Bergelar ibu bapa dengan kehadiran bayi dalam hidup pastinya amat dinantikan pasangan berkahwin. Tetapi adakah anda bersedia dengan perubahan dalam kehidupan selepas mempunyai cahaya mata?
Kelahiran bayi dan dunia keibubapaan
Mungkin anda dan pasangan berasa sudah bersedia menerima kedatangan cahaya mata dalam fasa kehidupan. Tetapi percayalah dunia keibubapaan adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
Ya, si comel yang lahir pastinya memberikan kegembiraan pada anda. Namun dalam masa yang sama anda akan berasa dicabar, mampu membuatkan anda menangis dan pelbagai situasi lain.
Setiap mereka yang bergelar ibu bapa pasti akan mengalami perubahan dalam kehidupan. Sudah tentu ia berbeza daripada apa yang mungkin anda alami dan sentiasa menguji tahap kesabaran anda.
Perubahan dalam kehidupan selepas kelahiran bayi
Siapa yang tidak bahagia dengan kelahiran bayi, tetapi adakah anda bersedia berdepan perubahan dalam kehidupan yang selama ini mungkin aman dan teratur?
Berikut dikongsikan antara 9 perubahan dalam kehidupan yang pasti dialami oleh mereka yang memegang gelaran mommy daddy.
Masa anda berkaitan dengan si comel
Jika dahulu masa anda adalah dengan tugasan kerja dan pasangan, namun setelah mendapat cahaya mata, segalanya adakah berkenaan dengan si kecil.
Masa tidur si kecil yang baru lahir adalah 18 jam dan dalam tempoh itu adanya waktu untuk menyusu, menukar lampin dan pelbagai perkara lagi.
Bagi mereka yang baru bergelar ibu bapa, sudah tentu akan berasa sedikit tertekan dengan perubahan ini. Bersabarlah!
Biasanya selepas minggu pertama yang kelam kabut, anda sudah boleh menguruskan masa dengan lebih baik. Dont give up, mommies!
Menjadi ahli persatuan
Ads
Tahniah! Anda kini telah sah menjadi ahli persatuan kelab keibubapaan. Jangan pelik jika mungkin ketika di taman, ada yang bertanyakan tentang bayi anda atau mungkin bos anda turut ingin mengetahui keadaan si manja.
Anda mungkin akan melihat pelbagai gaya keibubapaan, namun usah terikut dengan orang lain.
Pilih gaya yang sesuai buat anda dan pasangan. Lama-kelamaan anda pasti akan dapat membangunkan 1 gaya keibubapaan yang sesuai dengan jiwa anda berdua.
Perubahan dalam hubungan
Sudah tentu dengan kelahiran bayi, akan berlaku perubahan dalam hubungan anda dan pasangan. Pasti akan wujud rasa seperti dipinggirkan jika pasangan anda lebih banyak meluangkan masa dengan si kecil.
Anda mungkin berasakan ia sesuatu yang normal, apatah lagi kerana si kecil sudah tentu memerlukan lebih perhatian berbanding pasangan. Tetapi untuk jangka masa panjang, ia boleh memberikan impak yang tidak sihat.
Maka pastikan anda berdua tetap meluangkan masa bersama. Mungkin pada ketika si manja sudah nyenyak tidur, anda boleh duduk berbual bersama sambil menikmati minuman coklat panas. Itu pun sudah mencukupi.
Syif malam
Pasti anda pernah mendengar nasihat supaya anda tidur sepuas-puasnya sebelum bayi anda lahir dan percayalah itu adalah nasihat yang perlu anda ikuti. Kenapa?
Ads
Sebaik sahaja si comel dilahirkan, usah berangan untuk mendapat tidur malam yang nyenyak tanpa gangguan. Usah risau, ia bukan 1 perkara yang akan kekal.
Biasanya selepas si kecil dapat membiasakan diri dengan persekitaran, tidur malam anda menjadi lebih baik.
Pada waktu siang, usah cuba melakukan sebarang tugasan rumah ketika si comel sedang tidur. Gunakan masa ini untuk berehat dan berbaring. Penting untuk anda mendapatkan waktu rehat yang mencukupi.
Kunjungan tetamu
Berita kehadiran si comel pastinya akan mengundang kunjungan tetamu ke rumah anda. Pastinya mereka mahu melihat bayi anda dan akan ada banyak perkongsian cerita tentang bagaimana mereka membesarkan anak mereka.
Walau bagaimanapun, anda perlu memastikan tetamu anda sihat dan mencuci tangan sebelum memegang si kecil. Usah pedulikan anggapan individu tentang permintaan anda itu kerana ia adalah untuk keselamatan si kecil juga.
Jika anda berasa penat, ketahuilah anda boleh untuk mengatakan tidak dan meminta tetamu untuk berkunjung pada masa yang lain. Jangan sehingga anda tertekan dengan kehadiran tetamu.
Dapatkan bantuan
Bergelar ibu selepas kelahiran bayi tidak bermakna segala tanggungjawab membesar dan menjaganyal tergalas di bahu anda sahaja. Tetapi ia adalah tanggungjawab bersama.
Ads
Jangan malu untuk meminta bantuan pasangan anda menjaga si kecil bila diperlukan. Sekiranya anda adalah ibu atau bapa tunggal, mintalah bantuan daripada ahli keluarga terdekat atau rakan baik anda.
Rasa bersalah adalah normal
Setiap ibu bapa pasti mahu menjadi yang terbaik untuk anak-anak mereka. Namun adakalanya anda merindui kehidupan masa bujang atau sebelum bergelar parents. Aduh….rasa bersalah pula.
Bertenang dan usah bimbang kerana anda tidak keseorangan. Apa yang anda alami adalah 1 perkara normal untuk mempunyai keinginan berehat daripada menjaga bayi. Ia bukan bermakna anda tidak sayangkan anak.
Kesilapan? Tidak mengapa
Dalam dunia realiti, peraturan keibubapaan adalah mudah, iaitu lakukan apa yang berkesan. Anda tidak perlu mengikut peraturan yang tidak memberi kesan kepada anda.
Jika anak anda lebih mudah tidur sambil menyusu, biarkan sahaja. Selagi ia tidak mendatangkan bahaya kepadanya. Jika wujud sebarang kemusykilan, terus tanyakan kepada pakar dan bukan merujuk kepada Dr Google semata-mata.
Tiada lagi privasi
Selepas anda mempunyai anak, usah berangan untuk mempunyai masa bersendirian di dalam bilik air. Anda akan mempunyai teman bilik air yang setia.
Sama ada anda atau pasangan perlu bersedia dengan kehadiran penonton. Jangan marahkan mereka, ini adalah masa mereka mempelajari tentang penggunaan bilik air. Jadi tunjukkan contoh yang baik!
Bersedia alami perubahan
Kehadiran dan kelahiran bayi pastinya akan mengubah kehidupan anda dan pasangan. Tetapi anggaplah ia sebagai 1 pengalaman yang tidak ternilai dan hargailah setiap detik-detik bersama si manja.
Tiada istilah ibu bapa yang sempurna dalam dunia keibubapaan. Selagi anda berasakan apa yang anda lakukan adalah terbaik untuk si kecil, teruskanlah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan mudah menurunkan berat badan selepas melahirkan anak. Malah untuk mengembalikan semula berat badan ideal terasa menjadi satu kepayahan. Bukan hanya mak-mak, bahkan selebriti popular tanah air, Fazura turut berdepan hal yang sama selepas melahirkan Fatima.
Menurut kata ibu kepada Nur Fatima Aisya ini lagi, berat badannya pernah mencecah sehingga 76kg ketika mengandungkan anaknya.
Namun perlahan-lahan dia cuba memperoleh kembali berat badan idealnya kini. Pun begitu kata Fazura ia tidak mudah. Tambahan pula ketika mengandungkan Fatima, dia makan apa sahaja tanpa mengehadkan dirinya. Semuanya demi kandungannya ketika itu.
Jelasnya lagi, dia sebelum ini menerima banyak pandangan mengenai soal pemakanan demi anak yang dikandungnya ketika itu.
“Pada sebelah pagi, saya biasanya minum air kosong dan lemon bersama oat. Kemudian tengahari pula saya ambil hidangan berat macam nasi dan sebagainya. Malam pula kalau saya lapar, saya makan buah saja.
“Ketika hamil saya dengar nasihat orang luar yang minta saya makan apa saja demi mendapatkan bayi comel dan gebu. Jangan tak tahu, saya juga minum Milo Ais Tabur, boleh dikatakan hampir setiap hari.
“Kata mereka makan saja, nanti lepas bersalin mesti cepat kurus. Ketika hamil berat saya 76kg. Bila bersalin berat badan turun ke 65kg dan sekarang 54kg. Wanita bila bersalin, perubahan berat badan tu berbeza-beza,” kongsinya lagi.
Usaha turunkan berat badan
Biarpun payah untuk mencapai berat idealnya kini iaitu 54kg, namun kata Fazura dia berusaha mengamalkan rutin sihat demi memiliki tubuh badan yang sihat dan ideal.
“Saya berusaha untuk menguruskan badan. Antara lain mungkin sebab sibuk dan kadang terlupa untuk makan. Ada ketikanya saya bersenam cuma tidaklah macam dulu.
“Kalau dulu dalam seminggu boleh bersenam tiga kali. Sekarang satu dua minggu dapat sekali sahaja. Cuma bila dapat peluang workout sejam dua tu saya betul-betul fokus. Selebihnya saya elakkan ambil menu berat selepas jam 6 petang,” katanya berkongsi tip.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap rumah sekurang-kurangnya pasti ada satu karpet kan? Bukan sahaja untuk dekorasi tetapi juga untuk beri keselesaan kepada seisi keluarga. Biasanya karpet akan diletakkan di ruang tamu atau bilik tidur.
Namun yang menjadi masalah, bucu karpet adakalanya terkepak disebabkan beberapa faktor. Walaupun dah betulkan, tapi seolah tiada penyelesaian.
Paling risau pada anak-anak. Takut semasa berlari tiba-tiba tersadung dan boleh mendatangkan kecederaan. Nak beli yang baru, karpet sedia ada masih elok lagi.
Jadi bagi ibu yang ingin dapatkan penyelesaiannya boleh ikut tip yang dikongsikan oleh pemilik akaun Tik Tok @julespitch.
Caranya betulkan karpet yang terkepak tu sangat mudah tanpa perlu keluarkan modal. Tapi hasilnya terbaik!
Cara Luruskan Bucu Karpet
1) Ambil kain basah atau lembab. Buka dan letakkan atas bucu karpet yang terkepak.
2) Seterusnya, ambil seterika dan on kan suisnya. Tak kisah seterika jenis apa, janji berfungsi elok. Gosokkan atas bucu karpet yang terkepak atas lapisan kain tadi.
Gosok macam biasa sahaja seperti nak gosok baju. Ulang beberapa kali dan tekan di bahagin terkepak itu sehingga nampak bahagian karpet tersebut kembali lurus.
3) Hasilnya selepas gosok dah kembali lurus dan tak perlu lagi asyik nak memperbetulkan sepanjang masa.
Nuget Homemade Versi Sihat Untuk Anak-Anak. Tanpa Kukus, Buatnya Tersangat Mudah!
**P/S: Mesti ramai tertanya-tertanya kenapa perlu lapik kain untuk menggosok karpet terkepak?
Jawapannya kesan karpet tu akan melekat di bahagian permukaan seterika dan akan menyebabkan permukaan tersebut dah tak licin untuk menggosok pakaian lain pula.
Membacakan buku aktiviti kegemaran Lisa Surihani untuk anak. Dia juga mendedahkan yang aktiviti ini membolehkan ibu bapa mempelajari banyak perkara.
Lisa Surihani yang memiliki dua cahaya mata, Yahaira Leanne, 3 tahun dan Yusof Leonne, 1 tahun 8 bulan berkongsi aktiviti kegemarannya ini di Instagram. Katanya, aktviti ini selalu dilakukannya bersama anak-anak.
Malah setiap bulan, anak-anak dibawa ke kedai buku untuk membeli buku dan mereka menyukai buku. Antara tip yang dikongsi Lisa ialah semasa membeli buku yang mempunyai karakter dikenali anaknya dan kemudian bertukar kepada karakter yang lain pula.
Lisa mengakui ini adalah proses pembelajaran untuknya juga di mana dia lebih mengenali anaknya yang mempunyai minat yang berbeza. Lisa juga tertarik apabila kedua-duanya boleh memberikan perhatian kepada beberapa topik yang dibaca. Dia turut menggalakkan Yahaira & Yusof bertanyakan soalan ketika mereka membaca bersama-sama.
lisasurihani 9th January 2019 : amongst the activities I love doing with the kids – story time. Every other time monthly, I would take the kids to book stores to instil the interest and love for books. It started off with buying books of characters that they were familiar with and love and am slowly introducing them to different authors and characters.
As a parent, it is too a learning process for me. Getting to know my kids more who are two different individuals and may have different interests. It is interesting when I discover the sort of attention span they may have on a particular topic. I hope to encourage questions and conversations on the specific topics we read about together. Am open to suggestions. Do share if you have if you have any. From one parent to another. ❤️
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.