“Eh kenapa anak kau dah umur setahun setengah belum tumbuh gigi susu lagi? Anak aku dah.”
Tentu anda akan rasa risau bila orang cakap macam tu. Sebenarnya normal atau tidak anak dah umur setahun lebih masih belum tumbuh gigi? Apa tindakan yang ibu ayah patut buat?
Kalau anda bergelar ibu bapa kepada bayi berusia bawah 18 bulan, maka lebih baik baca penjelasan daripada Dr Iqbal Rosaliyang bertugas sebagai doktor gigi di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Anak saya sudah umur 1 tahun, tetapi masih belum tumbuh gigi. Perlu ke saya risau?
Ya, perlu.
Ads
Walaubagaimanapun, lambat tumbuh gigi susu pertama adalah dikira normal dalam tempoh umur 15 bulan. Apabila gigi susu pertama mulai tumbuh, iaitu gigi depan bawah, gigi lain akan ikut sama keluar.
Jika, sudah melangkaui 1 tahun setengah atau 18 bulan, anak masih belum tumbuh gigi, bersegeralah ke klinik gigi.
Gigi susu ada 20 batang. Turutan gigi susu tumbuh begini:
Ads
Kacip bawah pertama: 6-10 bulan Kacip atas pertama: 8-12 bulan Kacip atas kedua: 9-13 bulan Kacip bawah kedua: 10-16 bulan Geraham atas pertama: 13-19 bulan Geraham bawah pertama: 14-18 bulan Taring atas: 16-22 bulan Taring bawah: 17-23 bulan Geraham bawah kedua: 23-31 bulan Geraham atas kedua: 25-33 bulan
Jadi, senang kata, kebanyakannya begini:
Ads
11 bulan – 4 batang gigi susu 15 bulan – 8 batang gigi susu 19 bulan – 12 batang gigi susu 23 bulan – 16 batang gigi susu 27 bulan – 20 batang gigi susu Anak tumbuh gigi susu lewat sedikit ini mungkin ada hikmahnya juga.
Anak boleh terus menyusu ibu dengan lebih lama tanpa risau anak menggigit dan kecederaan pada si ibu.
Ibu bapa juga belum perlu risau lagi tentang kesihatan gigi anak masing-masing sebab belum ada gigi lagi.
Apa-apa pun, kelewatan tumbuh gigi boleh menganggu juga seperti proses mengunyah makanan, percakapan dan kemungkinan menyebabkan gigi terimpak.
Oleh itu, jika anak sudah menjangkau 18 bulan, masih belum tumbuh gigi susu, bersegeralah ke klinik gigi.
Biasanya ibu ayah yang terlalu ‘excited’ beli mainan anak sehingga terlupa bahaya pada anak sendiri.
Bagaimanapun dalam memberi peluang anak mengoptimumkan segala perkembangannya ibu bapa harus menitikberatkan soal keselamatan dalam rumah. Biarlah rumah tak dihias cantik dengan objek-objek berbahaya, asalkan anak kita bebas meneroka di dalam rumah.
Begitu juga dalam pemilihan mainan, pastikan ia selamat untuk anak. Perkongsian dari Puan Sakinah Hamid dalam blognya sakinahamid.com antara panduan untuk ibu bapa. Antara ciri-ciri yang perlu dititik beratkan ialah:
1) Tiada bucu tajam
Kulit bayi masih nipis dan lembut. Tersilap cara pegang, anak mungkin akan terluka. Ia sedikit sebanyak akan membantutkan minat dan keberanian anak untuk meneroka.
2) Tidak mudah pecah / rapuh
Mainan untuk kanak-kanak yang sebaiknya adalah dari kualiti yang baik. Bayi 1 tahun sudah mempunyai kecenderungan untuk menggigit, melempar, mengetuk, memijak mainan dan lain-lain. Mainan yang rapuh & mudah pecah akan mendedahkan anak kepada bahaya tercucuk cebisan yang pecah.
3) Ringan
Pastikan material yang dipilih adalah dari plastik berkualiti atau kayu ringan. Mainan dari kayu atau bahan logam boleh mencederakan kaki bayi jika terlepas semasa memegangnya.
4) Saiz besar
Pada usia 1 tahun, penggunaan deria mulut untuk bereksplorasi masih lagi dominon. Pilih mainan yang bersaiz besar, tidak mudah ditelan oleh bayi. Mainan seperti guli dan bola-bola kecil sebolehnya tiada di rumah yang mempunyai anak kecil.
5) Pastikan mainan yang mempunyai guli/objek kecil hanya boleh bergerak di dalam gelung.
6) Jika mainan mempunyai tali, pastikan tali itu tidak terlalu panjang yang boleh akibatkan bayi terjerut leher.
7) Elakkan mainan yang mengandungi air
Jika memilih mainan seperti teether, pilihlah yang mengandungi gel. Mainan yang mengandungi gelembung air akan merangsang anak untuk menggigit dengan geram, sehingga boleh menyebabkan kebocoran pada teether.
Alahai makin besar, makin comel sungguh Nur Aisywara Nealofa ini. Rasa macam baru je mama Bellaz bersalin, kini dah nak masuk 3 bulan usianya. Seindah namanya, memang tak puas tengok Aisywara Nealofa.
Menerusi perkongsian Mua Bellaz di instagramnya, jurusolek popular ini telah berkongsi majlis akikah dan kesyukuran anak keempatnya baru-baru ini.
Dengan tema hitam dan gold, menyerlahkan lagi aura majlis tersebut tambah pula si comel Aisywara Nealofa dipakaikan gaun warna gold.
Dalam perkongsian tersebut memaparkan Aisywara sedang lena tidur sambil tersenyum. Malah di sepanjang majlis tersebut berlangsung juga, Bellaz turut berkongsi satu gambar papan tanda memberitahu semua tetamu supaya tidak pegang, cium dan peluk Aisywara atas faktor kesihatan.
“Dia pantang orang sebut amboi, terus sebek mukanya,” tulis Bellaz.
Sebelum ini, Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabilah Zulyadaini telah mempunyai tiga cahaya mata iaitu Iris Alisya, Mohd Aidil Mikhali dan Muhammad Ean Yusuf.
Kredit: IG Mua Bellaz
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Setiap kali bayi tidur lena, mak ayah pun rasa tenang. Tapi kadang-kadang kita tertanya-tanya cukup ke tidur anak aku ni? Sebab ada masa dia tidur lama siang, tapi malam berjaga. Ada pula jenis yang sekejap-sekejap terjaga dan susah nak lelap balik.
Hakikatnya, bayi cukup tidur sangat penting untuk perkembangan otak, emosi dan fizikal. Bayi yang tidur cukup bukan saja nampak ceria, tapi sistem imun dia pun lebih kuat. Tidur ni macam masa ‘recharge’ untuk otak dan badan dia yang sedang membesar dengan cepat.
Jadi, macam mana nak tahu bayi cukup tidur atau tidak? Meh kita tengok tanda-tanda dan tipsnya satu-satu.
Sebelum kita risau, kena tahu dulu keperluan tidur bayi berubah ikut usia. Kebanyakan bayi baru lahir tidur antara 14–17 jam sehari, tapi bukan sekaligus. Dia tidur dalam tempoh pendek-pendek, lebih kurang 2–4 jam sekali sebab perut kecil dan cepat lapar.
Bila masuk usia 3 hingga 6 bulan, bayi mula tidur lebih lama waktu malam (sekitar 5–6 jam tanpa terjaga). Umur 6 bulan ke atas, barulah corak tidur makin stabil dan boleh tidur lebih panjang malam.
Kalau bayi tidur kurang daripada jumlah ini setiap hari, mungkin dia tak cukup tidur dan perlukan rutin yang lebih teratur.
Bayi cukup tidur akan nampak tenang dan bertenaga bila bangun. Dia akan tersenyum, respon bila mak ayah panggil, dan berminat dengan sekeliling.
Sebaliknya, bayi yang tak cukup tidur akan meragam, cepat marah, atau menangis tanpa sebab. Kadang baru lepas susu pun masih menangis itu tanda dia penat tapi susah nak lelap.
Ini tanda paling klasik tapi ramai mak ayah terlepas pandang. Bila bayi dah mula gosok mata, tarik telinga, atau menguap berulang kali, itu petanda otak dia dah bagi signal mengantuk. Kalau tak terus bagi tidur waktu tu, bayi boleh jadi overstimulated makin susah nak tidur lepas tu.
Jadi bila nampak tanda ni, jangan tunggu dia menangis baru nak tidurkan. Cuba slow down suasana — tutup lampu, pasang bunyi white noise lembut, dan tenangkan dia.
Bayi yang cukup tidur akan menyusu dengan tenang dan kenyang. Tapi bila tak cukup tidur, dia jadi mengantuk masa menyusu, tersengguk-sengguk, atau menyusu sekejap-sekejap je.
Kadang mak salah anggap bayi lapar, padahal sebenarnya dia penat. Akhirnya, bayi jadi cranky sebab terlampau letih tapi tak dapat tidur lena.
Kalau bayi dah boleh tidur 5–6 jam tanpa banyak terjaga waktu malam (umur 6 bulan ke atas), itu tanda bayi cukup tidur dan tidurnya berkualiti.
Bayi yang selalu terjaga setiap jam atau susah nak tidur semula lepas susu malam, mungkin tak cukup tidur siang atau terlalu penat. Bila bayi terlebih penat, hormon stres (cortisol) akan naik ini yang buat dia sukar nak lena walaupun mata dah kuyu.
Tidur siang ni bukan sekadar bonus ia penting untuk perkembangan otak bayi. Kalau bayi tidur siang cukup, dia akan bangun dengan mood baik dan tak terlalu mengantuk waktu malam. Tapi kalau siang tak tidur langsung, malam pun akan jadi gelisah, merengek dan susah nak lena.
Bayi bawah setahun biasanya masih perlukan 2–3 kali tidur siang, manakala toddler (1–2 tahun) biasanya 1 kali tidur siang sudah mencukupi.
Tidur cukup bantu penghasilan hormon pertumbuhan (growth hormone). Sebab tu bayi yang tidur cukup biasanya ada peningkatan berat badan yang baik, lebih aktif, dan cepat belajar kemahiran baru seperti meniarap, duduk atau berjalan.
Kalau bayi asyik rewel, tidur tak lena dan berat tak naik mengikut carta tumbesaran, elok juga bincang dengan doktor mungkin corak tidurnya perlu diperbetulkan.
Kajian tunjukkan bayi yang cukup tidur ada sistem imun lebih kuat. Tidur cukup bantu tubuh hasilkan protein cytokine yang lawan jangkitan. Jadi kalau anak jarang selsema atau cepat sembuh bila demam, itu tanda sistem imun dia berfungsi baik hasil daripada tidur berkualiti.
Nak tahu bayi cukup tidur bukan sekadar tengok jam, tapi perhatikan emosi, tingkah laku dan corak harian dia. Bila bayi ceria, aktif dan menyusu dengan baik, itu tanda tidurnya berkualiti.
Tidur bukan hal kecil ia asas untuk otak, emosi, dan pertumbuhan si kecil. Jadi jangan anggap tidur ni cuma masa ‘rehat’, tapi masa penting untuk anak membesar dengan sihat dan bahagia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!