Ibu hamil amat memerlukan zat-zat nutrisi seimbang demi memastikan tahap kesihatan dan pertumbuhan bayi berada pada tahap optimum selaras dengan umur kehamilan. Keperluan nutrien semasa hamil meningkat terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga. Selain karbohidrat, anda juga memerlukan protein, lemak, kalsium, asid folik, zink, Vitamin B, C, D, E dan pelbagai mikronutrien lain.

Menurut Dr Maiza Tusimin, Ketua Jabatan dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, semasa hamil anda memerlukan lebih kurang 1,000mg kalsium setiap hari. Menurut laporan USDA, ibu hamil disyorkan untuk mengambil 3 cawan susu atau produk tenusu setiap hari. Secawan susu mengandungi kira-kira 305mg kalsium. Maka, 3 cawan susu dapat membantu anda memenuhi keperluan kalsium harian yang diperlukan ketika hamil.

Kalau Ada Diabetes Masa Hamil, Doktor Syorkan Ambil Susu Rendah Lemak. Ia  Pilihan Paling BaikSusu merupakan sumber kalsium yang penting. Kalsium yang terkandung dalam susu penting untuk pembentukan gigi dan tulang bayi dalam kandungan. Selain itu, kalsium juga memiliki peranan penting dalam membantu melancarkan rangsangan pada saraf dan otot bayi. Selain kalsium, susu juga mengandungi vitamin D, nutrisi penting untuk mencegah masalah bayi kurang berat dan pertumbuhan bayi terbantut (IUGR) dan mengurangkan risiko ibu hamil mendapat penyakit preeklampsia.

Di samping itu, susu mengandungi asid folik dan DHA yang memainkan peranan dalam pembentukan saraf serta otak bayi. Perubahan fisiologi ketika hamil menyebabkan anda cenderung untuk mengalami masalah pedih ulu hati dan gastrik. Jadi, pengambilan susu dapat melegakan simptom ini kerana susu adalah sejenis antasid.

Ads

Umum mengetahui, kepentingan pengambilan susu ketika hamil, namun persoalan yang sering diajukan oleh ibu hamil adalah susu yang mana lebih baik? Jom ketahuinya.

Kalau Ada Diabetes Masa Hamil, Doktor Syorkan Ambil Susu Rendah Lemak. Ia  Pilihan Paling Baik1. Susu penuh krim
Susu penuh krim memiliki hampir 3.5% kandungan lemak dan 149 kalori secawan. Ia juga mengandungi sekitar 5gm lemak tepu untuk satu cawan penyajian.

Ads

2. Susu lembu yang dipasteur
Pasteurisasi adalah satu proses pemanasan makanan atau minuman dengan tujuan membunuh organisma seperti bakteria dan ia juga adalah suatu proses untuk melambatkan pertumbuhan mikrob pada makanan. Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC), menyarankan agar semua wanita hamil menghindari makanan yang diperbuat daripada susu yang tidak melalui proses pasteurisasi.

Ads

3. Susu rendah lemak
Susu rendah lemak adalah pilihan yang tepat oleh ibu hamil. Di samping mengandungi nutrien dan zat yang mencukupi, ia juga rendah kalori. Malah, ia amat baik untuk ibu hamil yang menghidap penyakit kencing manis ketika mengandung (GDM).

Pengambilan susu rendah lemak yang dipasteur adalah disarankan supaya kenaikan berat badan tidak berlebihan daripada skala normal. Dalam pada itu, pengambilan susu yang diformulasikan khas untuk ibu hamil secawan sehari adalah tidak memudaratkan bagi ibu hamil yang tidak mempunyai apa-apa masalah perubatan.

Bagi ibu yang menghidap kencing manis ketika hamil (GDM) pengambilan susu formulasi adalah tidak digalakkan kerana ia mengandungi sukros yang boleh menyebabkan kawalan gula dalam badan ibu GDM menjadi tidak terkawal dan menyebabkan hyperglisemia.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI