Kejang kaki waktu hamil sangat menyakitkan lebih-lebih lagi sewaktu tidur malam. Kenapa kejang kaki kerap berlaku kepada ibu hamil?
Menurut Dr Nurhazinat, pakar perbidanan dan sakit puan, otot kaki menampung berat badan yang berlebihan semasa hamil. Rahim yang membesar juga memberi tekanan kepada pengaliran darah dari vena utama kaki naik ke atas. Hal ini berlaku bersama dengan kesan hormon progesteron iaitu antara hormon utama yang terhasil semasa hamil. Kehadiran hormon progesteron memberi kesan kepada ketahanan atau kekuatan otot kaki sepanjang kehamilan.
Kenali punca
Kekejangan betis semasa hamil adalah disebabkan oleh pemakanan dan beberapa faktor lain. Mama perlu peka faktor yang mungkin menjadi puncanya.
Serangan malam
Menurut pendapat kebanyakan ibu hamil, kekejangan pada betis kerap kali berlaku pada waktu malam. Kata Dr Nurhazinat, kekejangan betis selalu berlaku pada waktu malam disebabkan suhu persekitaran yang lebih sejuk, keadaan fizikal yang tidak aktif semasa tidur atau pun pergerakan secara tiba-tiba seperti mengeliat selepas rehat yang panjang. Maka, tidak hairanlah kekejangan kerap kali berlaku pada waktu malam atau ketika anda sedang berehat.
Cara elak kejang betis
Ada cara untuk mencegahnya daripada terus berlaku walaupun sebab sebenar yang menjadi punca kekejangan otot kaki masih lagi tidak jelas. Anda boleh mengambil beberapa langkah untuk mencegahnya pada masa akan datang.
Lakukan aktiviti regangan sebelum tidur, boleh membantu mengelakkan kejadian kejang betis semasa hamil. Berdiri sejauh panjang lengan anda dari dinding, letakkan tapak tangan anda pada dinding tersebut dan gerakkan kaki kanan ke belakang kaki kiri. Perlahan-lahan, bengkokkan kaki kiri ke hadapan, pastikan kaki kanan anda kekal lurus atau tegak dan tapak kaki kanan tidak berganjak/bergerak dari lantai tersebut. Tahan regangan tersebut selama 30 minit, hati-hati untuk mengekalkan belakang anda lurus dan paha ke hadapan. Kemudian, tukar kaki dan ulang regangan yang sama. Lakukan regangan ini selama 5 – 10 minit.
Lakukan senaman atau aktiviti fizikal setiap hari dapat mengurangkan berlakunya kekejangan ini. Anda perlu mengelakkan dari berdiri terlalu lama atau duduk dengan posisi kaki bersilang.
Ambil vitamin dan mineral tambahan seperti vitamin C, magnesium, potassium dan kalsium. Anda juga boleh mengambil makanan yang kaya dengan magnesium seperti bijirin, kekacang dan buah-buahan kering. Pengambilan pisang disyorkan setiap hari kerana pisang kaya dengan potassium, membantu mengurangkan kekejangan otot. Anda juga digalakkan meminum susu atau mengambil pil kalsium untuk mendapatkan kalsium yang mencukupi semasa hamil.
(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)
Minum air mencukupi dan memastikan diri sentiasa terhidrat akan membantu mengelakkan kejang otot. Peka dengan warna air kencing! Air kencing yang berwarna kuning pekat biasanya menandakan anda tidak mengambil air yang mencukupi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.