Angkasawan pertama negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha berkongsi tentang kepentingan mengambil vaksin influenza kepada pengikutnya di Instagram.
Menurutnya, golongan yang berisiko amat digalakkan mengambil vaksin Influenza sebagai perlindungan lebih-lebih lagi di musim pandemik ini.
Beliau turut berkongsi video gelagat anak kembarnya mengambil suntikan vaksin Influenza.
Vaksin Influenza
Penting sangat vaksin Influenza buat anak anak tersayang. Lebih lebih lagi masa pandemik ni.
Sangat disyorkan!
Golongan yang perlu ambil vaksin Influenza?
1. Bayi 6 bulan ke atas
2. 2 dos perlu diambil untuk kanak-kanak bawah 9 tahun
3. Selang 1 bulan diantara 2 suntikan
4. Lebih baik diambil setiap tahun bagi golongan yang berisiko
5. Menghalang anda daripada dijangkiti Selsema Biasa tetapi bukan Covid-19.
Walaupun anda mendapat vaksin Influenza tahun lepas, anda mungkin memerlukan dos baharu kerana virus itu berubah.
Itulah sebabnya vaksin dikemas kini setiap tahun untuk memasukkan jenis virus yang paling terkini.
Just Sharing
PS – Our kids rarely get sick . Alhamdulillah
Menurut infosihat.gov, Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.
Bagi negara-negara yang beriklim sederhana, kejadian wabak kerap kali berlaku semasa musim sejuk manakala bagi negara-negara tropika di sepanjang garisan Khatulistiwa (termasuk Malaysia), kejadian wabak berlaku sepanjang tahun tanpa mengikut musim yang tertentu.
Apakah Gejala Influenza?
Secara kebiasaannya, gejala influenza bermula 1 atau 2 hari selepas dijangkiti, dan ianya meliputi :
Cirit birit dan sakit perut (khususnya dikalangan kanak-kanak)
Kerap kali jangkitan virus influenza sekadar menyebabkan gejala jangkitan yang ringan pada kebanyakan orang yang mempunyai tahap immuniti badan yang baik.
Bagaimana Cara Penularan Influenza?
Influenza merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.
Siapakah yang Berisiko Tinggi Mendapat Influenza?
Adakah Terdapat Rawatan yang Khusus bagi Influenza?
Secara amnya, terdapat rawatan yang berkesan bagi merawat jangkitan influenza, dimana salah satu dari pilihan rawatan adalah dengan menggunakan ubat anti-viral; iaitu tertakluk kepada hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang merawat. Rawatan segera adalah amat penting bagi mengelakkan komplikasi penyakit.
Bagaimanakah Cara Mencegah Influenza?
Cara yang terbaik untuk mencegah jangkitan influenza adalah dengan mendapatkan vaksinasi secara tahunan bagi individu yang berumur 6 bulan dan ke atas di kebanyakan fasiliti kesihatan swasta.
Selain dari mendapatkan vaksin influenza, lain-lain langkah pencegahan yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:
Mengapakah Vaksin Influenza Perlu diambil Secara Tahunan?
Vaksin influenza perlu diambil secara tahunan kerana formulasi vaksin influenza perlu dikemaskini berdasarkan saranan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memastikan kandungannya sepadan dengan virus influenza yang diunjurkan menular pada setiap musim. Ini disebabkan oleh perubahan yang berlaku pada struktur virus influenza secara berterusan dan proses ini dikenali sebagai antigenic drift.
Kredit: drsheikhmuszaphar, infosihat.gov
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!