“Eh kenapa anak kau dah umur setahun setengah belum tumbuh gigi susu lagi? Anak aku dah.”
Tentu anda akan rasa risau bila orang cakap macam tu. Sebenarnya normal atau tidak anak dah umur setahun lebih masih belum tumbuh gigi? Apa tindakan yang ibu ayah patut buat?
Kalau anda bergelar ibu bapa kepada bayi berusia bawah 18 bulan, maka lebih baik baca penjelasan daripada Dr Iqbal Rosali yang bertugas sebagai doktor gigi di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Anak saya sudah umur 1 tahun, tetapi masih belum tumbuh gigi. Perlu ke saya risau?
Ya, perlu.
Jika, sudah melangkaui 1 tahun setengah atau 18 bulan, anak masih belum tumbuh gigi, bersegeralah ke klinik gigi.
Gigi susu ada 20 batang. Turutan gigi susu tumbuh begini:
Kacip bawah pertama: 6-10 bulan
Kacip atas pertama: 8-12 bulan
Kacip atas kedua: 9-13 bulan
Kacip bawah kedua: 10-16 bulan
Geraham atas pertama: 13-19 bulan
Geraham bawah pertama: 14-18 bulan
Taring atas: 16-22 bulan
Taring bawah: 17-23 bulan
Geraham bawah kedua: 23-31 bulan
Geraham atas kedua: 25-33 bulan
Jadi, senang kata, kebanyakannya begini:
11 bulan – 4 batang gigi susu
15 bulan – 8 batang gigi susu
19 bulan – 12 batang gigi susu
23 bulan – 16 batang gigi susu
27 bulan – 20 batang gigi susu
Anak tumbuh gigi susu lewat sedikit ini mungkin ada hikmahnya juga.
Apa-apa pun, kelewatan tumbuh gigi boleh menganggu juga seperti proses mengunyah makanan, percakapan dan kemungkinan menyebabkan gigi terimpak.
Oleh itu, jika anak sudah menjangkau 18 bulan, masih belum tumbuh gigi susu, bersegeralah ke klinik gigi.
Sumber: Iqbal Rosali