Mak ayah mana yang tidak resah bila anak batuk berkahak yang tidak menunjukkan tanda semakin reda.
Puas dicuba pelbagai jenis ubat tetapi kahak anak masih lagi pekat dan tidak reda.
Amalan minum air kelapa seperti yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan ini patut mak ayah cuba untuk rutin harian anak. Bukan itu sahaja bahkan ada beberapa lagi amalan pemakanan yang mak ayah patut cuba.
Jom ikuti perkongsiannya.
Pencair kahak dengan kesan segera. Ambil air kelapa, magnesium flakes, habbatussauda’, madu dan bawang putih.
Mula dengar anak batuk kering dengan kahak pekat.
Kalau serasi, sehari dua guna, dah terus dengar bunyi kahak mencair dan batuk makin kurang. Boleh try k.
Air kelapa ni boleh dijadikan aiskrim bila anak sakit tekak & ulcer.
Aiskrim buat sendiri tanpa gula tambahan, pewarna dan perisa. Aiskrim paling sihat untuk anak. Anak sakit tekak & ulcer memang tak lalu makan, aiskrim kelapa jadi penyelamat tinggi khasiat.
Menarik: Intan Najuwa Bakal Timang Anak Perempuan, Potong Kek Simbolik Umum Jantina Anak!
MUA Bellaz Sebak Ada Sebab Gigih Rakam Momen Dengan Anak, “Dulu Tak Ada Gambar Waktu Kecil
Burnout Jaga Anak Sendirian, Suami Tempat Wany Hasrita Mengadu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mama Jangan Cemas Sangat Bila Anak Cirit Birit, Elak Hentikan Dengan Ubat!
Berdepan dengan masalah anak yang mengalami cirit birit memang memenatkan. Ditambah dengan rasa kasihan yang teramat sangat melihat anak lemah tidak bermaya. Ibu jangan cemas kalau berhadapan dengan situasi ini. Biar saja anak membuang semua kuman dalam badan dan elakkan bagi ubat untuk hentikannya?
Menurut Dr Khairul Azman Mohd Khalid daripada Hospital Pakar Annur Bandar Baru Bangi, masalah cirit birit dikalangan kanak-kanak sememangnya harus diberikan perhatian lebih. Namun ibu bapa perlu elakkan memberi ubat untuk hentikan masalah ini sebaliknya memantau perkembangan anak.
Cirit birit atau diarrhea adalah keadaan dimana bayi atau kanak kanak kerap membuang air besar, mengeluarkan najis yang sangat berair atau cair.
Kanak kanak lebih kerap di serang penyakit cirit birit berbanding dengan orang dewasa. Cirit birit atau diarrhea adalah salah satu cara badan kita membuang atau menghilangkan kuman atau toksin, oleh sebab itulah di kalangan kanak kanak, ubat ubat yang menghentikan cirit birit tidak boleh di gunakan sama sekali.
Selagi kuman tidak dikeluarkan dengan cepat, selagi itulah cirit birit tidak akan reda. Jadi mama jangan cemas, sebaiknya biarkan sahaja kesemuanya dikeluarkan. Biasanya cirit birit berlaku bersama demam, muntah muntah, sakit perut dan kurang air (dehydration).
Penyebab Cirit Birit
Penyebab utama adalah jangkitan kuman dan virus contohnya Rotavirus, bakteria seperti salmonella , e. coli, dan parasit seperti giardia. Kadang kala cirit birit boleh berlaku disebabkan oleh keracunan makanan, malabsorption seperti ‘lactose intolerance’ dan kesan samping ubat ubatan seperti antibiotik.
Apa Mama Perlu Buat
Di sebabkan penyakit cirit birit ini kebanyakannya akan pulih dengan sendiri (self limiting), bagaimanapun perkara paling penting dalam merawat masalah ini adalah mencegah dari dehydration atau kekurangan air.
* Sentiasa berikan susu badan atau ORS (oral rehydration salt) kepada bayi dan kanak kanak kecil. Penyakit ini biasanya sembuh dalam masa 7 hingga 14 hari. Memberi air sahaja tidak mencukupi kerana yang hilang bukan sahaja air sahaja, tetapi garam seperti kalium (potassium) yang penting untuk peristalsis (pergerakan usus).
* Bagi kanak kanak pra sekolah ke atas, penyakit cirit birit biasanya dialami tidak terlalu teruk, hanya galakkan mereka minum minuman seperti Gatorade atau ORS. Makan bubur yang di letakkan garam seperti sup dan sebagainya.
* Kajian mendapati minuman susu kultur atau probiotik boleh menolong dalam rawatan cirit birit.
* Cirit birit dan muntah yang disebabkan oleh keracunan makanan biasanya sembuh dalam masa 24 hingga 48 jam sahaja. Rawatan yang disyorkan adalah sama, iaitu dengan menggunakan ORS.
Bagaimana mengesan dehydration (kurang air) pada bayi dan kanak kanak kecil?
Dehydration boleh di bahagikan kepada mild ( sedikit dehydration) , moderate dan severe ( sangat teruk).
Mild dehydration – Biasanya bayi akan mengalami masalah kekeringan pada bibir dan mulut, kanak kanak masih cergas tetapi kehausan dan masih boleh minum air.
Moderate dehydration – Terdapat tanda tanda seperti ubun ubun yang tenggelam, mata yang cengkung, kulit kurang tegang, tetapi kanak kanak tersebut masih sedar malah boleh bercakap dan menangis serta minum tetapi kelihatan sangat letih.
Severe dehydration – Kanak-kanak biasanya akan mengalami tanda tanda seperti di moderate dehydration tetapi kanak kanak biasanya tidak sedar, tidak boleh bercakap dan tak boleh minum air langsung. Nadi susah dirasa dan jika berada dalam keadaan yang kritikal, kanak-kanak akan pengsan.
Bagi kes moderate dan severe dehydration, biasanya perlu di masukkan ke hospital untuk rawatan. Jika cirit birit berlaku beserta dengan ruam atau berak berdarah, jangan tunggu sebaliknya ibu bapa perlu segera mendapat rundingan doktor.
Adakah cara untuk mencegah cirit birit di kalangan kanak kanak?
Susu ibu adalah sangat baik dan kajian mendapati bayi yang di berikan susu ibu kurang mendapat penyakit cirit birit. Walau bagaimanapun terdapat vaksin untuk mencegah cirit birit.
Vaksin Rotavirus boleh didapati di negara kita. Bagaimanapun vaksin ini mesti di berikan sebelum bayi berumur 3 bulan. Manakala untuk vaksin Rotateq pula perlu diberikan sebelum usia bayi mencapai 5 bulan untuk vaksin Rotarix. Selepas umur tersebut vaksin tersebut tidak lagi boleh di berikan.
Apa yang ibu bapa boleh lakukan adalah meneruskan pemberian makanan dan susu seperti biasa kepada anak-anak. Hanya perlu memantau daya dehidrasi anak-anak. Pastikan mereka tidak mengalami dehidrasi melampau.
Jika anak-anak anda mengalami ketiga-tiga ciri yang disebutkan di atas, segeralah untuk berjumpa dengan doktor, bagi rawatan dan tindakan selanjutnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Stop Cium Mulut Anak!
Jangan cium mulut anak, mulut adalah bahagian privasi anak. Cium mulut/bibir anak ini tidaklah melambangkan sayang sebenar. Pilihan lain untuk menunjukkan kasih sayang dari segi sentuhan adalah dengan usapan kepala dan belakang badan ataupun pelukan. Bibir adalah bahagian sensitif yang sepatutnya dijaga sentuhannya.
Melalui perkongsian Wan Nur Syakira di facebook, perbuatan mencium mulut anak tidak boleh dilakukan dan dibiasakan kerana bibir termasuk dalam bahagian sensitif dan hanya anak-anak sahaja yang boleh pegang. Antara bahagian yang peribadi atau private adalah bibir, dada, zakar/faraj, punggung dan paha. Ini hak ekslusif mereka sahaja.
Menurutnya lagi, antara sebab kenapa ibu bapa tidak dibenarkan untuk cium bibir anak-anak adalah:
- Bibir termasuk dalam anggota private part dan juga anggota seksual
- Bibir ini sangat sensitif dan membuatkan manusia teransang .
- Bibir sebenarnya dikhususkan untuk pasangan halal sahaja iaitu suami dan isteri.
- Kawasan bibir adalah kawasan yang penuh dengan reseptor yang membuatkan tempat tu jadi supersensitif.
- Dibimbangi boleh membangkitkan nafsu syahwat. Anak-anak pun akan jadi keliru bila umurnya meningkat ke umur 5 – 6 tahun nanti.
Kanak-kanak kecil tidak terlepas dari rasa “pleasure” akibat rangsangan itu. Mungkin ada masih bergurau mesra dengan kanak-kanak dengan mencium bibir mereka, hentikan dan gunakan cara lain yang lebih baik untuk bergurau dengan mereka.
Melalui perkongsian Dr Taufiq Razif, alternatif buat Ibu bapa boleh cium di tempat lain seperti:
1. Ciuman di kepala (ciuman kebanggaan)
Bila kita rasa berbangga dengan pencapaian anak kita. Contohnya dia berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan, cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.
2. Ciuman di dahi (tanda reda)
Bila anak kita buat sesuatu yang membuatkan kita rasa reda dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.
3. Ciuman di pipi (ciuman rindu)
Bila ambil anak daripada taska atau bila anak baru pulang dari sekolah, tempat terbaik nak cium adalah di bahagian pipi.
4. Ciuman di tangan (ciuman kasih sayang)
Ciuman di tangan sangat istimewa, sebab itu kita perlu mengajar anak kita mencium tangan kita bagi menzahirkan rasa hormat dalam diri.
Kita perlu hormat sensitiviti anak dari kecil dan ajarkan anak pendidikan seksualiti.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selalu Dengan Gajet Punca Anak Boleh Sakit Kepala. Sampai Tahap Ni Kena Ambil Serius!
Sesekali anak mengadu sakit kepala ibu bapa jangan anggap perkara ni remeh ya. Lagi-lagi dalam keadaan sekarang gajet antara yang jadi keutamaan sama ada untuk belajar, bermain game atau menonto Youtube.
Apa yang perlu dilakukan ibu bapa? Bilakah anda perlu risau apabila kanak kanak mengadu sakit kepala? Adakah mereka perlukan rawatan ubat ubatan dan perhatian doktor?
SAKIT KEPALA AKUT
Sakit kepala akut berlaku secara tiba tiba dan mungkin merupakan petanda beberapa masalah berikut;
- Jangkitan virus yang ringan seperti selesema dan demam. Bagaimanapun, jangkitan penyakit berjangkit yang serius contohnya demam denggi, malaria dan demam kepialu juga boleh menyebabkan sakit kepala akut.
- Sinus adalah laluan udara yang terdapat di antara tulang muka dan tulang tengkorak. Kanak-kanak akan mengadu sakit kepala apabila laluan udara ini dijangkiti dan dipenuhi cecair atau lendir, keadaan ini dikenali sebagai sinusitis.
- Masalah Penglihatan- Masalah rabun menyebabkan mereka mereka mengalami ketegangan semasa melihat. Ia juga terjadi apabila otot di sekeliling mata menjadi penat. menyebabkan sakit kepala terjadi
- Gigi bernanah atau jangkitan gusi juga boleh menyebabkan sakit kepala.
Selain dari punca punca tersebut, terdapat kanak kanak yang mengalami gejala sakit kepala yang lebih kerap. Ia di kenali dengan sakit kepala kronik.
SAKIT KEPALA KRONIK
- Kanak-kanak boleh mengalami sakit kepala migraine.
Di anggarkan 5.5 % kanak kanak pernah mengalami maslah ini. Risiko untuk kanak kanak mengalami migraine lebih tinggi
Sekiranya anda- ibu bapa sendiri mengalami masalah migraine. Ya, kerana terdapat pautan genetik yang kuat.
Migrain kanak-kanak adalah berbeza daripada orang dewasa: sakit kepala yang dialami boleh berlaku di kedua dua bahagian kepala dan tidak berpanjangan terlalu lama.
Sama seperti orang dewasa, kanak kanak yang mengalami migraine turut mengalami keadaan tidak selesa, rasa mual, muntah dan hanya mahu berbaring di bilik yang gelap.
Kebiasaannya , kanak-kanak perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua episod untuk didiagnosis dengan migrain.
Selain dari rawatan ubat ubatan, cara untuk melegakan migraine bagi kanak kanak adalah dengan meletakkan pek ais di kepala. Ini berkesan untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan keradangan.
- Sakit Kepala Tension
Sakit kepala jenis “tension headache” lebih biasa. Nama lama untuk ini situasi adalah “sakit kepala band hat”. Kanak-kanak biasanya menerangkan tekanan dan kesakitan di sekitar dahi mereka atau seluruh kepala. Kesakitan ini TIDAK berdenyut denyut seperti mana migraine.
Selalunya, walaupun mereka mengadu sakit kepala, mereka masih boleh berfungsi seperti biasa ,makan, pergi ke sekolah, dan juga bermain .
- Sakit Kepala & Gadget
Terdedah dengan cahaya skrin gadget dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan sakit kepala. Sedang kan orang dewasa turut alami sakit kepala jika melihat skrin terlalu lama, apatah lagi kanak kanak?
Pastikan anda hadkan masa pendedahan skrin, pastikan mereka berehat dan bergerak untuk melancarkan peredaran darah dan bernafas dengan lancar.
- Stress dan Sakit Kepala
Isu kesihatan mental di kalangan kanak kanak turut boleh menyebabkan mereka mengadu sakit kepala. Tanya kanak kanak mengenai keadaan mereka di sekolah. Adakah mereka mengalami sebarang masalah di sekolah? Adakah anak anak menjadi mangsa buli di sekolah? Bagaimana dengan hubungan mereka dengan rakan dan guru?
Sekiranya anda mengesyaki sebarang isu berkaitan kesihatan mental, berbicang dengan guru kaunselor untuk membantu mereka.
Bilakah anda perlu risau apabila kanak- kanak mengadu sakit kepala?
Situasi yang perlu anda risaukan adalah apabila kanak kanak mengadu sakit kepala untuk “kali pertama atau paling teruk”
Sekiranya anak anda TIDAK pernah mengalami sakit kepala sebelum ini, anda perlu menilainya dengan berhati-hati.
Beberapa persoalan berikut perlu di selidiki:
- Adakah dia mengalami trauma kepala baru-baru ini, seperti terjatuh atau tercedera semasa bersukan?
- Adakah dia mungkin di jangkiti virus?
- Adakah dia mengalami muntah atau demam?
- Adakah dia TIDAK dapat berjalan, bercakap, dan makan secara normal?
Jika jawapan kepada mana-mana soalan ini adalah “ya,” sudah tiba masanya untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.
Owh ya, anda TIDAK perlu mencari jawapan di internet kerana jawapan yang anda temui di “doctor google” mungkin akan menyebabkan anda bertambah risau!
Doktor mungkin dapat membantu untuk mengurangkan kerisauan anda dengan memberikan diagnosis dan rawatan yang sesuai.
Kesimpulan
Jangan ambil mudah mengenai gejala sakit kepala di kalangan kanak-kanak. Selidiki dengan lebih mendalam mengenai gejala tersebut, gejala gejala lain , isu persekitaran dan peristiwa penting baru-baru ini. Kebanyakan masalah sakit kepala di kalangan kanak kanak dapat di rawat dan di cegah.
Dapatkan pemeriksaan dan diagnosis yang tepat dengan berjumpa doktor.
Sumber: Public Health Malaysia
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI