Sekitar jam 11 malam, sepatutnya anak-anak dah berada di rumah dan tidur tetapi bagi seorang kanak-kanak lelaki ini dia masih lagi mencari rezeki dengan menjual mangga pada lewat malam.
Kegigihannya demi mencari rezeki untuk kelangsungan hidup mengundang sebak seorang wanita dalam satu pertemuan di tepi jalan.
Wanita berkenaan, Natrisya Zainal berkata, dia menemui kanak-kanak berusia sekitar sembilan tahun itu berdekatan Masjid Jamek Kampung Melayu Majidee di Johor Bahru, Johor pada kira-kira pukul 11 malam Ahad.
Menerusi laporan mStar, Natrisya berkata, ketika itu dia bersendirian dalam perjalanan untuk membeli burger di kawasan tersebut.
“Masa saya duduk dalam kereta sementara tunggu burger siap, ada adik ni datang ke kereta. Dia tengok-tengok sebelum saya buka tingkap.
“Saya tanya adik tu buat apa? Adik tu jawab ‘Kak, tolonglah saya. Belilah buah, saya dah penat, belilah semua‘. Kata-kata adik tu buat saya rasa sebak,” katanya.
Lebih mesra disapa Trisya, katanya, dia dimaklumkan oleh kanak-kanak terbabit bahawa ibunya yang menghantarnya ke kawasan tersebut untuk berniaga buah.
“Dia cakap mak dia hantar, ada adik-beradik di rumah. Saya rasa sebak sebab nampak dia jalan seorang diri pada waktu lewat begitu.
“Ada berbaki sembilan biji mangga yang dia mahu jual kesemuanya. Mungkin dia bawa lebih banyak mangga sebelum itu tetapi sudah terjual.
“Mungkin dia ada target untuk kena habiskan buah yang dijual sebelum boleh balik. Sebab itulah dia merayu untuk saya beli kesemua buah yang tinggal. Tak tahu berapa lama dia berniaga tapi nampak dia cukup penat,” ujarnya yang berasal dari Johor Bahru.
“Tak mahu duit, rayu beli mangga”
Menerusi satu video yang dikongsi di aplikasi TikTok sehingga meraih lebih dua juta tontonan, Trisya membeli kesemua sembilan biji mangga yang berharga RM45.
Dia bagaimanapun memberikan RM50 kepada kanak-kanak itu dengan bakinya untuk tujuan sedekah, sebelum kanak-kanak itu beredar meninggalkan keretanya.
Walaupun ramai yang memuji kegigihan kanak-kanak itu menjual mangga, Trisya menganggap sepatutnya anak kecil seusianya dah perlu ada di rumah pada lewat malam.
Menurut Trisya, dia menyifatkan kanak-kanak dalam pertemuan singkat itu sebagai petah bercakap, berani dan bijak.
“Sebak tengok dia tak mahu saya beri duit, tapi dia merayu saya beli mangga yang dijual.
“Lepas jual mangga pada saya, dia beredar dan ada kereta datang jemput di hadapan.
“Saya dalam kereta menangis terkenangkan dia. Saya doakan agar adik tu tak lupakan pelajaran dan menjadi orang yang berjaya suatu hari nanti,” kata Trisya yang menyediakan ‘Kasih Ohana’ bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan lampin, keperluan makanan dan susu, termasuk peluang pekerjaan, kelas mengaji dan tuisyen percuma.
Kredit: mStar
BACA [Masuk Rumah Rasa Tenang & Tak Serabut, Suami Isteri Pastikan Buat Perkara Ini!]
BACA JUGA [“Apa Kita Cakap, Itulah Anak Akan Cakap” Adab Kita Anak Cepat Tiru, Hati-Hati!]
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)