Mungkin ramai yang seperti Yatt Hamzah ini, kental uruskan 2 anak kecil yang bezanya hanya setahun hanya dengan bantuan suami. Dalam kesibukan, anak masih menjadi prioriti pertamanya. Malah penyusuan susu ibu juga masih diteruskan.
Anak kedua dan ketiga Yatt yang masih kecil iaitu Suci Humaira Iqlima, 1 tahun 9 bulan dan Suci Hayfaa Medina, 5 bulan yang kedua-duanya masih menyusu secara tandem. Ia tentunya menuntut pengorbanan masa dan perhatian yang lebih daripada si ibu. Anak pertama Yatt dari perkahwinan pertamanya Suci Hanania Malika kini berusia 8 tahun.
Yatt turut berkongsi tentang hal ini di Instagram;
Tengah tunggu no giliran di bank, suami wasap kata bayi2 meraung dlm kereta. Bonda terus melompat terbang semula ke kereta.
Maka tenanglah anak2 dpt susu msg2..???
Nampak x resit bank tu? Hahaha.. Ada tak ibu2 mak2 lain yg alami situasi sama?
Sebenarnya, ini rutin Bonda setiap hari! Terkejar2 Berdesup sana sini! Nak jd super Bonda kan..??❤️??TQ Allah bg nikmat begini..
Para peminat kagum dan terinspirasi dengan semangat ibu ini yang berupaya meneruskan penyusuan dalam keadaan sibuk. Ada juga peminat yang berkongsi pengalaman sedang melalui rutin yang sama.
Yatt juga turut berkongsi tip kesihatan dan kecantikan apabila ada follower yang bertanya tentang penampilannya yang sentiasa cantik. Rupa-rupanya rahsia kejelitaan ibu ini ialah menjaga pemakanan, tidak minum ais dan mengelakkan daripada tidur di sebelah siang.
Sumber: yatthamzah_suci
Saksikan Pa&Ma pada 25 September 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Kali ini tajuk menarik yang akan dibincangkan ialah Si Genius Disleksia. Banyak info telah dirangkumkan iaitu tip daripada juruterapi serta perkongsian info daripada ibu bapa.