Bila bulan puasa ni, kaum ibu lah yang paling sibuk sekali. kena siapkan makan untuk berbuka puasa dan bersahur, sudah menjadi tanggugjawab yang kita seronok buat. Cuma ada masanya mungkin kekangan tertentu membuatkan perancangan yang telah dibuat terbantut.
Begitulah dengan Nurul Natasha yang telah berkongsi video di akaun Tiktoknya ketika dia ‘mematahkan’ kacang panjang kerana terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas.
Melalui portal Mstar, wanita ini menceritakan semula kisa di sebalik video yang viral apabila dimuatnaik pada hari pertama puasa, Khamis minggu lepas.
“Masa tu tengah hadap jam, nak balik ke rumah dari pejabat di Bandar Puchong Jaya. Sebelum tu, memang ada singgah ke kedai beli kacang panjang. Kalau tak sesak, lima minit dah sampai tapi sebab jam, perjalanan boleh jadi 30 minit.”
Baca Juga:
Bergurau & Peluk Erat Nak Lepas Rindu. Video Tahanan Luang Masa Dengan Anak Buat Warganet Tersentuh
“Assalamualaikum Ayah..” Ramai Tersentuh Tengok Video Anak Singgah Pusara Ayah Lepas Sekolah
Katanya lagi, dia keluar dari pejabat pada jam 5.15 petang tapi pada waktu itu jam 6.55 petang pun masih belum tiba di rumah. Natasha menetap di Kajang dan nak dijadikan cerita ketika itu memandu sendirian.
Hajatnya nak masak sayur kacang panjang goreng dengan telur dan ayam tapi ‘terkubur’ kerana bila sampai rumah waktu berbuka pun dah hampir.
“Sebab itulah masa tu tak fikir apa dah. Saya tahu sampai rumah nak terus masak. Lagi pula hari pertama puasa, niat nak masak macam-macam tapi terkandas atas jalan. Niat tu tinggal niat sajalah.”
Cerita Natasha, tengah hari sebelum itu dia ada menonton sebuah video masakan di TikTok yang berkongsi resipi kacang panjang goreng. Ketika sedang sibuk memasak di dapur, azan sudah pun berkumandang. Hari pertama Ramadan, tak dapatlah Natasha dan suami berbuka elok-elok.
Mengimbau kembali kenangan ketika bulan puasa, sebelum ini dia juga pernah membersihkan ikan bilis di dalam kereta tetapi ketika itu ada suami memandu di sebelah.
Natasha yang telah berkahwin selama tujuh tahun dan mempunyai seorang anak ini turut menitipkan pesanan;
“Sebagai ibu dan isteri yang bekerja, masa terhad. Awal pagi dah keluar cari rezeki, bila balik tu sampai je rumah tukar syif jadi ibu dan isteri pula. Tidak susah, tapi terkejar-kejar jadi kalau ada masa terluang tu gunalah baik-baik.
Bulan puasa ni jam makin teruk sebab ramai yang rushing nak berbuka puasa dnegan keluarga. Sabar sajalah yang mampu. Urusan rumah tangga dan kerja pula tak ada beza, cuma kena pndai bahagikan masa.
Jadi buat semua wanita terutamanya yang bergelar ibu, baik berkerjaya ataupun suri rumah, kuatkan semangat demi keluarga. Mustahil nak jadi sempurna tapi at least kita cuba yang terbaik.”
Antara komen yang ditinggalkan warganet;
Video yang viral;
@fauishasha 1st day puasa. masing2 nak balik rumah cepat2 nk buka dengan famili tsayang.. but hakak pukul 6.55pm still sangkut dlm jem lagi #ramadhan2023 #jalanjemwoooiii #fypシ #fyp #siangsayur ♬ Funny Laugh no no no – Sound Effect
Memang multitasking! Sambil duduk saja dalam jam tu, baik gunakan masa sebaik mungkin kan? Untuk pastikan hanya yang terbaik untuk keluarga, itulah pengorbanan seorang isteri dan ibu. Semoga para ibu akan terus kuat dan sentiasa dirahmati Allah SWT.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI