Bila masuk trimester ketiga, kaki rasa macam berat dan mengembang waktu hamil. Mulalah ibu rasa tak yakin pada diri. Urat timbul, sendal selipar pun macam tak muat.
Jangan risau mama, bengkak kaki atau edema adalah kesan sampingan yang dialami
bila tengah berbadan dua. Tapi kenapa boleh jadi macam ini?
1. Darah lebih banyak dari biasa
Bila mengandung, badan akan hasilkan lebih banyak darah untuk menyokong tumbesaran baby. Lebih darah, lebih tekanan pada salur darah dan sekaligus bengkak pun boleh jadi.
2. Rahim tekan urat
Makin bayi membesar, makin besar rahim. Bila rahim sudah mula ambil keseluruhan ruang, ia boleh menekan salur darah utama (terutama vena cava), iaitu urat yang menghantar darah balik dari kaki ke jantung. Tekanan ini buat darah terperangkap pada kaki. Maka, jadilah bengkak.
3. Perubahan hormon
Perubahan hormon pada ibu mengandung menjadikan dinding urat lebih lembut, sekali gus menjejaskan sedikit fungsinya.
Masalah bengkak ini sering terjadi pada lewat kehamilan. Ini disebabkan oleh graviti, sebarang cecair tambahan akan berkumpul pada bahagian kaki dan pergelangannya, khususnya jika anda lebih banyak menghabiskan masa berdiri.
Usah bimbang kerana bengkak yang dialami tidak mendatangkan sebarang risiko kepada bayi dalam kandungan, cuma anda akan berasa tidak selesa.
Ads
Elakkan berdiri lama
Bila mama berdiri terlalu lama, gravitasi boleh menarik darah ke bawah dan menyebabkan darah terkumpul di bahagian kaki. Ini buatkan tekanan dalam salur darah meningkat dan secara semula jadi cecair dalam darah akan mula meresap keluar ke dalam tisu kaki dan terjadilah bengkak.
Apa boleh jadi kalau selalu sangat berdiri lama?
* Kaki makin bengkak dan rasa berat – Lagi lama berdiri, lagi banyak darah terkumpul pada kaki. Akhirnya, kaki rasa macam berat.
* Urat timbul (varicose veins) – Tekanan tinggi pada urat buat urat jadi besar, biru, dan timbul.
* Kurang oksigen ke rahim – Bila darah banyak terkumpul pada kaki, kurang yang sampai ke rahim. Ini boleh ganggu aliran oksigen pada bayi.
Ads
* Mudah pening & pitam – Darah tak cukup naik ke otak bila berdiri terlalu lama, terutama kalau dalam tempat panas. Risiko jatuh pun ada!
Tip & trik legakan kaki bengkak
Nak bagi hilang seratus peratus mungkin susah, tapi mama boleh kurangkan ketara dengan beberapa cara yang simple tapi berkesan.
* Minum banyak air – Bunyi macam pelik, tapi bila cukup hidrasi, badan kurang ‘simpan’ air berlebihan dalam tisu.
Ads
* Tinggikan kaki – Bila rehat, sandar dan tinggikan kaki atas bantal. Ia bantu alirkan darah balik ke jantung.
* Elakkan berdiri lama sangat – Kalau kerja banyak berdiri, cuba duduk rehat sekejap-sekejap.
* Guna stoking compression – Stoking ini bantu tekanan balik ke salur darah, kurangkan pengumpulan cecair.
* Berjalan perlahan-lahan – Ringan-ringan saja. Gerakan kaki bantu peredaran darah.
* Kurangkan garam – Terlalu banyak garam buat badan simpan air. Jaga pemakanan pun penting!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika mengandung anak pertama, kebanyakan bakal ibu berasa keterujaan yang luar biasa. Itu memang perasaan normal.
Gembira, tak sabar, bertuah, bangga, bersemangat, semuanya bersatu menjadi satu kebahagiaan.
Namun, apabila disahkan mengandung anak kedua, cara penerimaan kehamilan sudah berbeza. Bukan tidak gembira dengan rezeki yang datang tetapi perlu lebih kuat, cekal dan realistik tetang kehidupan yang bakal dilalui dengan seorang bayi baharu serta si kecil yang sedang membesar.
Apatah lagi jika anda mengandung anak kedua ketika anak pertama masih lagi berusia bawah 12 bulan. Cabarannya memang berganda.
Berikut antara perbezaan antara kehamilan anak pertama dan anak kedua.
1. Kepenatan
Perkataan ‘penat’ mungkin tidak dapat menggambarkan kepenatan yang dirasai. Masa mengandung anak pertama, anda masih boleh bersantai, bermalas-malasan dan tidur sekejap apabila rasa penat terutama di hujung minggu. Tetapi bila mengandung anak kedua, anda perlu abaikan semua itu sebab si kecil yang sulung perlukan perhatian dan bermacam keinginannya yang perlu dipenuhi.
2. Senaman
Semangat ibu mengandung sulung memang berbeza. Maklumlah banyak masa. Segala tips yang dipelajari daripada majalah, internet semua dipraktiskan termasuklah senaman khusus untuk ibu hamil. Tetapi bila mengandung anak kedua, cukuplah ‘senaman’ melayan kerenah anak sulung. Sudah cukup buat ibu berpeluh. Itu belum lagi bab anak minta didukung!
3. Komen
Masa mengandung anak sulung, ramai yang memuji penampilan berseri-seri. Katanya seri ibu mengandung sulung. Tetapi masa mengandung anak kedua, kebanyakannya memberitahu betapa letihnya diri anda, hairan bagaimana boleh uruskan kehamilan yang meletihkan dan anak kecil yang banyak ragamnya.
4. Lemah kawalan air kencing
Jangan terkejut, jika anda hamil rapat anak kedua, kemungkinan masalah sukar mengawal air kencing akan berlaku terutama ketika bersin, ketawa, batuk dan banyak pergerakan.
5. Perancangan
Bukan pilih kasih tetapi kebanyakan ibu terutama yang mengandung rapat anak pertama dan kedua mungkin tidak sempat melakukan perkara yang sama. Jika hamil anak sulung, semua dirancang dan diuruskan dengan teratur seperti membeli peralatan bayi, menyimpan gambar ‘scan’ bayi setiap kali pemeriksaan kehamilan dan bermacam lagi perkara berkaitan bayi anda. Tetapi bila masuk anak kedua anda tidak sempat hendak melakukan perkara yang sama kerana sibuk menguruskan anak sulung. Jangan rasa bersalah, itu memang normal.
Apa pun cabarannya, raikan kandungan kedua dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan namun dalam masa yang sama layan anak sulung dengan penuh kasih sayang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas memiliki tiga cahaya mata perempuan, pelakon Datuk Fizz Fairuz mendedahkan bahawa dia bakal menimang cahaya mata keempat tahun 2020.
Fizz atau nama sebenarnya, Mohd. Fairuz Zainal Abidin, 40, berkongsi berita gembira itu apabila memaklumkan bahawa isterinya kini disahkan hamil. Cuma usia kandungan Datin Almy Nadia tdiak dimaklumkan.
A post shared by Dfizzfairuz (@fizzfairuzofficial) on
“Hadiah tahun baru. hehehe penutup 2019. Amin, rezeki Allah. Kasih sayang untuk anak-anak tetap sama. Tak ada setitik pun kurang. Amin #babynewyear2020,” tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Pada entri tersebut, aktor filem Munafik itu turut berkongsi imej ujian imbasan kandungan isterinya.
Rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut dan berharap agar kali ini mereka dikurniakan anak lelaki pula.
A post shared by Dfizzfairuz (@fizzfairuzofficial) on
“Harapnya tahun 2020, Allah makbulkan untuk dapat baby boy.
“Hero pulak kali ni, Insya-Allah.
“Tahniah! Semoga dapat baby boy,” tulis sebahagian netizen.
Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Nur Afrina Arianna, 4, Nur Afrina Aurora, 3, dan Nur Afrina Ayra yang baru berusia setahun.
Pasangan itu juga mempunyai seorang anak angkat Nur Afrina Darwisya, 10.
Sumber: ig Fizz Fairuz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keinginan makan makanan yang pelbagai sering terjadi ketika kehamilan. Macam-macam yang diidamkan kadang ada yang tak tercapai dek akal. Tapi itu adalah kebiasaan bagi wanita hamil. Selagi ia merupakan makanan pasti suami akan cuba realisasi apa yang diinginkan isteri yang sedang mengandung.
Walaubagaimanapun, dalam keghairahan memenuhi segala permintaan bakal ibu, ada juga makanan yang perlu dielakkan ketika mengandung.
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad menerusi akaun Facebook miliknya, menurut doktor tersebut wanita hamil perlu mengelak organ dalaman haiwan terutamanya dalam pemakanan. Hati ayam atau lembu salah satu makanan yang kaya dengan dos Vitamin A yang perlu dielakkan makan ketika kehamilan.
Berikut apa yang dikongsikan oleh beliau:
WANITA HAMIL PERLU MENGELAKKAN MENGAMBIL PRODUK HAIWAN TERUTAMA HATI DALAM PEMAKANAN
Bagi wanita hamil, saya mencadangkan bagi mengelakkan dari mengambil hati haiwan seperti hati lembu dan hati ayam dalam menu makanan. Ini kerana terdapat banyak dos vitamin A di dalamnya. Dos vitamin A yang berlebihan akan menggangu perkembangan bayi dalam rahim.
Tidak Perlu Ambil Makanan Kaya Vitamin A Setiap Hari
Perkataan vitamin A merujuk kepada dua jenis nutrien iaitu retinol (atau juga dipanggil retinoids), dan provitamin A carotenoid. Retinol (atau retinoid) terdapat dalam menu yang berasakan haiwan seperti telur , susu, dan hati. Ia boleh digunakan secara langsung oleh tubuh. Sementara carotenoid pula banyak terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia harus ditukar dahulu kepada vitamin A oleh tubuh sebelum dapat digunakan.
Bagi wanita hamil, keperluan vitamin A yang disyorkan ialah 750 mg (2,500 IU ) dalam sehari. Seorang wanita yang hamil tidak perlu mengambil jumlah vitamin A yang disyorkan setiap hari. Ia hanyalah jumlah purata yang boleh diambil untuk beberapa hari atau dalam seminggu. Ini kerana vitamin A adalah vitamin yang tidak larut air dan akan kekal dalam tubuh untuk beberapa hari.
Pengambilan Vitamin A yang banyak boleh sebabkan kecacatan pada bayi
Oleh kerana menu pemakanan kita banyak terdapat daging merah, tenusu, ikan, dan telur, juga sayur-sayuran yang mempunyai banyak vitamin A, maka wanita yang hamil harus berhati-hati supaya tidak mengambil terlalu banyak vitamin A. Pengambilan vitamin A yang banyak dari sumber produk haiwan, boleh menyebabkan kecacatan pada bayi dalam rahim.
Namun harus difahami, vitamin A yang berbentuk carotenoids pada buah-buahan dan sayur-sayuran boleh diambil sebanyak mana yang disukai kerana sifatnya tidak bertindak terus kepada tubuh. Pengambilan vitamin A sebanyak 10,000 IU adalah pengambilan vitamin A yang maksima dibenarkan.
Oleh itu saya menasihatkan ibu yang hamil agar berhati-hati apabila mengambil suplemen vitamin tambahan, apabila telah mengambil menu produk haiwan dalam makanan. Pastikan dos yang diambil tidak berlebihan.
Ketahui kebenaran sebenar tentang diet ibu menyusu — adakah makanan pedas, kopi atau brokoli benar-benar menjejaskan bayi? Pakar pediatrik menjelaskan mitos, fakta dan panduan selamat untuk ibu yang ingin menyusu dengan yakin.