Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah situasi yang dihadapi oleh seorang ibu apabila terpaksa bekerja untuk menyara keluarga dan dalam masa yang sama mempunyai anak-anak yang masih kecil.
Sebak melihat keadaan anak-anak kecil yang memerlukan perhatian serta kasih sayang, guru kepada kanak-kanak ini tampil berkongsi cerita dengan niat untuk membantu ibu muda ini.
Persis Drama Jaga Aku Selama, Ibu Bekerja, Kakak Jaga Adik
Balik dari sek tadi, saya singgah sebentar ke supermarket untuk beli sedikit barang. Sebaik turun dr kereta sy terdengar tangisan kanak-kanak yang sangat kuat dari arah pintu rumah kedai di sebelah supermarket tersebut. Saya segera mencari dr mana datangnya suara tangisan tadi.
Saya menuju ke pintu besi di sebelah supermarket yg terdapat tangga utk ke rumah kedai di bahagian atas deretan kedai2. Sebaik menjengah ke satu celahan grill besi, kelihatan seorang kanak2 perempuan sedang menangis seorang diri.
Dengan berpakaian agak comot, dia terus menangis walaupun sy cuba memujuk dr luar pintu besi yg terkunci. Rasa sedih melihatkan dia menangis keseorangan di situ. Dalam hati saya terdetik, ‘Mesti ni adik aisyah’. Masih ingat lagi x kisah 5 beradik yg saya pernah ceritakan dulu?
Bagaimana seorang kakak sulung yg baru berusia 7 tahun diberi tanggungjawab utk menjaga 4 lagi adiknya yg masih kecil ketika ibu mereka berkerja. Si ayah lari meninggalkan anak2 tanpa perasaan belas.
Apabila saya masuk ke supermarket, kelihatan ibu kanak2 tersebut yg sy gelar shima sedang menyusun barang di rak.
Segera saya bertanya,
‘Shima, anak awak ke menangis kt tangga bawah tu?’
‘Ya cikgu, mmg dia macam tu. Tak makan pujuk’ kata ibu muda tadi.
‘Ni anak yang mana?’ tanya saya.
‘Yang no 3 cikgu’.
‘Oh kesiannya dia, sedih sy tengok’.
‘Cikgu risau ye, xpe cikgu mmg macam tu’ balas shima.
‘Tak sampai ati saya shima, kesiannya’ jawab saya.
Baca Juga:
Di Mana Mereka Sekarang? Kanak-Kanak Hilang Masih Belum Di Temui Sehingga Kini
Puding Dadih Susu & Buah Naga, Resepi Simple Untuk Bayi Yang Dalam Fasa ‘Teething’
Resepi Rendang Ayam & Kuah Kacang Versi Bayi, Memang Sedap! Baby Pun Boleh Makan Makanan Raya
Kami berbual ringkas sebab sy harus bergegas mengambil anak balik dari sekolah. Sebaik keluar drp supermarket suara tangisan tadi tak lagi kedengaran. Saya segera ke pintu besi tadi, cuba menjengah kalau2 anak kecil tadi masih di situ.
Sebaik menjengah ke dalam, kelihatan anak kecil tadi sedang tidur kepenatan setelah puas menangis.. meruntun hati saya melihatkan keadaan dia yang tidak terurus. Saya segera masuk semula ke supermarket tadi. Kelihatan shima masih tekun menyusun barangan di rak.
‘Shima, anak awak dah tertidur’ tegur saya sebaik mendekati shima.
‘Xpe cikgu, biar dulu. Kejap lagi sy habis kerja sy angkat. Kakaknya aisyah tak kuat nak mengangkat adiknya naik tangga ke atas’ jawab shima sambil senyum.
Mana mungkin aisyah boleh mengangkat adiknya, getus hati saya. Terbayang wajah aisyah di fikiran saya. Jarang sekali melihat die tersenyum. Wajahnya murung dan sugul. Kerap letih dan lesu serta tidak bermaya. Barangkali kepenatan memikul tanggungjawab di rumah. Seorang yg sangat pendiam dan pasif di dalam kelas.
Walaupun begitu jarang sekali dia tidak menyiapkan tugasan yg saya beri. Kadang2 die tertidur berbantalkan lengan di atas meja. Tubuhnya terlalu kurus dan kecil. Pakaiannya agak comot dan kadang2 tidak berstokin.
Aisyah anak murid sy yg merupakan kakak sulung budak perempuan yg menangis tadi. Baru berumur 8 tahun, sudah memikul tanggungjawab yg berat menjaga adik2 termasuk menguruskan adiknya yg masih bayi. Sedangkan ibu pula sibuk bekerja mencari wang utk menyara kehidupan mereka 5 beranak.
Tak mampu saya luahkan apa yg terpendam, terlalu berat apa yg dipikul ibunya. Nak menghantar anak kepada pengasuh memerlukan kos yg agak tinggi sedangkan si ibu perlukan wang utk membayar sewa rumah, membeli barang keperluan mereka sekeluarga dan brg keperluan bayi.
Anak2 pula terlalu kecil utk memahami dan memikul tanggungjawab yg diberi. Zaman kanak2 mereka tak seindah kanak2 lain yg berlari bermain2 di taman, ditemani ayah tercinta yg memimpin dan memeluk tubuh mereka.
Apa yg saya tau, ibu mereka dalam proses memfailkan perceraian tetapi proses tersebut tidaklah mudah malah memakan masa yg agak panjang. Kehidupan mereka harus diteruskan walaupun tanpa yg bergelar suami dan ayah.
Sumber: CT Kitchen
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!