Masa mengandung ni kaki bengkak tu agak biasa. Ramai yang pernah mengalaminya. Tapi pernah tak terfikir, kenapa kaki boleh bengkak masa pregnant ni?

Masa pregnant, especially masa baby dah agak besar, rahim yang besar itu akan menekan organ-organ disekitarnya, termasuk saluran darah besar yang dipanggil vena cava. Salur darah besar ini datang dari salur darah dari kaki dan terus ke jantung. Jadi darah yang bawa oksigen ke kaki tu, akan balik ke jantung melalui vein dari kaki, lalu vena cava dan sampai ke jantung.

Bila Vena cava dihimpit oleh rahim, jadi pengaliran darah dari kaki akan jadi slow. Bila aliran darah jadi slow, tekanan dalam saluran darah tadi akan meningkat dan menyebabkan air tiris keluar dari salur darah ke tisu disekitar. Air ini lah yang menyebabkan kaki bengkak. Water retention.

Kaki Bengkak Sebelah Atau Kedua-Dua Masa Hamil? Hati-Hati Boleh Jadi Darah Beku, Risiko Maut

Jadi nak kurangkan kaki bengkak ni, kena selalu tinggikan kaki supaya graviti membantu dalam pengaliran darah dari kaki ke jantung.

IKLAN

Tapi kalau satu belah je kaki yang bengkak, macam mana pulak boleh jadi macam tu?

Em kalau satu je kaki yang bengkak dan sakit, tu mungkin tanda yang bahaya. Ia mungkin disebabkan oleh Deep Vein Thrombosis (DVT).

Pregnancy meningkatkan risiko berlakunya DVT. DVT ini dengan maksud mudahnya ialah darah beku yang tersumbat pada salur darah. Bila salur darah tu tersumbat, jadi darah tak boleh nak lalu ikut salur darah tu, jadi pressure dalam salur darah tersebut akan meningkat dan kaki akan jadi bengkak.

IKLAN

Tapi itu belum betul-betul bahaya lagi. Yang lebih bahaya apabila, darah beku(thrombus) tadi pecah dan ia terus naik ke jantung dan ke paru-paru. Thrombus yang pecah dan mengalir dipanggil embolus. Embolus tersebut boleh menyebabkan saluran dalam paru-paru tersumbat.

Ini kerana saluran darah dalam paru-paru jauh lebih kecil dari saluran darah di kaki. Jadi thrombus yang pecah kepada serpihan kecil tadi boleh tersumbat di paru-paru menyebabkan berlakunya Pulmonary Embolism(PE). PE boleh membawa maut, ia sangat bahaya.

Simptoms apabila PE berlaku adalah seperti sakit dada, sesak nafas, batuk dan pengsan.

IKLAN

Jadi sentiasa periksa bengkak kaki anda, kalau sebelah lebih bengkak dari biasa dan sakit, dapatkan pemeriksaan Dr dengan segera.

Kaki Bengkak Sebelah Atau Kedua-Dua Masa Hamil? Hati-Hati Boleh Jadi Darah Beku, Risiko Maut

Sumber: Poliklinik Az-Zaara

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI