Bila anak dah mula bercakap, semua benda dia nak tahu. Bertanya itu ini, sampai tak larat kita nak menjawab. Bila anak banyak bertanya ni bagus, itu tandanya dia sedang mencapai perkembangan otak yang ligat berfikir.
Memang normal fasa ini dia akan banyak bertanya kerana sikap ingin tahu memang sangat tinggi. Jangan pula kita marah sebab itu akan merencatkan keinginan dia untuk bercakap dan berfikir. Lagi banyak tanya, lagi bagus. Biarlah berbuih mulut kita nak menjawab. Kebanyakan pendapat dari pakar perkembangan anak, ibu ayah jangan sekali-kali herdik atau sekat anak yang suka bertanya. Nanti bila mereka ‘sentap’ terus tak nak tanya apa-apa soalan. Anda juga yang risau.
Okay, ini antara beberapa cara bijak yang ibu ayah boleh buat bila berhadapan dengan anak yang suka bertanya soalan sama berulang-ulang kali. Ini pun boleh elak kita daripada rasa macam nak marah bila kena jawab soalan yang sama.
Tapi ingat jangan sekali-kali jawab “tak tahu” atau “entah” pada soalan anak anda atau buat acuh tak acuh sebab malas nak layan anak yang suka bertanya. Buruk kesannya pada perkembangan anak tau!
Tanya balik soalan yang sama
Memang tabiat budak kecil suka tanya soalan sama berulang kali. Jangan marah. Biar je dia tanya banyak kali soalan yang sama lepas tu cuba tanya balik soalan itu padanya. Anda akan terkejut sebab dia boleh bagi jawapan yang betul. Kesimpulannya, anak sengaja tanya soalan yang sama pada ibu ayah mungkin sebab kali pertama soal, dia rasa anda tak beri perhatian padanya. Jadinya dia tanya banyak kali untuk dapatkan sepenuh perhatian walaupun dia sendiri tahu jawapannya.
Ads
Tumpukan perhatian pada anak
Bila anak anda mula bertanya soalan, sebaiknya hentikan seketika aktiviti yang dilakukan sebelum itu. Pandang muka anak dan tepat pada matanya serta fokus mendengar soalannya. Reaksi mengangguk-anggukkan kepala yang anda tunjukkan sebagai tanda cuba memahami soalan yang ditanya akan menggembirakan hati anak.
Bila anak anda tanya soalan, anda boleh berikan jawapan dalam bentuk soalan kembali supaya dia boleh berfikir.
Ads
Contohnya kalau dia tanya, “Mama, kenapa kita kena gosok gigi?”.
Anda boleh jawab, “Rafid rasa kalau tak gosok gigi, mulut kita busuk tak?”.
Tentu dia akan terfikir kenapa pula mulut busuk dan anda boleh terangkan tentang mulut yang ada bakteria dan kotoran makanan yang dimakan. Kalau tak dibersihkan akan berbau busuk dan gigi rosak. Sekurang-kurangnya sesi pertanyaan tersebut ada memberikan ilmu baru kepada anak. Interaksi dua hala ini memberikan peluang kepada otak anak untuk berfikir.
Ads
Bila anak anda mula bertanya soalan, sebaiknya hentikan seketika aktiviti yang dilakukan sebelum itu. Pandang muka anak dan tepat pada matanya serta fokus mendengar soalannya. Reaksi mengangguk-anggukkan kepala yang anda tunjukkan sebagai tanda cuba memahami soalan yang ditanya akan menggembirakan hati anak.
Tahulah si kecil yang ibu atau ayah tak jemu melayan setiap soalannya. Sepatutnya anda kena berbangga sebab anak sudah semakin bijak berfikir dan sentiasa ingin tahu banyak perkara yang berlaku di sekelilingnya.
Keep calm and smile
Untuk mengelakkan rasa serabut anak tanya banyak soalan, anda kena tetapkan dalam hati supaya sentiasa dalam mode bertenang dan banyakkan senyum supaya ikhlas dan bersedia untuk menjawab setiap soalan anak walaupun untuk kali yang ke-180!
Janganlah disebabkan tak tahu jawapan atau malas nak huraikan panjang lebar, maka anda jawab “tak tahu” atau “entahlah mama pun tak tau”, sekurang-kurangnya kalau tak tahu jawapan yang betul, anda boleh cakap “nanti mama cari jawapan kat internet ya.” Barulah anak lebih bersemangat nak jadi kritis dan berfikir untuk tanya ibu ayah soalan lagi. Kalau asyik jawab tak tahu, anak pun beranggapan ibu ayah tak tahu banyak perkara dan akhirnya dia pun jadi malas nak tanya.
Ingatlah, fasa anak suka tanya soalan tak akan selamanya berlaku. Makin dia membesar makin kurang soalan yang ditanya. Nanti anda pula yang asyik tanya kepada anak dan rindu nak jawab soalan anak!
Sesetengah anak kecil tidak suka berada di tempat yang ramai orang. Mungkin kurang selesa atau takut dengan persekitaran membuatkan mereka meragam. Susahnya apabila mereka langsung tidak mahu berenggang dari Mama dan Papa. Ketika pertemuan team Pa&Ma bersama pelakon cantik Ezzaty Abdullah, kami sempat bertanya tentang cara dia mendidik anaknya yang masih kecil, Harum Dahlia, untuk sentiasa tenang dalam persekitaran yang penuh dengan orang.
Menurut Ezzaty, dia sudah mula membawa Harum keluar seawal usia anaknya itu tujuh bulan. Dia selalu membiasakan Harum untuk mengikutnya menghadiri pelbagai majlis bagi melatih Harum untuk sentiasa selesa dengan orang dan tidak mudah meragam jika berada dalam persekitaran yang sesak.
Tambahnya lagi, cara itu menjadikan Harum mudah mesra dan tidak meragam jika berdepan dengan orang. “Kalau dahulu lebih mudah kerana dia belum boleh berjalan. Letak saja dalam stroller, dia akan duduk diam. Bila sampai waktu tidur, dia akan tidur. Tidak kisahlah macam mana bising pun keadaan waktu itu,” kata Ezzaty. Namun sejak Harum mula pandai berjalan, susah sedikit kerana dia lebih gemar untuk menjelajah ke segenap kawasan.
Kata Ezzaty lagi, tidak sukar untuk membawa anak keluar tetapi persediannya perlu cukup. Setiap kali sebelum keluar rumah, Ezzaty akan pastikan setiap keperluan Harum sudah disediakan. Memandangkan Ezzaty tidak beri anaknya makan di luar, Ezzaty akan bawa bekal makanan yang dimasaknya sendiri sebagai persediaan jika Harum lapar. Susu juga tidak ketinggalan.
Selain makanan dan airnya, Ezzaty akan pastikan barang kesayangan Harum akan dibawa. “Kain busuk Harum kena ada. Itu barang favaourite dia, kalau tak ada susah Harum nak tidur” kata Ezzaty lagi. Ezzaty juga akan bawa beberapa mainan Harum jika mahu keluar.
Biasanya jika dia perlu keluar awal esok pagi, Ezzaty akan pastikan Harum masuk tidur awal. Katanya lebih mudah anak dibawa keluar jika tidur cukup. Selain itu, Ezzaty menggunakan pendekatan psikologi jika perlu keluar ke mana-mana dengan Harum.
Dia akan maklumkan terlebih dahulu segala rancangan mereka untuk hari esok kepada Harum supaya anaknya juga tahu apa yang bakal berlaku. Kata Ezzaty, biasanya Harum jarang meragam dan dia dan suaminya Azwan Kombos akan bawa Harum keluar selagi tidak penat.
Ezzaty akan pastikan bekal makanan Harum ada sebelum keluar rumah. Selain bubur nasi, ada masanya Ezzaty akan sediakan mi pasta sayuran yang dicelur dan ditambah dengan keju untuk Harum.
Ini resipi bubur yang Ezzaty sediakan untuk anak kesayangannya itu:
BUBUR NASI HARUM
Bahan-bahan:
Beras wangi
Sedikit ikan bilis
Sedikit brokoli
Sedikit lobak merah
*Bahan mengikut anggaran sebanyak mana mahu dimasak
CARA MEMBUAT:
Rebus semua bahan bersama sehingga empuk dan mudah untuk dimakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul begitulah nasib seorang Ibu dan anak-anak kecil yang terpaksa tidur dalam kereta setelah diceraikan suami dan diusir pula oleh tuan rumah kerana sewa tertunggak. Kisah ini tular melalui perkongsian dari facebook Uncle Kentang dan juga laman rasmi Lembaga Zakat Selangor.
Menurut perkongsian daripada laman rasmi Lembaga Zakat Selangor, ibu muda tersebut berusia 30 tahun tinggal di dalam kereta bersama 6 orang anak berumur 14, 10, 8, 3, 2 dan 5 bulan di stesen minyak Rasa, Hulu Selangor dan menumpang mandi di tandas stesen tersebut.
Dalam Proses Penceraian
Dia sedang dalam proses penceraian kerana kes ditangguhkan kerana PKP. Suami tidak pulang ke rumah lebih 4 bulan sejak penghujung bulan Februari 2020.
Diberhentikan Majikan Sejak Mac 2020 Kerana PKP
Ketika ini, dia tidak mempunyai pekerjaan setelah diberhentikan oleh majikan sejak Mac 2020 kerana PKP. Sepanjang PKP dia pulang ke kampung di Temerloh, Pahang.
Tuan Rumah Meminta Keluar Dari Rumah Sewa
Ibarat jatuh ditimpa tangga. Dia pulang dari kampung, tuan rumah pula meminta beliau keluar dari rumah sewanya. Sewa rumah tertunggak, tidak dibayar oleh ketua keluarga.
Disahkan Hidap Kanser Payudara
Ujian demi ujian menimpa. Dia pula disyaki menghidapi kanser payudara tetapi belum menerima rawatan susulan lagi.
Anak-Anak Hidap Jantung & Kanser
Manakala anak yang berumur 2 tahun mempunyai masalah jantung berlubang dan masih menerima rawatan susulan di Hospital Serdang 2 kali setahun.
Anak yang berumur 5 bulan pula menghidapi ketumbuhan di leher namun belum dapat dikenalpasti. Rawatan susulan di Hospital Selayang.
Buat Masa Ini Ditempatkan Di Hotel Sekitar Bukit Beruntung
Terkini dia dan anak-anak ditempatkan di sebuah hotel di Bukit Beruntung yang dibiayai oleh NGO Darul Jariyah.
Zakat Selangor menyalurkan sumbangan kecemasan RM500 bagi menampung keperluan pemohon dan anak-anak sementara menunggu bantuan susulan dalam masa terdekat.
Hasil bancian mendapati, dia layak didaftarkan sebagai asnaf fakir.
Antara bantuan yang akan disalurkan:
1. Deposit dan sewa bulanan rumah
2. Bantuan Kewangan Bulanan
3. Bantuan Makanan Bulanan
4. Bantuan Perubatan (rawatan bulanan)
Kredit: Ustaz Muhammad Haziq, LZS Cawangan Hulu Selangor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita baik kepada golongan orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal! Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bantuan sekali beri atau ‘one-off’ sebanyak RM300 bagi meringankan beban golongan OKU dan ibu tunggal berdepan impak COVID-19.
Bantuan kewangan tersebut akan disalurkan selewat-lewatnya sebelum Aidiladha pada Ogos ini melalui Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA).
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan kumpulan sasar termasuk kumpulan tersebut.
“SehubuNgan itu lebih 300,000 OKU dan ibu tunggal yang tersenarai dalam rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) layak menerima bantuan ‘one-off’ sebanyak RM300 bagi mengurangkan beban mereka.
“Bayaran ini Insya-Allah akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha,” kata beliau dalam Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi (ERP) Jangka Pendek, di sini pada Jumaat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!