“Eh kenapa anak kau dah umur setahun setengah belum tumbuh gigi susu lagi? Anak aku dah.”

Tentu anda akan rasa risau bila orang cakap macam tu. Sebenarnya normal atau tidak anak dah umur setahun lebih masih belum tumbuh gigi? Apa tindakan yang ibu ayah patut buat?

Kalau anda bergelar ibu bapa kepada bayi berusia bawah 18 bulan, maka lebih baik baca penjelasan daripada Dr Iqbal Rosali yang bertugas sebagai doktor gigi di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Anak saya sudah umur 1 tahun, tetapi masih belum tumbuh gigi. Perlu ke saya risau?

Ya, perlu.

IKLAN

Walaubagaimanapun, lambat tumbuh gigi susu pertama adalah dikira normal dalam tempoh umur 15 bulan. Apabila gigi susu pertama mulai tumbuh, iaitu gigi depan bawah, gigi lain akan ikut sama keluar.

Jika, sudah melangkaui 1 tahun setengah atau 18 bulan, anak masih belum tumbuh gigi, bersegeralah ke klinik gigi.

Kalau Anak Dah Umur 18 Bulan Belum Tumbuh Gigi Susu Cepat-Cepat Bawa Jumpa Doktor Ya

Gigi susu ada 20 batang. Turutan gigi susu tumbuh begini:

IKLAN

Kacip bawah pertama: 6-10 bulan
Kacip atas pertama: 8-12 bulan
Kacip atas kedua: 9-13 bulan
Kacip bawah kedua: 10-16 bulan
Geraham atas pertama: 13-19 bulan
Geraham bawah pertama: 14-18 bulan
Taring atas: 16-22 bulan
Taring bawah: 17-23 bulan
Geraham bawah kedua: 23-31 bulan
Geraham atas kedua: 25-33 bulan

Jadi, senang kata, kebanyakannya begini:

IKLAN

11 bulan – 4 batang gigi susu
15 bulan – 8 batang gigi susu
19 bulan – 12 batang gigi susu
23 bulan – 16 batang gigi susu
27 bulan – 20 batang gigi susu
Anak tumbuh gigi susu lewat sedikit ini mungkin ada hikmahnya juga.

  1. Anak boleh terus menyusu ibu dengan lebih lama tanpa risau anak menggigit dan kecederaan pada si ibu.
  2. Ibu bapa juga belum perlu risau lagi tentang kesihatan gigi anak masing-masing sebab belum ada gigi lagi.

Apa-apa pun, kelewatan tumbuh gigi boleh menganggu juga seperti proses mengunyah makanan, percakapan dan kemungkinan menyebabkan gigi terimpak.

Oleh itu, jika anak sudah menjangkau 18 bulan, masih belum tumbuh gigi susu, bersegeralah ke klinik gigi.

Sumber: Iqbal Rosali

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI