
Kain pengelap dapur yang kotor bukan sahaja berminyak dan kotor bahkan bakteria juga penuh bakteria. Bagaimana nak membersihkan kain pengelap dapur ini dengan bersih?
Pengguna Tik Tok @jason_jezi berkongsi tip mudah untuk membersih kain pengelap ini. Hanya gunakan ubat gigi dan beberapa campuran bahan lain, kain pengelap jadi bersih. Jom cuba!
CARA CUCI KAIN PENGELAP DAPUR
Kain pengelap dapur kotor dan banyak bakteria. Macam mana nak cuci sampai bersih?
Bahan-bahannya:
Ubat gigi
Garam
Cuka
Air panas
Pencuci baju

Letakkan ubat gigi di atas kain pengelap.

Kemudian masukkan garam dan cuka.

Tuangkan air suam mengikut kuantiti secukupnya.

Rendam sekejap selama 20 minit dan bersihkan.
Jemur diampaian dan lihat hasilnya.

Siap!
@jason_jezi Bau & Bakteria kain dapur Hilang, sila cuba #TikTokGuru #jombelajar #jezismart #tips #learnontiktok ♬ Di Luar Kemampuanku – Ukays
Buatlah kaedah ini seminggu sekali.
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak Tak Lalu Makan Pasti Ada Sebabnya, Doktor Ni Berikan Pencerahan!

Anak tak mahu makan nasi sememangnya jadi satu masalah buat kita. Puas masakkan macam-macam resipi dan lauk pauk hebat untuk tarik perhatian anak tapi anak masih lagi menolak mentah-mentah. Salah kita atau anak itu sendiri masih tak mahu terima makanan?
Penjelasan dari Dr Suriyakhatun ini mungkin dapat buka mata kenapa anak kita tak mahu makan nasi. Mungkin salah kita juga. Tak gitu?
ANAK TAK LALU MAKAN?
Bertubi-tubi pembaca pm saya minta pendapat nak buat apa. Anak banyak minum susu dan tak lalu makan. Ada yang minta saya terangkan secara terperinci apa dia patut buat.
Ada yang minta saya share dengan dia link posting saya sebab tak dapat cari sendiri .
Disamping itu ada pula yang sanggup datang dari jauh jumpa saya dipusat rawatan saya untuk khidmat nasihat dan rawatan sebab menghargai dan memberi nilai pada usaha saya untuk menolongnya.

Oleh kerana sudah banyak sangat soalan yang sama, maka saya cubalah jawab apa yang mampu disini.
Ada banyak kemungkinan anak tak lalu makan.
1. Sudah kenyang dengan susu berbotol-botol.
2. Telah dibiasakan dengan kuih, gula-gula biskut kek dan jajan. Makanan sampingan ini jadi makanan utama. Makanan ini senang dapat sebab sentiasa ada supply dirumah. (apa solusi dia agaknya?)

3. Ibu-bapa penjaga tidak tahu nak berikan anak yang dia suka, memaksa anak makan makanan tawar tidak ada rasa dan tidak sedap, tidak ikut selera anak.
4. Anak ada masalah penghazaman dan kurang selera a disebabkan sistem ususnya tidak optima. Yang ini boleh berlaku sebab no 1 dan 2.
Bila sudah lebih setahun dan masih minum susu lebih dari 3 botol 250ml, sudah terlalu banyak, lebih lagi jika berikan susu berperisa. Semua susu formula tinggi kandungan gulanya.

Banyak gula, banyak perasa tiruan dan banyak pewarna jejas penghazaman. Begitu juga no 2. Banyak gula dan banyak processed food memberi anak karbohidrat dan lemak dan tak cukup vitamin, zat galian dan protein.
Mikrobiota usus akan berubah kepada yang kurang baik maka selera makannya pada makanan berkhasiat akan kurang. Dia akan tidak berselera pada makakan sihat dan pilih makanan tak sihat.
“Tapi Dr, saya terpaksa bagi, tak bagi dia mengamuk.”
Oklah wahai ibu-bapa, anak kamu yang diktat kepada kamu ya? Kamu ikut cakap anak walaupun anak minta yang akan sakitkan dia. Saya nak tanya, kalau anak nak terjun dari atas kamu beri tak? Walaupun dia meronta dan menjerit nak terjun? Tentu tidak kan ? Samalah, bila beri dia makan yang akan menyebabkan dia sakit.
Bagi ibu-bapa yang berjaya beri anak real foods dan hentikan botol yang berbotol-botol.
Ada tak anak kita masalah macam ni? Jika ada mama kenalah cuba perlahan-lahan, tarik perhatian anak untuk makan ya.
Kredit: Dr Suriyakhatun
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Bila Ada Anak Perempuan Ni, Risau Berbeza” Saharul Ridzwan Luah Isi Hati Seorang Bapa

Pelakon terkenal, Saharul Ridzwan meluahkan rasa hati seorang bapa terhadap anak perempuanya, Fateema Azzahara serta Khadijah AlKubraa.
Menjaga anak perempuan semestinya tidak sama seperti menjaga anak lelaki. Banyak yang dirisaukan tentang anak perempuan terutama keselamatanya.

“Bila seorang ayah tengok anak perempuan, macam-macam dalam fikiran. Risaunya berbeza.”
Tambahnya lagi, dia tidak mampun untuk sentiasa mengawasi anak-anaknya melainkan dengan doa agar tuhan sentiasa menjaga mereka.
Baca Juga:
Di Mana Mereka Sekarang? Kanak-Kanak Hilang Masih Belum Di Temui Sehingga Kini
Puding Dadih Susu & Buah Naga, Resepi Simple Untuk Bayi Yang Dalam Fasa ‘Teething’
Resepi Rendang Ayam & Kuah Kacang Versi Bayi, Memang Sedap! Baby Pun Boleh Makan Makanan Raya
“Allah. Kita tak mampu pun nak jaga anak kita, nak tentukan ke mana arahnya dan sebagainya. Tapi usahakan lah untuk kenalkan mereka kepada Pemilik segala hati, Allah SWT dan kekasih kepada semua hati yang mencintainya, Rasulullah saw.”

Sempat menitipkan doa buat kedua puterinya, Saharul berharap anak-anak diberi akhlak yang baik dan perlindungan dunia akhirat.
“Semoga Allah pandang usaha kita, dan asbab itu, Allah bentukkan akhlak dan perlindungan terbaik dunia akhirat untuk kita semua. Amin Ya Allah ”
Untuk rekod Saharul dan Deena mendirikan rumah tangga pada September 2016.
Pasangan ini dikurniakan 3 cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 6, Fateema Azzahara, 3 dan baby Khadijah AlKubraa.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ustaz Ebit Lew Kongsi 3 Doa Supaya Anak Dengar Kata Dan Rumah Tangga Bahagia

Semua pasangan yang mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak mengimpikan keluarga mereka bahagia dunia akhirat. Macam mana nak bahagia rumah tangga? Macam mana nak anak-anak dengar kata, baik soleh dan solehah?
Menurut Ustaz Ebit Lew tiada siapa boleh beri kita bahagia melainkan Allah SWT sahaja. Dialah yang memberikan hati kita tenang dan bahagia. Dialah yang menjadikan suami/isteri saling sayang-menyayang dan anak-anak baik mendengar kata.

Oleh itu kita mestilah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi. Allah SWT bagi macam-macam nikmat kepada kita.
Nak bahagia kena berjuang dan berkorban
Macam mana nak buat supaya anak-anak dengar cakap, macam mana nak buat supaya isteri/suami bertambah sayang pada kita? Apa amalan-amalan yang patut kita buat?
Tambah Ustaz lagi, kalau kita nak kan kebahagiaan tersebut mula-mula sekali kena buat baik pada keluarga, sentiasa doa kepada Allah supaya gerakkan hati pasangan kita untuk sayangkan kita, gerakkan hati anak-anak mudah mendengar cakap.
Oleh itu ketua keluarga iaitu suami kena bawa isteri dan anak-anak dekat dengan Allah SWT. Bawa ahli keluarga belajar iman, kenal Allah dan Rasulullah s.a.w. Contoh keluarga bahagia dan rumah tangga paling bahagia adalah rumah tangga Nabi s.a.w. Jadikan kisah kehidupan Nabi sebagai contoh kita hidup berkeluarga.
Kalau kita nak Allah SWT sayang jadi kita kena sanggup buat apa sahaja untuk pastikan Allah sayang kita. Dalam hidup ini tak perlu cari siapa salah dan siapa silap. Suami tak perlu cakap isteri silap dan isteri juga tak perlu salahkan suami. Masing-masing kena berkorban dan berusaha mendekatkan diri pada Allah SWT.
Untuk bahagia kena berjuang, berkorban dan berusaha. Ia bukannya boleh datang sekelip mata atau telan apa-apa pil bahagia. Tapi kena berusaha membawa ahli keluarga dekat dengan Allah. Bila dekat dengan Allah dan dalam hati ada iman, Insya-Allah semuanya dipermudahkan.
Suami dan isteri saling sayang-menyayang, anak-anak tak degil sebab masing-masing tahu jika buat baik Allah akan lebih sayang kerana sayang yang kita mahu itu semuanya kurniaan daripada Allah jua.
Makanya, bawalah ahli keluarga datang ke majlis ilmu, mendengar cerita kehidupan akhirat, cerita kehidupan Rasulullah s.a.w. Kita tak akan dapat bahagia bila tak bawa ahli keluarga kepada sunnah Nabi.

Amal 3 doa ini untuk bahagia
1. Surah al-Furqan ayat 74
Amalkan doa ini selalu. Jangan tinggalkan ia. Ini adalah rahsia bahagia dalam kehidupan. Ia adalah doa paling mujarab untuk kebahagiaan dalam keluarga. Ia umpama kemuncak bahagia. Allah yang ajarkan manusia doa ini dalam al-Quran.
Maksud ayat ini: “Ya Allah anugerahkan kami pasangan yang menyejukkan mata dan beri keturuan zuriat yang dapat memimpin pada kebaikan.”
Allah yang beri rasa sayang dan cinta pada pasangan. Bila tengok rasa tenang dan bahagia walaupun tak banyak duit dan tak cantik atau handsome.
Keluarga bahagia adalah impian untuk pimpin tangan pasangan dan anak-anak masuk ke syurga Allah. Bawa mereka dekat pada Allah SWT. Syarat bahagia sebuah keluarga yang ALlah dah tetapkan iaitu mengurniakan kita wajah pasangan yang menyejukkan mata dan pimpin ke syurga.
Bila kita pimpin pasangan dan anak-anak dekat dengan Allah mereka juga akan bahagia. Kalau kita nak bahagiakan anak-anak bukan bila mereka sedih kita bagi mainan, kita bagi gajet, kita bawa jalan-jalan. Kita sepatutnya bimbing anak-anak dekta dengan Allah SWT dan Nabi s.a.w.
2. Surah Ibrahim ayat 40
Macam mana nak suruh anak-anak mudah solat? Amalkan doa ini Insya-Allah anak-anak akan mudah solat, solat awal bahkan bersolat sunat juga.
Maksud ayat ini: “Ya Allah jadikan aku orang yang mendirikan solat dan zuriat keturunan aku orang yang menjaga solat.”
Tujuan hidup kita adalah untuk mendapat reda Allah. Oleh itu kita kena dekatkan diri pada Allah. Doa pada Allah supaya kita dan zuriat keturunan jadi orang yang menjaga solat. Orang yang menjaga solat adalah orang yang dekat pada Allah. Ahli solat tidak akan mudah marah-marah, tak suka maki hamun, tidak mengeluh dalam hidup, tenang dalam hidup, tak cepat melatah, lidah jadi baik, tak menyakitkan hati orang lain.
Ahli solat akan sentiasa cakap baik, tak menyakitkan hati orang. Kalau anak kita suka anak cakap kasar dan tak reti nak cakap lembut sebenarnya ia bermula dengan diri kita sendiri.
Bila kita adalah orang ahli solat maka secara tak langsung kita juga orang yang sangat menjaga lidah dan tak cakap kasar pada pasangan dan anak-anak. Ibu ayah jangan terlalu kasar dan keras pada anak-anak 24 jam. Bertegas pada mereka itu perlu tapi jangan sampai anak-anak jadi tak suka dan takut pada kita.
Semakin anak-anak membesar mereka dahagakan kasih sayang dan pelukan ciuman dari ibu ayah. Oleh itu janganlah asyik tengok handphone 24 jam bila di rumah sampai lupa nak tengok dan pelu cium suami/isteri dan anak-anak.
Dalam hidup ini kita kena menghargai apa yang kita ada. Kadang-kala kita kurang mempunyai hati yang bersyukur dan menghargai apa yang ada pada kita.
Nabi s.a.w bersabda orang yang paling baik adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluarganya. Bila kita syukur, Allah sayang kita. Bangunkan keluarga dengan kasih sayang dan peluk cium anak-anak setiap masa.
3. Surah al-Ahqaf ayat 15
Satu orang tanya pada Talhah r.a apa nak buat bila anak dia degil. Talhah r.a cakap baca surah al-Ahqaf ayat 15.
Maksud ayat ini: “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”
Saidina Ali r.a berkata ini doa yang diamalkan oleh Saidini Abu Bakar As-Siddiq ketika umur 40 tahun dan Allah bagi semua alli keluarganya memeluk Islam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


