“Kakak Frust Sebab Bukan Girl” Gelagat Anak Fad Bocey Curi Perhatian, Kongsi Nama Bayi Kelima!

Share

Selamat melahirkan cahaya mata kelima mereka pada tanggal 12 Oktober lalu, Fad Bocey dan isterinya, Syaheera Abd Rahman tampil berkongsi nama pilihan mereka.

Menerusi Instagramnya beberapa hari yang lalu, isteri Fad iaitu Syaheera memuat naik sekeping gambar anak-anak bersama adik kelima mereka yang sudah pun diberikan nama, Kahl Maleeq.

“Assalamualaikum dah janji hari ke 7 nak reveal gender kan. Walaupun 99% teka mommy pregnant girl tapi Allah cakap kali ni rezeki untuk kami seorang lagi baby boy.

“Alhamdulillah syukur untuk kurniaan rezeki ni buat kami. Kami kenalkan anak ke 5 kami “Kahl Maleeq”. Doakan anak ni semoga menjadi anak yang soleh, yang patuh pada perintah Allah.

“Banyak sebenarnya kisah-kisah atas pilihan nama kali ni. Semoga anak ni menjadi sebaik dan secantik namanya ❤️,” kongsinya.

Anak perempuan kecewa dapat adik lelaki

Berkongsi kisah kelahiran anak kelimanya itu, tambah Syaheera lagi, anak perempuannya menjadi insan paling kecewa kerana tidak dapat menerima kehadiran anak lelaki.

Pun begitu rasa kecewanya bertukar dan kini menjadi begitu penyayang kepada adiknya, Baby Kahl Maleeq.

“Aminah frust sebab bukan girl. First day dia nangis kenapa bukan girl. Sekali tiba-tiba baby nangis terus. Dia dah fobia dia cakap tak tak..kakak sayang adik jugak walaupun adik boy.

“Now dia dah happy sangat. Jangan risau inah mommy isytihar mommy akan pregnant anak ke 6 pulak nanti. Thank you untuk semua wish dan doa buat keluarga kami. Hanya Allah yang dapat membalas semuanya,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Fad dan Syaheera selamat menyambut kelahiran anak kelima mereka pada 12 Oktober lalu di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.

 

Menarik: “Leaking Dari Petang Sampai Malam” Bersyukur Jadi Ibu, Syifa Melvin Kongsi Cerita Kelahiran Baby Saif!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN