Sejak akhir-akhir ini banyak cerita tentang poligami tular di media sosial. Ada pelbagai pandangan mengenai poligami. Tiada masalah untuk berpoligami jika lelaki itu cukup syarat dan mampu berlaku adil serta tidak menafikan hak isteri-isteri mereka dari segi nafkah zahir mahupun nafkah batin.

Namun konteks poligami itu sendiri disalah gunakan demi kepentingan peribadi sehingga mencemarkan makna sebenar poligami. Sebagai contoh, suami itu sendiri tahu dia tidak mampu dari segi nafkah tetapi tetap mahu meneruskan poligami sehingga mengabaikan hak isteri pertama dan anak-anak.

Seorang pengguna Facebook meluahkan pendapatnya sendiri mengenai Poligami di zaman Milenial ini.

“Kahwin Lebih 1 Boleh Bawa Ke Syurga, Boleh Juga Membuka Pintu Neraka” Pesanan Suami Ini ‘Deep’

Kahwin 2..Kahwin 3..Kahwin 4?

YES… MEMANG BOLEH.. BENDA TAK SALAH…AGAMA JUGA MEMBENARKAN..

TETAPI…

~ Wahai suami-suami di luar sana, first of all, tanya diri sendiri, Apakah niat dan matlamat kau nak kahwin lebih daripada seorang?

~ Apakah kekurangan isteri kau yang menyebabkan kau nak kahwin lebih dari seorang?

~ Apakah kau bangga dapat berkahwin lebih daripada seorang wanita?

~ Jika isteri baru yang kau nikahi tidak ada banyak beza dengan isteri sekarang, mengapa tidak sama-sama muhasabah diri dan perbaiki segala kekurangan.

~ Pasangan suami isteri ini seharusnya saling melengkapkan kekurangan, bukannya jika kurang pergi cari lain, and it will be never ending story. Kerana manusia dan nafsu tidak akan pernah dapat di pisahkan.

IKLAN

~ Bahkan, jika agama mu membenarkan kau kahwin 10 sekalipun, pasti akan kau terjumpa secebis kekurangan pada kesemua 10 isterimu.

~ Jika kau jumpa kekurangan pada isterimu, adakah kau sebagai seorang suami itu penuh kesempurnaan?

~ Adakah isteri/isteri2mu menyuarakan kekurangan kau sebagai suami? Malah para isteri sebolehnya akan menonjolkan kebaikan suami dan menyembunyikan segala kekurangan suami. Hebatnya insan yang bergelar isteri.

~ Kita para suami ini, makin lama, makin menuju usia tua. Begitu juga isteri kita. Berjalanlah seiringan dengan isteri kita. Janganlah menggeletis nak cari perempuan muda yang bergetah, nak cari cikaro yang dahi licin……..Sebab, esok2 kalau kau dah tua, diorang pun mungkin berubah selera.. Silap haribulan, diorang pulak ada affair dgn lelaki lain..

~ Cuba kita sama-sama ajak pasangan kita perbanyakkan amalan, Jika duit dah berkepuk-sangat, bawa pasangan dan juga keluarga kita pergi Umrah @ Haji. Jangan sibuk nak cari ‘masjid’ baru. cuba kita explore masjid-masjid dengan menghadiri kuliah2 bersama..

~ Memang tepatlah perumpamaan yang pernah ku baca ” Kesetiaan seorang isteri di uji saat melalui saat susah bersama suami..Manakala Kesetiaan serta kejujuran seorang suami teruji saat hidup senang” Mulalah nak try usha awek sana, awek sini, usha janda sana, janda sini, Mulalah sang suami menggunakan dalil dan fatwa agama. Sedangkan, selama ini, solat berjemaah di rumah pun bermusim. Puasa Ramadhan pun miss sahur. Solat pun combine dekat2 masuk waktu.

~ Hargailah segala pengorbanan isteri kita. Imbas kembali saat mereka melahirkan anak-anak yang memanggil kita ayah, abi, baba, papa, walid atau apa sahaja. Isteri kita mempertaruhkan nyawa merka demi zuriat kita. Aku sendiri menitiskan air mata saat isteriku masuk dewan bersalin. Ini kerana mungkin yang keluar dari dewan bersalin itu kelak berdua atau seorang sahaja. So, hargai mereka sewajarnya.

~ Bukan menidakkan, bukan kata tak boleh, jika korang betul2 kata nak ikut sunnah Nabi MUhammad SAW, kena hayati dahulu perbezaan Baginda dgn kita para suami milenia ni. Sejauh mana sempurnanya kita dlm bab2 agama, akhlak, serta duniawi yang lain. Jagan la masuk bab kawin je nak ikut sunnah Nabi.

IKLAN

~ Ini tidak, asal dah kaya sikit, dah pakai kereta lambang bulat ada 3 garis je, dah mula lupakan segala susah payah bersama dengan isteri pertama.

~ Ingatlah wahai suami di luar sana, isteri pertama anda adalah insan paling sempurna dan merekalah yang menjadikan anda seorang lelaki yang bergelar ‘suami’.

~ Kahwin ini bukan sekadar berjabat tangan dan melafazkan kalimah ‘ AKU TERIMA NIKAH FULAN binti FULAN DENGAN MAS KAHWIN RMxxx’

~ Berkahwin lebih dari 1 ini, sebagai sorang suami, kita memikul tanggungjawab yang sangat2 besar.

~ Fikirkan, adakah perkahwinan tambahan itu akan menjadi jalan-jalan indah untuk kita ke syurga bersama, atau adakah ianya membuka ruang dan pintu neraka agar lebih dekat dgn kita.

~ Jangan dok fikir seronok nak kahwin je, ada banyak perasaan dan hati yang kita kena jaga. Terutamanya hati anak-anak. Seronok yang sekejap itu mampu menjadi kesengsaraan yang kekal selamanya.

~ Mungkin ada segelintir isteri pasrah di madukan, namun jika di beri pilihan, TIDAK ada isteri di dunia ini yang sanggup di madukan..

IKLAN

~ Jika anda para suami di luar sana yang dah stable, cukup sempurna segalanya dlm hidup, pasti ujian dtg menerjah. Berhati-hati dan pastikan ujian tersebut juga di tempuhi dengan cekal.

“Kahwin Lebih 1 Boleh Bawa Ke Syurga, Boleh Juga Membuka Pintu Neraka” Pesanan Suami Ini ‘Deep’

AKU?

Cukuplah seorang isteri dalam hidup aku. Terima kasih wahai isteriku tercinta. Ternyata aku amat kagum dengan kesabaran dan keikhlasan kau melayari bahtera rumahtangga bersama selama lebih 14 tahun. Kau tidak pernah menyuarakan kekurangan ku meskipun aku sendiri nampak kekurangan tersebut.

~ Terima kasih juga kerana menghadiahkan aku dengan anak-anak yang memanggil aku ‘Ayah’ . kau berjuang separuh nyawa melahirkan mereka .

~ Namun begitu, jika ditakdirkan anda bertemu jodoh lebih dari 1, itu adalah ketentuan ALLAH.

~Namun begitu, janganlah korang gatal2 nak merenyam dan test market. Kerana, zaman sekarang ini, suami org lebih hot sales dari org bujang.

Sekian.. pesanan ini juga sebagai peringatan kepada diri aku sendiri.

Korang rasa bermanfaat dan nak share? Silakan. tak yah minta izin. Korang nak kecam, Plz Dont… Ini pendapat peribadi aku je..

Kredit: Husin

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI