluarga secara serentak ini amat memilukan kami lebih-lebih lagi mengenangkan nasib lima beradik yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang.
“Arwah abang ipar dan kakak ditidurkan sebelum meninggal dunia kerana mengalami komplikasi. Lebih menyedihkan arwah kakak tidak tahu suaminya telah meninggal dunia kerana ketika itu dia masih dalam proses ditidurkan,” katanya.
Mohd Ariff yang bertugas di Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kuala Lumpur, berkata ibu bapanya yang tinggal di Bukit Tinggi, Klang telah berpindah di rumah arwah bagi menjaga lima cucunya di samping kami adik beradik datang membantu pada hujung minggu.
Jenazah pasangan itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi’ Cyber 10, Cyberjaya.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak berita penularan wabak HFMD makin meningkat, ramai ibu bapa mula risau nak bawa anak keluar berjalan atau melakukan aktiviti luar rumah. Kebanyakannya berpendapat ada baiknya duduk di rumah sahaja daripada terpaksa lihat anak menderita sakit. Itu saja caranya.
Namun bagi ibu bapa yang terpaksa juga bawa anak keluar atas sebab-sebab tertentu, langkah pencegahan perlu memandangkan sekarang ini pelbagai wabak penyakit ada.
Nak mudah boleh ikut tip ibu ini, Hani Mynis dalam menyediakan barang keperluan khas untuk anaknya keluar lagi-lagi waktu wabak HFMD sedang merebak.
Sekarang ni musim HFMD tengah sakan merebak kan? Selepas insiden Aqil kena HFMD kali ketiga (dia dah pernah kena HFMD tiga kali berturut-turut dalam tempoh lima bulan 2016) dulu-dulu, Hani jadi sedikit paranoid dengan kebersihan sekeliling Aqil kalau kita orang bawa dia berjalan terutamanya ke pasaraya atau taman permainan dalam kompleks membeli belah (kesian anak ibu, paranoid punya pasal setahun lebih ibu ayah “haramkan” dia dari jejak “indoor playground”).
Oleh itu, kita orang pastikan beg jalan Aqil lengkap dengan barang yang kita orang perlukan untuk pastikan sejarah tak berulang.
Ingat tak hani pernah kongsi ‘Medical kit Aqil’ haritu? Kit perubatan Aqil ni memang kitorang wajib bawa kalau balik kampung atau berjalan jauh-jauh/melancong.
Tapi kalau setakat berjalan dekat-dekat ke pasaraya, atau ke taman permainan, “beg jalan Aqil” lah penyelamat. Beg jalan Aqil ni memang ditinggalkan je sangkut dalam kereta jarang bawa masuk rumah kecuali nak ‘restock’ barang dalam beg. Sebab tak nak ada risiko beg tertinggal dan keluar berjalan tanpa beg ni.
Memandangkan ada yang tanya apa yang wajib bawa dalam beg jalan Aqil ni, Hani kongsikan untuk semua ibu bapa.
Walaupun tiga kali Aqil kena HFMD bukan lah semata-mata disebabkan indoor playground/troli pasaraya, this is the least that we can do. Kita tak boleh kawal kebersihan semasa di taska/rumah pengasuh.
Apa yang penting selain kita ambil langkah berjaga-jaga untuk sedaya upaya elakkan anak terkena HFMD ialah kesedaran untuk kuarantin anak kita kalau dia dah terkena HFMD untuk mengelakkan anak kita menjangkiti kanak-kanak lain.
Apabila anak bakal memasuki usia 5 tahun, sudah tentu ibu ayah sudah memikirkan tentang pembelajaran prasekolah buat anak-anak. Bagi yang memilih untuk menghantar anak ke prasekolah swasta, sudah tentu ada pilihan tersendiri.
Manakalah ibu ayah yang bercadang untuk menghantar anak ke prasekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) anda perlu melakukan permohonan terlebih dahulu dan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Tempoh permohonan secara dalam talian bermula pada 1 Mac hingga 30 April setiap tahun. Permohonan ini harus dilakukan pada tahun sebelum anak-anak mula persekolahan.
Kaedah Permohonan Kemasukan Ke Kelas Prasekolah KPM Melalui Dua Cara Iaitu:
Dalam Talian (online)
Tempoh permohonan secara dalam talian bermula 1 Mac hingga 30 April tahun sebelumnya.
Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut.
Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan. Borang dan dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada pihak sekolah/institusi selewat-lewatnya pada 31 Mei.
Manual pengguna boleh dimuat turun daripada laman sesawang eprasekolah sebagai panduan.
Manual
Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei tahun sebelumnya.
Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah yang ingin dimohon.
Pihak sekolah/institusi mesti mencetak borang permohonan kemasukan dari laman sesawang Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).
Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.
Syarat kelayakan
Prasekolah KPM hanya dibenarkan untuk kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja.
Kanak-kanak yang mencapai umur empat tahun pada 1 Januari tahun persekolahan semasa (bagi kohort 3+ kanak-kanak yang lahir pada 2 hingga 15 Januari juga dibenarkan untuk memohon). Pemilihan murid dilakukan berdasarkan merit.
Semak permohonan
Untuk menyemak keputusan permohonan kemasukan prasekolah tersebut anda boleh Klik – E-Prasekolah
Tip belikan mainan untuk anak, barulah anak tak tantrum di tempat awam. Tantrum anak kecil sering menjadi cabaran bagi ibu bapa, terutama apabila anak sudah terbiasa mendapat apa yang mereka mahukan tanpa batasan.