Pujian harus diberikan kepada anak-anak Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna kerana mereka boleh berpuasa sunat enam hari pada bulan Syawal.
Kalau diikutkan dengan usia mereka, cukup dengan puasa di bulan Ramadan pun dah memadai tapi atas rasa tanggungjawab untuk mendapat ganjaran pahala dua beradik ini bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya.
Menerusi instagram Rita Rudaini, Rayyan dan Arjuna tetap berpuasa walaupun tanpa mummy mereka bersama. Ini kerana Rita sedang berada di luar negara atas urusan kerjanya.
Di ruangan komen instagram Rita, ramai yang memuji sikap anak-anaknya yang berusaha untuk puasa sunat. Cara Rita mendidik pun sangat mudah biarpun tanpa suami di sisi.
“Wow baguslah rajin puasa anak-anak akak @ritrud727 ……belajar dari kecik..”
Anak-Anak Sangat Memahami
Ads
Dari kecil dibesarkan dengan kasih sayang seorang ibu, Rayyan dan Arjuna juga nampak sangat matang dari usianya dan pandai berdikari.
Mereka seolah-olah faham apa yang mummy lakukan demi kebaikan bersama.
Melalui perkongsian Rita sebelum ini, dia cukup tersentuh dengan kata-kata anaknya sewaktu membuat persediaan raya baru-baru ini.
Ads
Anak-anak lebih penting…tapi nasib baik dapat anak-anak yang tak meminta-minta.. tanya nak kasut tak? Diaorag tak nak..nak baju raya tak? Dia orang tak nak,diaorang cakap baju dulu dah ada…sedih dengar… bila mommy beli baju Melayu seorang dua pasang, Ryan bebel..dia cakap ‘nape mommy membazir? Beli dua?’ Dalam hati mommy sebak nak mati…mommy jawab ‘tak pe lah, nanti kat sek ada celebrate raya boleh pakai’ …tanya nak baju casual tak? Tak nak jugak…so ryan dan adik nak apa untuk raya? ‘Tak nak apa-apa,ryan nak balik kampung je’ Sayu dengar….mungkin tuhan nak bagi mommy senang dengan cara ni…
Bila baca posting Rita ni boleh bayangkan mereka tak nak menyusahkan mummy. Bertuah Rita dapat anak lelaki yang begitu menghargai seorang ibu.
Semoga Rita sentiasa diberi kekuatan untuk membesarkan cinta hatinya dengan sempurna dan dua beradik ini boleh membahagiakan mummy selama-lamanya.
Sumber: instagram Rita Rudaini
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Telur rebus selain dijadikan makanan sampingan untuk makanan berkuah seperti mi kari dan sebagainya, ia tetap jadi kesukaan anak-anak kita. Malah ada yang suka makan sebiji sehari kerana terlalu sukakan telur rebus.
Pun begitu merebus telur tetap mengambil masa yang agak lama. Apa kata kali ini gunakan teknik mudah tanpa menggunakan air untuk merebus telur.
Ikuti perkongsian tip yang dikongsikan oleh satu akaun Tik Tok, @nj_share.
Pernah dengar rebus telur tak guna air? Tak pernah? Mari saya kongsikan caranya.
Mula-mula cuti telur dulu , buang kotoran yang melekat pada kulitnya.
Sediakan pula tisu dapur. Tisu yang saya guna ni cukup lebar dan cukup tebal. Gunakan tiga keping saja.
Basahkan dengan air. Nak renjis, nak spray atau tuang macam ni pun ok. Pastikan seluruh tisu basah, basah yang sekadar menyerap air saja.
Lepas itu masukkan tisu basah ni ke dalam rice cooker. Kemaskan sedikit dan atur telur.
Siap atur, tutup rice cooker, on switch tekan butang start dan masak macam biasa.
Telur dah masak! Tisu pula lebih kering dari tadi, telur pula tak retak tak pecah. Elok je.
Ruginya kalau sebagai ibu, kalian tak gunakan kelebihan ni untuk sentiasa mendoakan anak-anak. Doa ibu itu tiada hijabnya. Setiap hari tak kira pagi atau malam, ambil peluang berdoa untuk anak-anak kita sejak mereka lahir sampailah ke akhir hayat kita.
1) Doakan anak suka solat dan baca Al Quran.
2) Doakan anak kita halus tutur katanya dan beradab.
3) Doakan anak kita terlindung matanya dari perkara lucah dan terjaga lidahnya dari berkata perkataan yang kotor.
4) Doakan anak kita sentiasa sayang pada adik beradik dan saling melindungi ahli keluarganya.
5) Doakan anak lelaki kita menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan rajin membantu di rumah.
6) Doakan anak kita untuk menjadi anak yang taat, lembut hati dan mudah mendengar kata.
7) Doakan anak perempuan kita supaya boleh melindungi diri, sentiasa menjaga maruah dan pandai berdikari.
8 ) Doakan anak kita menjadi manusia soleh, solehah yang tenang dan tenteram jiwanya.
9) Doakan anak kita akan saling memaafkan dan saling berdamai antara adik beradik bila berlaku salah silap.
10) Doakan anak kita sentiasa mendoakan kita dalam setiap solatnya setiap hari.
Ulang dan ulang doa kalian. Ada orang yang berjaya luar biasa pada hari ini, bukanlah disebabkan usaha atau amalannya semata. Tapi mereka berjaya disebabkan doa ibunya (dengan izin Allah).
Kredit: Nadia Zahari
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Anak mengamuk itu masalah biasa bagi ibu dan ayah. Biasa bagi kita sebagai ibu ayah tetapi janggal bagi orang yang tidak biasa dengan keadaan ini.
Melihat aksi anak terbaring sambil menangis kerana inginkan mainan atau makanan kegemaran adalah situasi biasa. Bagi yang tidak mempunyai anak atau masyarakat keliling mungkin merasakan hal ini sedikit menjengkelkan. Bagi yang kurang selesa, bujang pula, jangan sekali-kali menjeling atau menegur. Dengar apa kata Doktor Taufik Razif ini.
Pernah ada sorang budak ni mengamuk sampai terjerit jerit dan berguling guling di depan saya tapi saya tak masuk campur.
Salah masuk campur boleh jatuh air muka mak ayahnya. Ni 5 benda kita tak boleh buat kalau nampak anak orang lain mengamuk di depan kita :
1. Kita tengking anak tersebut
Tengkingan hanya memburukkan keadaan. Samada anak tu jadi makin mengamuk atau anak tu jadi diam terus. Bagus untuk jangka masa pendek tapi buruk untuk jangka masa panjang. Anak mungkin akan trauma dengan ‘strangers’ buat selama lamanya.
2. Kita pandang anak tu dan keluarganya tu dengan pandangan sinis
Pandangan sinis hanya akan membuatkan mak ayah si anak yang tengah mengamuk tu menjadi lebih cemas. Rasa cemas tu tadi hanya akan membuatkan emosi mak ayah menjadi lebih kacau bilau. Bagaimana nak kawal emosi anak kalau emosi mak ayah sendiri tengah kacau dan tak stabil kan?
3. Jangan mengata Anak yang mengamuk dan tantrum ni boleh jadi pada sesiapa sahaja. Ianya boleh jadi pada sesiapa sekalipun pada pakar kanak kanak kerana tantrum dan amukan adalah cara anak-anak berkomunikasi dan meluahkan rasa di dada. Kita tak boleh stop benda tu 100% tapi kita boleh bimbing supaya ianya terkawal dan tak melampaui batas.
4. Jangan anggap anak tu nakal
Anak mengamuk dan tantrum tak semestinya anak nakal. Anak tantrum adalah anak yang masih dalam proses untuk belajar ‘self regulation’ dan ‘communication’.
5. Jangan malukan mak ayahnya di depan umum Walaupun di mata kita, kita nampak mak ayah tu tadi macam tak pandai kawal anak, kita tetap kena bersangka baik. Kita kena ingat, anak anak tantrum ni mengamuk ni banyak sebabnya. Boleh jadi ianya disebabkan keperluan fisiologinya tak dipenuhi seperti tak cukup tidur, lampin penuh, lapar ataupun kepanasan.
Boleh jadi juga kerana ransangan sekeliling terlampau banyak. Contohnya bunyi bising ataupun cahaya lampu yang terlalu berkelip dan terang. Jadi tak adil kita nak menghakimi mak ayah hanya kerana anaknya mengamuk.
Tapi kalau dah tahu anak kita suka tantrum, kita elakkan ke tempat-tempat yang boleh mengganggu orang lain ye. Kita saling memahami, itu yang terbaik.
-Taufik Raziq-
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.