Ibu mana yang tidak bimbang bila anaknya sakit. Lagi-lagi anak yang cukup aktif setiap hari. Anak kepada pelakon, Ezzaty Abdullah dimasukkan ke hospital selepas mengalami dehidrasi.
Menerusi Instagramnya, Ezzaty memuat naik video ketika anaknya, Harum Dalia mendapatkan rawatan di hospital.
Akui Ezzaty lagi, anak sulungnya itu merupakan seorang anak yang cukup aktif dan lincah. Malah tetap lincah walaupun demam. Namun kali ini Harum tewas dan mengalami muntah-muntah.
“Kakak strong girl. Ibu ingat lagi masa baby, kakak tak nangis pun. Setiap kali kakak demam or sakit, mesti kakak hyper je macam tak sakit.
“Tapi hari ni, kakak terbaring, diam, nangis, tak makan, muntah-muntah. Ibu minta maaf sangat sebab ibu ingat kakak sakit macam biasa je,” tulisnya berkongsi.
Berkongsi kisah cemas itu kata Ezzaty, anaknya dirujuk ke hospital sebagai mendapatkan rawatan di klinik pakar kerana degupan jantungnya yang tinggi dan ditambah pula masalah dehidrasi yang dialaminya.
Namun dia kini bersyukur bila mana keadaan anaknya yang lemah semakin bertambah baik. Malah kini Harum sudah mampu tersenyum dan ceria seperti selalu biar pun masih dalam pemulihan.
“Sampai je klinik pakar tadi, doktor terus suruh ibu bawak pegi hospital cepat-cepat sebab heartbeat kakak dah tinggi sangat, kakak dehydrate yang sangat teruk sampai mata dah kuyu.
“Alhamdulillah, malam ni Harum dah boleh senyum, boleh bercerita cuma dia masih lemah dan masih belum hyper lagi.
“Ibu sentiasa doakan kakak cepat sembuh dan happy macam selalu ok. Nanti dah sihat, kita pergi tengok cerita Barbie! @harumdalia,” luahnya.
Semoga Harum Dalia cepat-cepat sembuh dan kembali ceria seperti selalu.
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!
Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI