Karakter isteri yang dikaitkan dengan ‘singa’ bukan sifat asal seorang isteri atau ibu, sebaliknya ia berpunca daripada keadaan sekeliling yang menyebabkan mereka berubah.
Trainer Nuero Semantic-NLP yang bertauliah dalam bidang Pembangunan Modal Insan, Dr Rozieta Shaary berkata, tekanan yang berpanjangan, stres dan kurang ilmu dalam menguruskan rumah tangga menjadi punca utama dalam perubahan karakter isteri menjadi lebih bersikap kasar.
Isteri Tidak Dapat Mengawal Situasi
“Segelintir isteri tidak dapat menangani situasi di luar kawalan mereka dan beranggapan anak-anak sentiasa berada dalam keadaan terkawal, namun sebaliknya berlaku,” katanya ketika menjadi panel FB LIVE Sinar Harian, hari ini.
Isteri Yang Lemah Lembut Berubah
Rozieta berkata, kemahiran dalam memastikan kerja rumah yang lebih tersusun, cara bertutur dengan ahli keluarga, pengurusan masa aktiviti harian serta pengetahuan berkaitan perkembangan anak-anak juga penting dalam diri seorang isteri.
“Kebanyakan isteri yang lemah lembut berubah menjadi garang disebabkan oleh faktor tersebut.
Wanita Menjadi Kasar Kerana Kurangnya Kasih Sayang
“Mereka juga sering mendapatkan nasihat daripada mereka yang salah dalam menangani tekanan,” katanya.
Tambahnya, nasihat daripada mereka yang beremosi juga menjadi penyebab kepada tindakan seorang isteri atau ibu menjadi kasar.
Dalam pada itu, Rozieta berkata, berdasarkan kajian seseorang wanita itu menjadi kasar kerana kurangnya perhatian dan kasih sayang.
Suami Memainkan Peranan Penting
“Dalam hal ini, suami memainkan peranan penting dalam memberi sokongan, bantuan dan nasihat supaya isteri dapat berkongsi masalah sekaligus dapat menenangkan tekanan emosi yang dihadapi isteri,” katanya.
Dalam pada itu, salah satu usaha bagi berkongsi ilmu dengan golongan suami isteri dalam membangunkan modal insan, Rozieta mengadakan bengkel dan seminar dalam membantu isteri membuat keputusan yang betul tanpa perlu menjadi ‘singa’.
“Selalunya suami yang akan datang mendaftar seminar dengan tujuan membantu isteri yang dilihat sentiasa berada dalam keadaan tertekan, “katanya.
Sumber: Astro Awani