Kaki membengkak dan kontraksi palsu kerap terjadi kepada ibu hamil pad trimester ke-3. Pelakon & pengacara Cik Puan Juliana Evans kongsi pengalaman hadapi trimester mencabar ini.
Sedang menunggu kelahiran cahaya mata pertamanya dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj, Juliana berkongsi tentang apa yang dilalui semasa semester terakhir kehamilannya.
Katanya, trimester kedua keadaan dirinya berada di tahap optimum. Selepas memasuki trimester ketiga, segalanya berubah dan ia mula merasakan kesakitan dan tidak selesa.
Juliana juga mengalami bengkak pada bahagian kaki menyebabkan kesukaran untuk berjalan. Paling menyakitkan ialah Carpal Tunnel Syndrome iaitu kesakitan berpunca daripada saraf median yang membekalkan rasa kepada tangan dan jari akibat tekanan berpanjangan. Malah dalam situasi pelakon ini, ia lebih menyakitkan dan dikenali sebagai De Quervains Syndrome.
Artikel berkaitan: Ibu Hamil Mudah Terkena Carpal Tunnel Syndrome. Kebas, Sakit Menyengat Jari & Tangan Akibat Saraf Tertekan
Menginjak ke trimester ketiga, kontraksi palsu juga turut dialami Juliana.
Walau pun melalui cabaran kehamilan, bakal ibu ini teruja dan tidak sabar untuk menatap anak sulung. Juliana juga meminta mendoakan agar proses kelahiran selamat dan lancar.
Sumber: julianaevans
Artikel berkaitan: Kongsi Momen Indah Sebelum Bersalin, CP Juliana Evans Makin Berseri Di Trimester Ketiga