Karakter isteri yang dikaitkan dengan ‘singa’ bukan sifat asal seorang isteri atau ibu, sebaliknya ia berpunca daripada keadaan sekeliling yang menyebabkan mereka berubah.
Trainer Nuero Semantic-NLP yang bertauliah dalam bidang Pembangunan Modal Insan, Dr Rozieta Shaary berkata, tekanan yang berpanjangan, stres dan kurang ilmu dalam menguruskan rumah tangga menjadi punca utama dalam perubahan karakter isteri menjadi lebih bersikap kasar.
Isteri Tidak Dapat Mengawal Situasi
“Segelintir isteri tidak dapat menangani situasi di luar kawalan mereka dan beranggapan anak-anak sentiasa berada dalam keadaan terkawal, namun sebaliknya berlaku,” katanya ketika menjadi panel FB LIVE Sinar Harian, hari ini.
Isteri Yang Lemah Lembut Berubah
Ads
Rozieta berkata, kemahiran dalam memastikan kerja rumah yang lebih tersusun, cara bertutur dengan ahli keluarga, pengurusan masa aktiviti harian serta pengetahuan berkaitan perkembangan anak-anak juga penting dalam diri seorang isteri.
“Kebanyakan isteri yang lemah lembut berubah menjadi garang disebabkan oleh faktor tersebut.
Wanita Menjadi Kasar Kerana Kurangnya Kasih Sayang
“Mereka juga sering mendapatkan nasihat daripada mereka yang salah dalam menangani tekanan,” katanya.
Ads
Tambahnya, nasihat daripada mereka yang beremosi juga menjadi penyebab kepada tindakan seorang isteri atau ibu menjadi kasar.
Dalam pada itu, Rozieta berkata, berdasarkan kajian seseorang wanita itu menjadi kasar kerana kurangnya perhatian dan kasih sayang.
Ads
Suami Memainkan Peranan Penting
“Dalam hal ini, suami memainkan peranan penting dalam memberi sokongan, bantuan dan nasihat supaya isteri dapat berkongsi masalah sekaligus dapat menenangkan tekanan emosi yang dihadapi isteri,” katanya.
Dalam pada itu, salah satu usaha bagi berkongsi ilmu dengan golongan suami isteri dalam membangunkan modal insan, Rozieta mengadakan bengkel dan seminar dalam membantu isteri membuat keputusan yang betul tanpa perlu menjadi ‘singa’.
“Selalunya suami yang akan datang mendaftar seminar dengan tujuan membantu isteri yang dilihat sentiasa berada dalam keadaan tertekan, “katanya.
Bukan ibu yang hamil atau menyusukan anak sahaja yang cepat terasa lapar walaupun baru saja makan, boleh dikatakan kebanyakan wanita mengalami masalah ini. Rasanya baru satu jam lepas makan, sekarang perut menjerit lagi kelaparan. Kalau boleh, nak mengunyah je rasa. Untuk wanita yang bekerja terutamanya, mesti kena ada snek atas meja. Sambil-sambil buat kerja, mulut pun tak berhenti makan.
Perasaan lapar sebenarnya respon tubuh ketika ia memerlukan tenaga untuk melakukan aktiviti. Semakin banyak pergerakan yang kita lakukan, kita akan memerlukan lebih banyak tenaga. Itulah yang menjadi penyebab mengapa kita sentiasa rasa lapar. Sebenarnya ada beberapa faktor lain yang menjadi punca mengapa kita selalu merasa lapar.
ASYIK RASA LAPAR, INILAH PUNCANYA!
1. Tidak Bersarapan Pagi
Jangan sesekali mengelak waktu makan pagi. Anda harus makan pagi kerana pada waktu inilah makanan ini dijana menjadi tenaga.
2. Dehidrasi
Kurang minum air kosong akan menyebabkan anda selalu berasa lapar. Minumlah air yang secukupnya bagi mengatasi rasa lapar.
3. Makan Laju
Jangan gelojoh dan makan terlalu cepat. Hormon dalam badan tidak boleh bekerja jika wanda makan terlalu cepat. Kunyahlah makanan dengan lebih lama, ia akan membuatkan anda kenyang dalam tempoh yang panjang.
5. Tidak Cukup Tidur
Apabila anda tidur lewat dan kurang rehat, ia akan menyebabkan perut lapar. Disebabkan kurang rehat, tubuh sukar untuk menghasilkan hormon yang merangsang rasa kenyang.
Salah satu sebab lain yang menyebabkan seseorang wanita gagal mengawal selera makan adalah apabila di tempat kerja, mereka mempunyai kawan yang selalu bawa bekal. Kita cenderung untuk menikmati makanan tersebut melebihi kawan yang membawa bekal itu. Sebab itulah, asyik lapar. Ada supplier makanan duduk di sebelah!
Setiap bayi yang baru lahir akan menangis secara purata dua jam setiap hari. Ada pelbagai sebab yang menyebabkan bayi itu menangis antaranya adalah mereka lapar, letih, mengantuk, kurang selesa kerana lampin basah dan merasa sejuk atau panas.
Pernah tak alami anak menangis lebih dari tiga jam sehari, sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu selama tiga minggu?
Bayi pula selalunya anak menangis berlebihan terutama pada waktu petang dan malam, sehingga kita menyangka ada gangguan makhluk halus.
Mungkin benar ada gangguan seperti itu.
Mak mertua dan ipar selalu menyangka kita tidak memberikan susu yang cukup pada bayi kita. Memaksa kita memberikan lebih banyak susu pada hal bayi kita tidak lapar. Kita tahu anak kita sendiri.
Pada hal ia hanya disebabkan oleh masalah dinamakan “infantile colic”. Para doktor mengatakan ia disebabkan masalah ketidakhadaman, angin atau usus yang terlalu sensitif kepada protein tertentu yang terkandung di dalam susu formula atau susu ibu.
Selalunya ia bermula ketika bayi berusia dua minggu dan memuncak ketika bayi berusia enam minggu. Kadangkala keadaan ini boleh berlarutan sehingga bayi berusia enam bulan. Anak tidak lagi mengalami masalah ini apabila bayi usia tiga atau empat bulan.
Ketika bayi menangis, tangan bayi tergenggam erat, kaki mengerekot, badan berpeluh-peluh serta muka bertukar kemerah-merahan seolah-olah mereka di dalam kesakitan yang amat sangat.
Ia juga boleh menyebabkan perut bayi menjadi kembung kerana tertelan angin akibat menangis terlalu lama yang boleh menyebabkan bayi menjadi tidak selesa.
Namun jangan pandang ringan terhadap masalah ini. Bayi yang mengalami masalah colic sepatutnya kelihatan sihat dan mempunyai peningkatan berat badan yang baik.
Jika tangisan kuat ini berserta dengan demam, sukar bernafas, sawan, muka kelihatan pucat atau biru, tidak menyusu dengan baik dan muntah yang berterusan atau berak berdarah, ia bukanlah masalah yang biasa.
Jika ada masalah seperti ini, saya mencadangkan agar urut lembut anak pada abdomen, belakang dan anggota tangan dan kakinya menggunakan minyak kelapa dara.
Bawa untuk pemeriksaan doktor jika keadaan ini berulang bagi membezakan keadaan ini dengan keadaan yang lebih berbahaya.
Masalah kencing malam atau bedwetting boleh terjadi kepada mana-mana kanak-kanak, tidak terkecuali anak anda. Apatah lagi jika anak anda sudah mula bersekolah. Jika anak anda kencing malam, apa yang perlu anda lakukan? Ketahui cara bagaimana untuk menangani masalah ini dengan mengikuti panduan di bawah.
Tip tangani anak kencing malam
Jika anak anda dalam lingkungan umur yang sesuai untuk bercerai lampin, mulakan cara didikan dengan tidak memberikan anak menyusu botol dua atau tiga jam sebelum waktu tidurnya. Elakkan juga memberi anak minuman berkafein atau berkarbonat pada waktu malam kerana kafein hanya akan membuatkan anak anda untuk kencing lebih kerap.
Latih si kecil untuk ke bilik air sebelum masuk tidur.
Pesan pada anak anda untuk bangun ke bilik air jika terasa ingin membuang air kecil. Jika anak anda takut untuk ke tandas seorang diri, pesan padanya untuk mengejutkan anda jika ingin membuang air kecil.
Bagi mengelakkan anak takut ke bilik air, sentiasa nyalakan lampu di tandas bagi memudahkannya jika terjaga daripada tidur.
Buat permulaan, kejutkan anak anda daripada tidur untuk pergi membuang air kecil selepas beberapa jam mereka tidur. Lama-kelamaan, mereka akan biasa dengan rutin tersebut.
Berikan pujian pada anak anda jika dia berjaya untuk tidak kencing malam. Namun, jika ada beberapa kali anak anda terkencing malam, jangan mudah menghukum atau memarahi mereka.
Letakkan plastik pada tilam supaya mudah untuk anda membersihkan tilam dan menjaga kebersihan tilam daripada terkena air kencing.
Ajar anak anda tentang kebersihan dengan memberitahu mengapa mereka tidak boleh kencing malam.
Luangkan masa bersama anak sebelum tidur. Berikan mereka pelukan dan ciuman sebelum tidur agar mereka rasa tenang.
Jika masalah kencing malam anak anda kronik, cuba kaedah hypnosis yang dikatakan berkesan untuk menangani masalah kencing malam.
Buat jadual tentang kencing malam anak anda. Ingat! Jadual yang dibuat bukan untuk memalukannya tetapi untuk memberi semangat kepadanya. Sebagai contoh, anda boleh tandakan bintang pada hari yang dia tidak kencing malam. Hal ini akan membantunya bersemangat untuk berusaha tidak kencing malam.
Sebagai ibu bapa, anda perlu banyak bersabar. Sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi masalah ini. Anggap ia sebagai satu peluang untuk anda merapatkan diri dengan anak anda. Selain itu, anda juga perlu meniupkan semangat kepada anak untuk berhenti daripada kencing malam.
Beritahu anak anda masalah kencing malam turut dihadapi oleh kanak-kanak lain. Terangkan kepadanya bagaimana masalah itu berlaku dan cara mencegahnya. Jika semua usaha tidak berhasil, mintalah bantuan doktor. Doktor akan memberikan ubat bagi menangani masalah kencing malam.
"Bersih mayat (jenazah) dia, bang. Tak ada darah pun. Kecuali di dagu sikit ja. Itu pun nampak seolah-olah cedera ringan."Kongsi saksi kejadian kemalangan maut...