Ayah dan anak ibaratnya sama dengan peribahasa mana nak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ketampanan si ayah mesti akan turun ke anak lelaki. Zahiril Adzim dan anak lelakinya, Nadi Anaqi menjadi tumpuan netizen.
Anaqi yang kini berusia 4 tahun sering mendapat perhatian netizen kerana kecomelannya. Semasa penggambaran rancangan TV Pa&Ma, hos Zahiril Adzim sebagai Pa&Ma Musim Ketiga ini juga turut mengambil peluang memuat naik gambar bersama anak lelakinya itu.
Ekzema ialah satu keadaan di mana kulit tidak dapat menahan kelembapan. Ia boleh mengakibatkan pelbagai masalah seperti merekah, kegatalan dan sebagainya. Apakah faktor yang menyebabkan terjadinya ekzema dan rawatan yang sesuai? Ikuti rancangan TV Pa&Ma episod Derita Ekzema yang akan ke udara pada 4 Disember 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Kalau terlepas, boleh tonton ulangannya jam 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak latih kemahiran berfikir pada anak, ibu ayah boleh aje lakukan beberapa aktiviti mudah di rumah. Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin anak kita mempunyai imaginasi yang tinggi serta kreatif.
Kemahiran berfikir secara kreatif boleh dipupuk sejak dari kecil lagi. Apakah aktiviti-aktiviti yang dapat membantu membentuk kreativiti?
1.Menconteng, mewarna dan melukis
Anak-anak kecil amat suka melukis. Anda pasti pernah melihat lakaran-lakaran pada badan anak dan tertanya bila masa anak anda menconteng dirinya. Atau anda pasti terkejut dengan karya seni anak yang tiba-tiba terpapar di dinding rumah yang baru dicat. Anak suka melukis dan akan melukis apabila diberi kesempatan.
Dengan itu bekalkan anak dengan kertas dan alat tulis yang sesuai dari segi kuantiti serta jenisnya. Sediakan juga buku-buka mewarna untuk anak. Anak yang suka menconteng, melukis dan mewarna akan sentiasa mempunyai aktiviti yang bermenafaat dan kurang masa untuk melakukan sesuatu yang tak berfaedah.
Lazimnya, aktivti ini akan menjadi hobi anak sehingga dia dewasa. Kemahiran melukis meningkatkan otak kanannya. Ia adalah suatu kemahiran yang berguna walaupun dia seorang doktor.
2. Seni dan kraf
Selain dari melukis, libatkan anak-anak dalam aktivti bercorak kraftangan. Ajak anak menghasilkan karya seni atau kraf dari bahan buangan. Ini akan memupuk rasa sayangkan alam sekitar di samping membentuk daya kreativiti anak. Mengajar anak seni lipatan seperti origami juga membina daya kreativiti anak serta membantu membangunkan pergerakan motor halusnya.
3.Bermain lego dan blok
Ia berupaya membina kreativiti dari kedua-dua permainan ini. Anak dapat menghasilkan karya yang kadang kala diluar dugaan kita dengan menggunakan lego dan blok. Malah mereka akan menceritakan apa yang terdapat pada rekaannya dan kenapa rekaannya sebegitu. Permainan blok serta lego juga mengembangkan daya kognitif anak. Konsep ruang, tinggi, rendah serta besar, kecil dapat dipelajari secara tak langsung,
4.Jigsaw puzzle
Salah satu aktiviti yang dapat membina kreativiti anak adalah jigsaw puzzle. Anak harus mampu melihat gambaran yang menyeluruh untuk menyelesaikan jigsaw puzzle. Anda boleh memperolehi berbagai jenis jigsaw puzzle pada tahap yang berbeza. Bermulalah dengan jigsaw puzzle yang mudah; yang mempunyai 2 hingga 3 pecahan dan pertingkatkan cabaran. Malah anda boleh menghasilkan jigsaw puzzle anda sendiri dengan menggunakan gambar dari poster atau yang dicetak dari alam maya. Pertama kali melaksanakan aktivti ini pastikan gambar yang dipilih adalah gambar yang mudah dan dikenali anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak pandai sebut nama objek tetapi tak pandai mintak, tak pandai tanya dan jawab soalan, tak pandai ikut arahan dan macam-macam lagi. Kenapa ini terjadi?
Ini adalah kerana, bertanya dan menjawab soalan, meminta, berbual dan mengikut arahan, semua itu adalah merupakan komunikasi dua hala. Menamakan objek dan berkomunikasi adalah dua kemahiran yang berbeza.
Berdasarkan perkongsian dari Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim diterangkan bagaimana untuk mengetahui perbezaannya.
Sama ada kita sedar atau tidak, apabila kita berkomunikasi contohnya seperti ketika berbual, kita sebenarnya sedang mengambil giliran untuk bercakap. Contohnya seperti:
Seorang bercakap dan yang lain akan mendengar
Seorang bertanya soalan dan seorang menjawab soalan
Seorang tunjuk dan seorang melihat
Jadi samalah juga seperti kita, kemahiran mengambil giliran adalah penting untuk kanak-kanak berkomunikasi. Tapi bagi kanak-kanak, mereka perlu belajar perkara asas dalam kemahiran mengambil giliran. Antara contoh-contoh kemahiran mengambil giliran adalah seperti berikut:
Semasa bermain bola, kita membaling bola pada kanak-kanak dan mereka membalingnya kembali pada kita
Beratur dan menunggu giliran untuk membasuh tangan
Bergilir-gilir meletakkan barang di dalam bekas
Memasukkan bola ke dalam bakul secara bergilir-gilir
Berkongsi mainan seperti puzzle dan memasukkannya secara bergilir
Dan macam-macam perkara atau aktiviti yang mereka boleh lakukan secara bergilir.
Kemahiran mengambil giliran ini boleh melatih kanak-kanak untuk menunggu dan memberi respon pada sesuatu (situasi, perbualan dan aktiviti) dan juga penting untuk mereka belajar berkongsi.
Bagaimana Mengajar Kanak-Kanak Mengambil Giliran
Lakukan aktiviti yang melibatkan giliran seperti:
– Bermain bola – membaling dan menangkap bola secara bergilir. Bantu kanak-kanak jika mereka tidak tahu membaling semula bola kepada anda.
– Memasukkan bola ke dalam bakul secara bergilir
– Meletakkan puzzle secara bergilir
– Memasukkan manik pada tali secara bergilir
– Memasukkan duit ke dalam tabung secara bergilir
Bantu anak anda sekiranya mereka tidak tahu untuk melakukannya
Sebut nama mengikut giliran seperti “giliran mama, giliran adik”
Lakukan aktiviti sehingga kanak-kanak tahu yang mereka perlu menunggu giliran secara spontan
Anda juga boleh menggunakan aktiviti harian seperti mencuci tangan, menyuap makanan dan lain-lain lagi
Kemahiran untuk mengambil giliran dalam melakukan sesuatu aktiviti adalah penting untuk membentuk komunikasi dua hala di kalangan kanak-kanak. Jadi selalulah untuk melatih kanak-kanak demi mengasah kemahiran mengambil giliran mereka!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masa lahir kemerahan, selepas beberapa minggu agak gelap dan beberapa bulan lamanya, cerah pula! Ini antara kekeliruan yang sering dipersoalkan oleh ibu bapa yang baru menimang cahaya mata.
Adakah ini normal? Menerusi perkongsian Hello Doktor warna kulit bayi anda bergantung sepenuhnya kepada genetik anda dan suami.
Banyak mitos di luar sana yang sering diuar-uarkan mengenai kaitan pemakanan dan warna kulit bayi. Ingatlah, warna kulit bayi anda hanya berkaitan dengan genetik anda.
Tidak ada satu kajian pun yang menyokong isu pemakanan memainkan peranan penting dalam warna kulit bayi.
Oleh itu, janganlah para ibu mencuba terlampau banyak jenis makanan yang dicadangkan oleh mitos-mitos di luar sana semasa mengandung atau selepas melahirkan bayi.
Paling penting anak yang dilahirkan sihat dan membesar dengan sempurna. Gelap atau cerah semua tu bergantung pada genetik! Namun jika ada mulut-mulut orang yang bercakap di belakang, abaikan saja.
Sama juga perkongsian ibu ini di akaun TikTok decbabe12 yang berkongsi video wajah anaknya pada usia 1 bulan vs 1 tahun. Ketika dalam tempoh berpantang, bayi lelakinya berkulit sawo matang.
Namun apabila makin besar dan menginjak usia setahun, nampak wajah sebenar anak. Bukan sahaja kulit makin cerah, rambut pun lebat, dengan mata yang bulat. Ia ternyata menjawab persoalan sebelum ini dan nampak semakin ‘handsome’.
Melalui ruangan komen, si ibu turut meninggalkan pesan, janganlah judge colour. Gelap ke cerah ke semua bayi dilahirkan comel. Normallah kita orang Asian warna tan tan.
Malah dia juga turut memberitahu, anaknya juga berubah rupa hampir setiap bulan. Kejap muka suami, kejap mukanya.
Perkongsian video itu juga turut mendapat maklum balas orang ramai dan ada yang mengakui betul wajah dan kulit anak memang berubah.
“Anak saya keluar semua tan tan, lepas 6 bulan tu dah nampak kulit sebenar.”
“Baby seusia baru lahir semua macam sama muka. Tapi bila dah semakin besar baru nampak lain.”
“Tak kisah cerah atau gelap. Janji Allah bagi sihat sempurna akal dan fizikal. Alhamdulillah.”
Sebagai ibu bapa, bersyukurlah dengan anugerah yang Allah beri. Anak sihat dan membesar dengan bijak itu, satu nikmat yang sangat besar buat kita.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.