Keibubapaan

Kadang Rasa Letih Emosi Hadap Benda Sama Setiap Hari, Suami Ajaklah Isteri Cuti Dekat Pun Tak Apa Bukan Minta Yang Mewah Pun!

Share

Dapat meluangkan masa Bersama keluarga pastinya sesuatu yang amat berharga bagi setiap pasangan yang telah berkahwin dan mempunyai anak-anak. Ketika itulah dapat bermesra dan habiskan masa dengan keluarga tersayang. Selain itu, dengan bercuti juga dapat mengurangkan tekanan dan memberikan mood baru dan segarkan fikiran.

Namun ada sesetengah berpendapat cuti ni perlu pakai banyak duit dan kalau tak ada bajet yang banyak tak boleh bercuti. Padahal kalau nak cuti dan gembirakan hati isteri serta anak-anak tak perlu pun percutian yang mewah, cukup sahaja bawa anak-anak berkelah ke pantai atau bawa bersiar-siar ke taman sudah cukup membuatkan mereka rasa seronok dan gembira.

Seperti perkongsian yang dibuat oleh Taufiq Razif tentang percutian yang sekejap yang dapat memberikan rasa lega dari perasaan emosi yang keletihan dengan rutin sama yang perlu dihadap setiap hari.

Setelah melalui sendiri apa yang dilalui oleh isteri ketika menjaganya sewaktu berpantang, pakar motivasi kekeluargaan ini baru tersedar bahawa bukan suatu percutian mewah yang diidamkan oleh isterinya tapi hanya untuk keluar dari ‘emotional burnout’ semata-mata.

Meskipun hanya pergi bercuti ke destinasi yang tidak jauh dari rumah, ia cukup untuk memberikan senyuman lebar kepada wajah isteri dan anak-anak tersayang.

Dulu Ada Persepsi Berbeza Tentang Bercuti

Serius dulu saya ingat bercuti ni sia sia je.

Dulu saya ni jenis yang agak serius sikit. Saya fikir buat apa nak bercuti kalau tak ada tujuan. Tengok youtube, search google pun boleh kalau nak tengok pemandangan kan.

Itu dulu. Sehinggalah satu hari hidup saya jadi macam tepu bila kena jaga isteri berpantang. Yelah, tiap hari nak kena hadap anak. Tiap hari nak kena masak. Tiap hari nak kena cuci pinggan.

Rutin yang sama ni je saya duk ulang tiap hari. Rupanya rutin harian ni perlahan lahan membuatkan hidup saya jadi tepu. Dia bukan penat fizikal sangat tapi lebih kepada ’emotional burnout’.

Masa tu lah saya baru sedar. Rupanya isteri saya bukan nak bermewah mewah dengan ajak bercuti sangat. Rupanya dia nak keluar daripada ’emotional burnout’ je!

Ni saya bawa anak isteri saya bercuti ke Port Dickson kejap. Memang nampak bersinar sinar wajahnya. Senyum je memanjang. Sebenarnya tak perlu bawa ke tempat mahal pun. Kadang ke kedai Eco ke kedai RM2 pun dia dah suka sangat dah. Ikut bajet masing masing je sebenarnya.

Selama ni kita duk ingat isteri kita manja dan mengada ngada nak ajak pergi bercuti rupanya memang benda ni keperluan bagi dia supaya emosi dan psikologinya tetap segar dan terjaga.

sumber: Taufiq Razif

 

Published by
SAHR