Jika mahu mendidik anak, biarlah bermula dari kecil. Sebagai ibu ayah, kita sendiri pun perlu selalu menunjukkan contoh terbaik pada anak supaya ia menjadi ikutan mereka. Kalau mahu anak bercakap yang baik, kita juga perlu begitu. Jika mahu anak mempunyai sikap yang baik, kita harus menjadi role model kepada mereka.
Artikel Menarik: [Risaunya Anak Suka Makan Manis Sampai Gigi Rosak. Ini Cara Ibu Ayah Nak Atasi]
Tidak dinafikan, banyak perkongsian dari selebriti cantik Hanis Zalikha tentang anak-anaknya mendapat perhatian orang ramai. Ramai yang kagum melihat cara Hanis dan Hairul mendidik anak-anak mereka. Tidak ‘keras’ tetapi tegas.
Begitu juga dengan sebuah video yang dimuatnaik melalui akaun Instagram thealiasaaisyah ini. Di dalam video ini dapat dilihat Hanis sedang memujuk Alisa untuk mencuba buah manggis. Biarpun pada awalnya Alisa kelihatan ragu-ragu, namun dia tetap mencuba. Pun begitu, dia tidak sukakan rasa buah manggis dan memberitahu tentangnya kepada Hanis.
“It’s not yummy.”
Jujur Alisa memberitahu kepada ibunya. Mendengarkan kata-kata Alisa, Hanis terus menegur anaknya dengan lembut.
“Eh, don’t say that about food. What do you say? It’s not for me.”
Kemudian dapat dilihat Alisa mencuba sekali lagi dan diberikan pujian oleh Hanis. Walaupun anaknya tidak menggemari buah manggis, Hanis tidak memaksa malah memberi galakan ketika Alisa mencubanya. Sambil itu, Hanis juga sempat berkata, “It’s ok, more for me then.” Alisa lantas menjawab, “You take.”
Gelagat dua beranak ini sememangnya mendapat perhatian warga maya. Ramai yang memuji cara Hanis menegur anaknya tanpa perlu marah-marah. Paling kagum apabila Hanis turut menyarankan apa yang perlu dicakapkan jika kurang suka dengan sesuatu makanan kepada anaknya itu.
Artikel Menarik: [Ibu Ni Kongsi Anak Order 17 Gelas Air Boba, Melayang RM150 Nak Kena Bayar. Aduhlah, Anak!]
Jom tengok video Alisa makan manggis!
Rata-rata yang menonton video tersebut juga turut memuji kecomelan aksi Alisa mencuba buah itu;
Setakat hari ini, video tersebut telah mencecah lebih 600,000 tontonan!
Untuk anak yang sedang membesar seperti Alisa sudah tentu pengajaran seperti itu sangat baik. Apabila dia semakin besar nanti, sudah pasti dia tahu bagaimana mahu menangani situasi seperti ini dengan lebih baik dan berhemah.
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)