Jika anda mendapat anak yang susah mendengar cakap, jangan terus menyangka memang nasib anda dapat anak yang begitu. Itu maksudnya menyalahkan nasib atau menyalahkan Tuhan.
Kedegilan anak ada satu peluang untuk anda belajar bagaimana untuk memperbaiki diri. Kita diuji untuk menjadi lebih upaya dan lebih baik.
Sebenarnya, anak datang kepada kita untuk kita asuh dan didik dengan baik.
TANYA INI PADA DIRI
Maka bertanyalah diri mengapa dia tidak mendengar cakap? Dimana saya boleh memperbaiki diri.
1. Adakah kerana dia terlalu kecil untuk faham?
2. Adakah perhatiannya pada masa itu kepada perkara lain?
3. Adakah dia telah immune dengan nada yang anda gunakan lantaran tidak mahu mendengar kata-kata anda?
4. Adakah anda mengelarnya dengan panggilan yang menjerut hatinya. Contoh :
-budak tak mendengar kata ni
-budak tuli ni
-ada telinga tapi tak mendengar?
5. Adakah kerana dia memahami komunikasi bukan hanya dengan perkataan tetapi memerlukan visual atau contoh pergerakan kerana dia memahami sesuatu dengan visual atau dengan membuat?
6. Adakah anda terlupa untuk memohon doa agar anak itu mudah mendengar kata?
7. Adakah anda terlupa untuk benar-benar memohon maaf dari ibu atau bapa kerana kedegilan anda semasa kecil dulu?
8. Adakah anda memang merasakan anak anda ini memang degil dan tiada harap untuk mendengar kata? Jika ya, ianya akan menutup jalan untuk anak itu mendengar kata. Bersangka baiklah dan berdoalah agar anda menjumpai jalan untuk mendidik anak-anak anda agar mendengar kata yang baik dari anda.
JANGAN PUTUS ASA
Belajarlah dari teladan Nabi Nuh a.s. dimana anaknya tidak mahu mendengar dakwahnya…sehingga ke akhir hayat anaknya, sebelum dihanyutkan oleh air banjir…Nabi Nuh a.s. terus mengajak dan terus memberi nasihat.
Ibu mendoakan agar semua yang membaca ini diberi Allah keyakinan bahawa anda mampu mendidik anak-anak dengan penuh kasih-sayang dan tegas supaya anak-anak anak menjadi anak-anak yang berjasa dan berakhlak mulia serta berjaya dunia akhirat.
JANGAN MUDAH TERPERANGKAP MENYALAHKAN NASIB
Paling Ibu doakan agar anda tidak termasuk ke dalam perangkap menyalahkan nasib.
Terlalu mudah kadang-kadang tu seseorang menyalahkan keadaan atau nasib.
” Saya penat..itu sebab saya cepat melenting..”
” Saya ni memang baran…”
” Anak saya tak serupa anak orang lain, cakap lah baik..nanti lagi mengada-ngada “
Sikap begini tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Anak kecil tidak mahu mendengar kata, bolehlah dimarah-marah…tapi kalau sudah remaja…banyak lagi masalah lain yang akan timbul!
SOLUSI : AMBIL TANGGUNGJAWAB
Keluarlah dari belenggu menyalahkan keadaan.
Take ownership of your mistake…contoh
” Oh, saya penat tadi, lalu kurang sabar…saya akan memperbaiki diri…saya akan terus berusaha. Semoga Allah memudahkan..”
” Saya ni baran sejak kecil…namun, saya akan berusaha mencari jalan mengurangkan baran saya..saya akan mencari jalannya..”
” Memang anak saya ni kalau saya bercakap baik dia menjadi mengada-ngada…tentu ada sebabnya dia jadi begitu…saya akan cari jalan bagaimana nak didik dia dengan berkata baik dan dia boleh mendengar tanpa mengada-ngada… “
Salam kasih,
Sumber: Ibu Rose
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI