Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup ‘childfree’, iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.
Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak peribadi setiap pasangan, trend ini berpotensi memberi kesan besar terhadap demografi negara, termasuk mempercepatkan kadar penuaan penduduk di Malaysia.
Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, kerajaan terus menggalakkan pasangan berkahwin untuk mempertimbangkan kepentingan memiliki anak demi kelangsungan generasi dan kestabilan struktur masyarakat.
Noraini berkata, kerajaan sentiasa menyediakan bantuan, persekitaran yang sihat dan kondusif bagi membantu pasangan berkahwin, antaranya subsidi yuran pengasuhan taska sebanyak RM180 seorang bagi anak berumur 4 tahun ke bawah kepada penjawat awam yang layak, selain menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah kepada RM7,000 bagi subsidi yuran pengasuhan.
Ads
“Kita menyedari alasan pasangan memilih childfree atas faktor kos sara hidup, komitmen kerjaya, memilik kebebasan peribadi dan kualiti hidup masa hadapan.
“Namun kerajaan melakukan pelbagai intervensi dan bantuan kepada pasangan berkahwin supaya mereka memilih untuk mempunyai anak,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Khamis.
Ads
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Zulkifli Ismail (PN-Jasin) berhubung pendekatan kerajaan untuk meningkatkan kadar kesuburan keseluruhan (TFR) berikutan kadar kesuburan negara menurun ekoran trend pasangan memilih untuk tidak mempunyai anak atau childfree.
Ads
Menjawab soalan asal Zulkifli mengenai strategi kementerian dalam menggalakkan pasangan mempunyai atau menambah zuriat, Noraini berkata terdapat perkhidmatan rawatan kesuburan menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ditawarkan, malah rawatan subfertiliti LPPKN berjaya merekodkan 6,150 kehamilan setakat Okt 2024.
Beliau berkata, kerajaan turut menyediakan inisiatif khas untuk membantu meringankan beban kewangan bagi pasangan yang menjalani rawatan kesuburan seperti pengecualian cukai bagi rawatan kesuburan sehingga RM10,000, selain pengeluaran wang caruman KWSP (Akaun 2) untuk rawatan kesuburan bermula 1 Sept 2020.
“Pada 2025 pula, LPPKN akan memperkenalkan program i-KASIH (Insentif Keluarga KASIH) yang menawarkan Subsidi bagi pembiayaan kos rawatan kaedah Intrauterine Insemination (lUl) Permanian Beradas kepada 1,300 pasangan berpendapatan kurang RM10,000,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Empat bulan selepas melahirkan anak keduanya pada Oktober tahun lalu, pelakon Izara Aishah tampil berkongsi nama buah hati terbarunya.
Menerusi Instagramnya, Izara dan suami sepakat menamakan bayi perempuan comel mereka dengan nama yang cukup indah, Amara Amina.
“My second baby girl, Amara Amina,” tulisnya di Instagram.
Tidak hanya berkongsi nama, bahkan Izara juga turut memuat naik sipi-sipi wajah comel Amira Amina. Memang comel dan persis kakaknya, Irisa Alaia.
Baby comel Amira Amina yang kini berusia empat bulan itu kerap muncul menghiasi Instagram ibunya bersama kakaknya.
Dalam pada itu, ramai yang memuji nama comel Amira yang sedap didengar. Gabungan nama yang ringkas tetapi indah.
Terdahulu, Izara dan suami mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017 selepas tiga tahun menyulam cinta. Pasangan ini kini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia, 4 tahun dan Amara Amina, 4 bulan.
Anak Adam Corrie, Adam Fateh Sudah Mula Sekolah, “Hero Abah Sudah Masuk Darjah 1.” Bagi ibu bapa, melihat anak memasuki alam persekolahan adalah satu kebanggaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Anak Adam Corrie, Adam Fateh Sudah Mula Sekolah, “Hero Abah Sudah Masuk Darjah 1”
Dari seorang bayi yang dahulu ditimang, sekarang anak itu sudah mula belajar berdikari, berinteraksi dengan dunia luar, dan menempuh cabaran pertama dalam perjalanan pendidikannya.
Melalui satu hantaran yang dimuatnaik oleh Adam Corrie dilaman Instagramnya, pelakon dan usahawan itu berkongsi rasa gembira dan terujanya apabila anaknya, Adam Fateh memasuki alam persekolahan.
Hero abah @adamfatehlee sudah pergi sekolah darjah 1 hari ni. Semoga belajar rajin-rajin, hormat guru dan jaga adab serta jaga diri.- tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam satu hantaran yang lain pula Fazema berkongsi gelagat Adam Fateh sedang menikmati makanan bekal yang disediakan oleh Fazema.
Alhamdulillah mau makan mak bekalkan nasi goreng telur dan anggur. Duit belanja…dia guna ke tidak ni? Gambar cikgu hantar dalam telegram. Ibubapa tak boleh datang .. sekolah kata biarkan murid-murid berdikari. Cikgu pantau. – tulis Fazema di ruangan kapsyen.
Memasuki darjah satu hanyalah permulaan bagi perjalanan panjang seorang anak dalam dunia pendidikan. Walaupun ada cabaran yang menanti, ibu bapa tetap akan berada di sisi, menjadi pendorong, pembimbing, dan penyokong utama. Setiap langkah kecil anak di sekolah adalah satu kejayaan yang besar buat ibu dan ayah.
Buat semua ibu bapa yang menghantar anak ke darjah satu tahun ini, tahniah! Nikmatilah momen ini kerana ia adalah antara detik yang paling berharga dalam hidup sebagai ibu dan ayah.
Persis kakak dengan adik. Itulah yang boleh digambarkan mengenai dua beranak ini, Sari Yanti dan anak sulungnya, Barr Al Aliy.
Biarpun sudah punya anak yang berusia 13 tahun dan kini memasuki usia remaja, namun Sari masih dilihat kekal cantik jelita seperti tidak dimamah usia.
Menerusi Instagramnya, ibu kepada lima cahaya mata ini menitipkan ucapan buat anak sulungnya sempena hari lahir anaknya yang ke-13 tahun.
“Selamat Hari Lahir yang ke 13 tahun anak sulung mama.
“Barr Al Aliy. Semoga Allah swt kurniakan kebijaksanaan dan berikan petunjuk sepanjang perjalanan.
“Semoga menjadi anak yang soleh berjaya di dunia dan di akhirat. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim redhailah, rahmatilah, berkatilah Barr Al Aliy,” tulis Sari Yanti di kapsyennya.
Malah isteri kepada penyampai radio, Jep ini turut memuat naik beberapa keping gambar bersama anak lelakinya itu. Tidak terkecuali gambar Barr yang kini semakin kacak bergaya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya turut memuji kecantikan asli ibu muda ini yang berjaya mengekalkan kecantikannya biarpun sudah punya anak lima.
Tidak terkecuali juga yang turut menitipkan ucapan hari lahir buat Barr Al Aliy.
Terdahulu Sari mendirikan rumah tangga bersama Jep pada Februari 2017. Pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr. Hasil perkahwinan terdahulu, Sari turut mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 13, dan Baasit Al Haq, 12.