Ada yang sudi bantu adik Hafidz? Mana tahu sumbangan anda itu mampu memberi peluang lebih baik padanya untuk terus membesar seperti kanak-kanak seusia pada masa depan.
Perjalanan adik Hafidz yang disahkan mengalami masalah jantung ini bermula sejak dia dalam kandungan lagi. Semasa scan yang dilakukan ketika 5 bulan kandungan ibunya, doktor dah nampak ketidaknormalan jantung.
Selepas dilahirkan anak bongsu dari tiga beradik ini disahkan mengalami masalah jantung kronik dan kini masih tidak boleh terlalu aktif.
Perlu jalani pembedahan ke-3 sebelum usia 7 tahun
Menurut ibu adik Hafidz, penyakit jantung yang dihidapi Hafidz adalah yang jarang berlaku. Melalui apa yang diberitahu doktor, pembedahan ketiga ini perlu dilakukan sebelum usianya 7 tahun untuk pastikan keadaannya lebih stabil.
Menerusi perkongsian di FB Rina Zahari (ibu saudara adik Hafidz) dia berkongsi perjuangan anak kecil ini.
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang diRahmati Allah. Maaf nak curi masa anda semua untuk berkongsi kesedihan kakak ipar saya Puan Norhazah Othman, ibu kepada anak kecil dalam gambar ni, adik Hafidz.
Kaki, tangan, bibir kebiruan
Semua sedia maklum Hafidz pengidap masalah jantung kronik sejak dilahirkan dan telah melalui dua kali proses pembedahan sebelum ini. Kini, adik Hafidz yang sudah berusia 5 tahun terpaksa melalui satu lagi pembedahan pada bulan 12 ini seperti disarankan oleh doktor.
Ini kerana kesihatan adik Hafidz semakin merosot akibat kekurangan oksigen dalam badan dan kesannya kaki tangan dan bibir adik Hafidz akan menjadi kebiruan.
Perlu RM90,000 untuk pembedahan terakhir
Sekarang Puan Norhazah dan abang saya terpaksa berusaha keras untuk dapatkan dana yang sangat tinggi sebanyak RM90,000 dalam masa yang sangat singkat.
Saya memohon jasa baik semua, sudi kiranya sesiapa berkemampuan dapat membantu dari segi kewangan. Doa dan sokongan anda semua juga sangat diperlukan agar pembedahan adik Hafidz dipermudahkan dan berjalan lancar.
Semoga adik Hafidz diberi kesihatan yang baik dan dapat melalui kehidupan normal seperti kanak-kanak lain. Amin
Sekiranya anda ingin menghulurkan sumbangan boleh berhubung dengan ibu adik Hafidz Puan Norhazah Othman (019- 7281980). Sumbangan juga boleh di berikan melalui akaun Maybank -156226093439
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)