Kakak 12 Tahun Terpaksa Jaga 5 Adik. Ayah Ditahan Polis, Ibu Pula Tak Mahu Jaga

Share

Besarnya dugaan mu dik.. Sepatutnya dalam usia ini, tengah seronok belajar dan menimba ilmu di sekolah namun atas kekangan dan masalah keluarga niat itu terpaksa dipendam oleh seorang kakak demi menjaga adik-adik yang masih kecil.

Tanpa kasih sayang ibu ayah

Kisah 6 beradik ini yang ditinggalkan oleh ibu bapanya dan kini dibawah jagaan nenek yang hanya bekerja ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang cukup menyedihkan. Walaupun kita rasa susah, tapi sebenarnya ramai lagi yang susah.

Sepatutnya dalam usia anak-anak yang masih kecil ini, mereka memerlukan kasih sayang ibu bapa. Malangnya, 6 beradik ini tidak bernasib baik kerana bapanya ditahan polis kerana memiliki barangan terlarang manakala ibu pula ada masalah kemurungan.

Melalui perkongsian di Facebook Dielah Midi, perjalanan hidup 6 beradik yang tinggal di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, Kelantan mendapat perhatian ramai dan rata-ratanya bersimpati dan ada yang ingin menghulurkan sumbangan.

Kakak ambil tanggungjawab jadi ‘ibu’ 

Menurut Puan Dielah Midi, anak sulung yang dikenali sebagai Mimi, berusia 12 tahun, dianggap sebagai ibu oleh adik-adiknya. Difahamkan, 6 beradik ini telah diserahkan oleh ibunya, kepada nenek mereka setelah ayah mereka ditangkap atas sebab memiliki barangan terlarang.

Bertabahlah adik Mimi, berat ujian yang menimpa 6 beradik ni, menjaga 5 adik-adik yang lain. Ibunya menyerah ke-6 anaknya kepada mentuanya setelah suaminya ditangkap polis kerana memiliki barangan terlarang.

Si ibu pulang dan bertekad tak mahu lagi kesemua anak-anaknya kerana kesempitan hidup dan masalah kemurungan yang menimpa dirinya.

Paling menyentuh hati, si ibu sudah bertekad untuk tidak lagi berjumpa dengan anak-anaknya berikutan mengalami masalah kewangan di samping masalah kemurungan.

Terpaksa tangguh sekolah, jaga adik-adik

Bukan itu sahaja, apa yang lebih menyedihkan, apabila kakak sulung ini sanggup berkorban masa depannya. Kakak lebih rela tidak pergi ke sekolah demi menjaga adik-adiknya di rumah.

Mimi 12 tahun yang menjaga 5 adik-adiknya yang berusia 10 tahun, 7 tahun, 6 tahun, 2 tahun dan baby 5 bulan. Semasa kunjungan ke rumah nenek Mimi ada berbincang tentang persekolahannya.

Laju jer air mata Mimi keluar dia kata mungkin tahun ni dia terpaksa hold dulu persekolahannya sebab adik-adiknya yang lain.

Katanya jika dia ke sekolah siapa lagi yang boleh diharapkan untuk menjaga adik-adik kerana nenek pun bekerja di sebuah kilang garam yang berdekatan dengan rumahnya.

Ya Allah sungguh besar pengorbanan kakak demi adik-adiknya. Moga ada sinar yang lebih baik untuk adik beradik ini demi masa depan masing-masing.

Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan atau bertanya lanjut kisah 6 beradik ini, boleh hubungi Puan Dielah Midi 017-9439122.

Kredit: Dielah Midi

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy