Pelakon yang juga ibu kepada dua cahaya mata, Amyra Rosli dikhabarkan mengalami sakit sendi dan lebam di beberapa bahagian pada tubuhnya selain batuk yang tidak berhenti.
Hal ini dimaklumkan sendiri oleh Amar Baharin di instagramnya yang memohon doa orang ramai agar Amyra kembali sihat seperti sediakala.
Menurut Amar, Amyra kini tak berapa sihat. Kaki ada kesan lebam-lebam. Sendi satu badan sakit. Kaki pula bengkak macam orang nak bersalin (saya rasa water retention).
Ditambah pula, batuk tak berhenti. Semua ini jadi selepas Amyra positif Covid pada 6 Mac lalu.
Susah untuk berjalan
Sementara itu, menerusi laporan Mstar, Amar memberitahu Amyra diberi rehat selama tiga ke empat hari kerana keadaan dia agak teruk sehingga susah untuk berjalan.
“Dia mengalami sakit sendi dan bengkak pada beberapa bahagian dan yang paling teruk adalah di kaki.
“Dalam tempoh rehat ini saya akan bawa dia untuk menjalani pemeriksaan lebih lanjut di pusat perubatan atau mendapatkan rawatan perubatan Islam.
“Saya sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan jika Amyra hanya berehat di rumah.
“Rasanya lebih baik dia ditahan di wad dahulu supaya doktor boleh memantau keadaannya,” jelas Amar.
Kongsi Amar lagi, keadaan ini tak pernah berlaku kepadanya dan Amyra telah pun menjalani pemeriksaan beberapa hari lalu, namun keputusan ujian darah dalam keadaan baik. Memang pelik sebab tidak pernah berlaku seperti ini.
“Selepas buat ujian darah, doktor beritahu tidak ada sebarang jangkitan kuman. Malah doktor sendiri tidak dapat memberi penyelesaian terhadap penyakit yang dihidapinya,” katanya.
Sebelum ini Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 4, dan Ayra Aryssa, 2.
Kredit: IG Amar Baharin & Mstar
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)