Sains membuktikan betapa pentingnya sentuhan terhadap perkembangan bayi. Satu kajian menunjukkan ia boleh memberi kesan terhadap DNA seorang manusia.

Sentuhan sangat penting untuk semua manusia tak kira usia. Kajian sains juga membuktikan kelebihan secara fizikal dan emosional yang dirasakan oleh setiap orang yang menerima sentuhan fizikal. Sebagai contoh, kajian menunjukkan mereka yang mempunyai pelbagai penyakit akan mendapat kelebihan daripada urutan.

Seorang pekerja yang mengalami tekanan juga menunjukkan pengurangan tekanan darah dan keresahan yang dialami selepas melakukan urutan di kerusi urut. Bahkan sentuhan sekejap seperti satu tepukan di belakang badan boleh meningkatkan emosi positif dan prestasi seseorang.

Oleh kerana golongan yang paling kerap disentuh dan dibelai adalah bayi maka mungkin mereka akan lebih mendapat kebaikan daripada hubungan fizikal ini.

Perkembangan yang terbantut boleh berlaku ke atas bayi yang kurang menerima rangsangan deria (sensori), seperti bayi-bayi di rumah anak yatim atau bayi pramatang.

Kajian Sains Membuktikan Sentuhan Penting Untuk Perkembangan Bayi Sehingga Dapat Mengubah DNA Mereka!

IKLAN

Satu kajian baru menunjukkan jumlah seorang manusia menerima sentuhan sebagai seorang bayi boleh mempunyai kesan jangka panjang pada peringkat molekul, berterusan sehingga sampai ke DNA.

Kesan Kalau Si Kecil Kurang Terima Sentuhan

Para penyelidik dari University of British Columbia dan BC Chilfen’s Hospital Research Institute meminta ibu bapa daripada 94 orang kanak-kanak untuk menyimpan jurnal tingkah laku bayi mereka pada usia lima minggu, termasuk momen ketika menyusu, tidur, menangis dan fussing.

Kajian Sains Membuktikan Sentuhan Penting Untuk Perkembangan Bayi Sehingga Dapat Mengubah DNA Mereka!

IKLAN

Mengikut siaran akhbar, ibu bapa juga diminta untuk merekodkan tindak balas mereka terhadap bayi baru lahir, termasuk tempoh hubungan fizikal dan ‘caregiving’ yang mengikut kelakuan bayi mereka.

Apabila kanak-kanak mencapai kira-kira usia 4 setengah tahun, sample DNA telah diambil dengan cara mengesat dari dalam pipi mereka. Sampel tersebut kemudian dianalisis untuk kelainan dala DNA, mengikut berapa kerap mereka disentuh ketika bayi.

Menggunakan proses saingitif dipanggil DNA methylation, para penyelidik dapat melihat perbezaan penting antara kanak-kanak yang mempunyai hubungan tinggi dan hubungan rendah di tempat-tempat DNA yang khusus.

Berdasarkan siaran akhbar, salah satu daripada tempat memainkan peranan dalam keimunan, dan satu lagi memainkan peranan dalam metabolisme.

IKLAN

Kanak-kanak yang mengalami kurang sentuhan fizikal mempunyai sel yang kurang dibangunkan daripada mereka sepatutnya terima untuk kanak-kanak usia tersebut.

Kajian sebelumnya telah membuktikan bahawa perbezaan dalam umur biologi dan umur epigen boleh menjurus kepada masalah kesihatan. Kajian ini ialah yang pertama dilakukan terhadap manusia.

“Kami merancang untuk membuat follow up sama ada ‘ketidakmatangan biologi’ yang kami lihat pada kanak-kanak ini membawa implikasi pada kesihatan mereka, terutamanya perkembangan psikologi mereka,” kata ketua pengarang Sarah Moore.

“Jika penelitian lanjut mengesahkan penemuan awal ini, ia akan menekankan kepentingan menyediakan hubungan fizikal, terutamanya pada bayi-bayi yang kemurungan.”

Sumber: mothering.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI