Murid tahun empat itu maut selepas dilanggar sebuah van sekolah yang menghantarnya pulang di rumahnya dekat Apartmen Seri Teluki, Bukit Sentosa di sini kira-kira pukul 6.30 petang semalam.
Ibu mangsa, Habsah Abdul Aziz, 42, berkata, dia bagaimanapun menganggap apa yang dikatakan oleh anaknya itu sebagai satu gurauan memandangkan dia memang suka bergurau.
Tidak Perasan Sebarang Perubahan Arwah Sebelum Kemalangan
“Kakak (Arisa) merupakan seorang kanak-kanak yang pendiam namun dia sering bergurau serta sangat mesra dengan ahli keluarga terdekat dan kami sekeluarga tidak perasan akan sebarang perubahan yang ditunjukkan oleh arwah sebelum kemalangan itu berlaku.
“Arwah merupakan seorang anak yang baik dan sangat mendengar kata,” katanya sayu ketika ditemui Kosmo! di kediamannya di sini.
Redha Dengan Pemergian Anak
Menurut Habsah, anak sulungnya itu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung sekitar pukul 12.30 tengah hari tadi.
“Saya redha dengan apa yang telah berlaku dan tidak mahu menunding jari kepada sesiapa susulan kejadian ini.
“Sewaktu kejadian, saya dan suami berada di tempat kerja dan hanya mengetahui tentang kemalangan itu selepas menerima panggilan daripada anggota polis,” katanya dalam keadaan air mata bergenangan.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai ketika dihubungi berkata, pemandu van berkenaan yang merupakan seorang wanita berusia 56 tahun telah dibebaskan semalam.
“Wanita itu dibebaskan susulan polis hanya memperoleh tempoh reman satu hari daripada mahkamah dan telah selesai merakam keterangannya,” jelas beliau
Sumber: Kosmo