Ibu yang sedang berpantang pasti tidak sabar untuk memanjakan diri dengan mandian herba bersalin. Mandian ini menjadi salah satu kewajipan dan diamalkan secara turun-temurun khas untuk pemulihan kaum Hawa setelah 9 bulan mengendong cahaya mata.
9 bulan merupakan satu tempoh yang sangat panjang. Pada waktu ini, ibu dibebankan dengan pelbagai masalah kesihatan. Kembung perut, sakit badan dan morning sickness yang bagaikan tidak berkesudahan – Ini semua merupakan antara pengorbanan yang terpaksa ibu lalui sepanjang kehamilan.
Jadi, tidak salah jika ibu ingin memanjakan diri dengan mandian herba selepas bersalin. Selain menyegarkan badan, ibu juga boleh membuang segala daki yang melekat pada badan.
Malah, amalan ini juga dikatakan dapat mempercepatkan proses pemulihan, melawan inflamasi dan melegakan badan yang sakit-sakit. Mandian herba bersalin ini selalunya dibuat menggunakan daun kunyit, lengkuas, halia, pandan, serai serta campuran herba-herba lain.
Sebenarnya, mandian ini mempunyai pelbagai manfaat kepada ibu yang baru lepas bersalin. Namun, perlu diingat, mandian ini juga mempunyai risikonya yang tersendiri.
Mandian herba bersalin – Apakah risikonya?
Secara amnya, mandian herba bersalin tidak berbahaya. Malah, ia juga merupakan satu amalan yang selamat dengan kesan sampingan yang amat sedikit. Walau bagaimanapun, masih ada risiko jangkitan di kawasan luka, lebih-lebih lagi jika ibu berendam di dalam tab mandi yang tidak dibersihkan dengan baik.
Namun, perkara ini amat jarang berlaku. Jika ibu alami simptom seperti gatal-gatal atau sakit pada kawasan luka, berhenti mandi herba dengan serta-merta dan dapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin.
Bagaimana hendak menggunakan mandian herba bersalin?
Sebenarnya, ada banyak cara yang boleh anda lakukan untuk menggunakan mandian herba selepas bersalin. Cara yang paling popular ialah berendam dengan herba ini di dalam tab mandi.
Pada zaman kini, mandian herba boleh dibeli di farmasi atau secara atas talian dengan mudah. Malah, ia juga boleh ditemui dalam bentuk serbuk ataupun bunjut.
Jadi, anda tidak perlu lagi merebus herba di dalam periuk tanah semata-mata ingin mandi herba. Namun, mandian herba tradisional dikatakan lebih baik dan bermanfaat untuk ibu bersalin.
Tetapi, bagaimanakah caranya untuk menggunakan mandian herba ini dengan selamat?
Sebagai panduan, pastikan anda:
Elakkan mengelap secara kasar pada kawasan vagina. Amalan ini dikhuatiri akan melukakan kulit.
Paling penting, pastikan kawasan mandian bersih daripada sebarang kekotoran.
Sudah pasti anda tidak mahu bakteria atau kuman untuk masuk ke dalam luka dan menyebabkan jangkitan.
Tanda anda TIDAK BOLEH mandi herba
Bukan semua wanita sesuai mengamalkan mandian herba selepas bersalin.
Tidak dinafikan, mandian herba amat bermanfaat untuk melegakan sengal-sengal badan di samping dapat memberikan ketenangan kepada ibu. Kebanyakan ibu tidak mengalami masalah yang serius selepas melahirkan anak.
Namun, ada ibu yang mempunyai jangkitan atau masalah pendarahan yang perlu diperiksa oleh doktor.
Antara simptom yang perlu ibu hamil perhatikan ialah:
Kesemua simptom ini perlu diperiksa oleh pakar dengan lebih lanjut.
Oleh sebab itu, jika anda alami simptom-simptom di atas selepas bersalin, elakkan berendam dengan air herba.
Tip jadikan mandian herba bersalin lebih mengasyikkan
Anda inginkan pengalaman yang lebih mengasyikkan ketika mandi herba? Cuba amalkan tip kami di bawah:
Kredit:Hello Doktor
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!