Walaupun demam bukan penyakit, jika ia melebihi suhu 40 º C (104 º F), ia boleh menjadi sangat berbahaya. Ada beberapa tanda yang boleh menyebabkan demam berbahaya kepada anak seperti perkongsian daripada Dr Ahmad Luqman Bukhari.
Jika anak kalian demam, dan ada tanda-tanda begini, cepat-cepat bawa ke klinik atau hospital berdekatan ya. Boleh jadi anak kalian sebenarnya sedang berada dalam keadaan berbahaya.
DEMAM YANG BERBAHAYA PADA ANAK
#1 – Tengkuk menegang dan sakit. Ia boleh jadi tanda jangkitan pada selaput saraf (meningitis). Pesakit meningitis berisiko tinggi untuk mengalami masalah sistem saraf yang boleh mengakibatkan lumpuh dan kerosakan otak.
#2 – Sakit kepala yang terlampau teruk. Bahkan ia tidak berkurang walaupun diberikan ubat seperti paracetamol.
#3 – Sawan demam yang berulang-ulang. Jika anak kalian demam dan serangan sawan berlaku untuk tempoh waktu yang panjang atau pun kerap dan berulang-ulang, kemungkinan besar ia bukan sawan demam yang biasa. Pemeriksaan doktor sangat diperlukan.
Ads
#4 – Menangis dan merengek tak berhenti-henti. Boleh jadi ia akibat daripada jangkitan pada mana-mana bahagian tubuh seperti telinga, tekak dan lain-lain, dan ia menyebabkan anak kalian mengalami rasa tidak selesa yang melampau.
#5 – Pernafasan yang teruk dan laju daripada biasa. Demam bersama dengan batuk dan sesak nafas, kemungkinan berpunca daripada masalah jangkitan pada paru-paru.
#6 – Ruam atau bintik-bintik pada badan. Ianya boleh jadi berbahaya atau pun sebaliknya. Sebaiknya jumpa doktor untuk pengesahan.
Ads
#7 – Sakit perut berpanjangan. Kadangkala cirit birit dan muntah berterusan bersama simptom seperti demam, jika tidak diberi rawatan awal, keadaan anak berisiko untuk menjadi lebih buruk.
Apatah lagi bila kehilangan air daripada badan berlaku berterusan, anak kalian berpotensi mengalami masalah dehidrasi serta masalah-masalah lain.
#8 – Enggan makan minum dan tak aktif. Kalian perlu berikan perhatian serius jika berlaku tanda seperti ini dan bawa anak ke hospital untuk pemeriksaan doktor.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Mama perlu tahu yang pernafasan yang betul berupaya memaksimumkan kandungan oksigen di dalam tubuh. Ini secara tidak langsung berupaya membantu mengatasi rasa sakit semasa bersalin.
Sekiranya mama dan papa pernah mengikuti kelas antenatal, salah satu topik yang dipelajari ialah teknik pernafasan. Ia sangat mudah untuk dipelajari. Teknik ini bukan setakat bermanfaat semasa proses kelahiran, malah seharusnya diamalkan sepanjang tempoh kehamilan.
TEKNIK PERNAFASAN SALAH GANGGU PROSES BERSALIN
Cara pernafasan yang salah boleh mengganggu proses bersalin! Malah, ia juga menggangu daya tumpuan dan menyebabkan anda tidak mampu bertenang. Faktanya, dalam keadaan tidak relaks atau ketakutan, secara tidak langsung, ia menyebabkan pernafasan anda menjadi cepat dan pendek.
Dalam masa yang sama, otot-otot tubuh terutamanya yang berkait rapat dengan proses kelahiran menjadi tegang. Cara anda bernafas cepat – pendek (panic breathing) hanya akan mengurangkan bekalan oksigen ke dalam darah anda dan bayi.
PERNAFASAN KETIKA MENERAN
Seharusnya anda mengikut gesaan yang datang melalui kontraksi untuk meneran apabila telah cukup 10sm. Anda boleh meneran beberapa kali selagi masih berasa gesaan untuk meneran. Pada ketika ini, anda tidak perlu menahan nafas lebih daripada lima saat semasa proses melahirkan. Ikuti langkah demi langkah teknik pernafasan dalam fasa ini.
Fasa 1: Air ketuban pecah.
Fasa 2: Kontraksi bermula dan menyebabkan anda tidak selesa. Bermula dari sini anda dan suami sudah boleh melakukan teknik bernafas yang pernah dipelajari di kelas antenatal.
Fasa awal kontraksi: Mulakan pernafasan dalam.
Fasa tiada kontraksi: Lakukan pernafasan normal.
Fasa kontraksi: Lakukan pernafasan dalam.
Fasa cukup 10sm dan bayi sudah bersedia untuk keluar: Kontraksi – curi nafas – tunggu arahan meneran – pernafasan dalam – teran sambil hembus kuat.
Pernafasan normal.
Tunggu kontraksi kedua dan lakukan pernafasan dalam dan teran lagi sehingga bayi dilahirkan.
SALAH TEKNIK CURI NAFAS LAMBATKAN PROSES BERSALIN
Ada di kalangan ibu yang tidak bernafas dengan betul kerana “mencuri” nafas lalu menyebabkan bayi masuk semula ke saluran peranakan. Kesalahan ini akan menyebabkan proses kelahiran menjadi lambat dan panjang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyakit Pneumokokal adalah disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yang biasa menyebabkan jangkitan pada tekak dan telinga. Ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih serius seperti jangkitan paru-paru dan radang selaput otak.
Apakah yang menyebabkan jangkitan Pneumokokal?
Kuman penyebab penyakit ini ialah Streptococcal pneumoniae atau Pneumokokus yang terdapat dalam lapisan hidung dan tekak orang yang sihat (pembawa kuman). Kuman ini boleh merebak melalui batuk dan orang yang berada di persekitaran secara langsung.
Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia diberikan?
Vaksin terdahulu ialah pneumococcal polysaccharide vaccine (PPV) yang mengandungi 23 antigen pada lapisan yang telah ditulenkan. Vaksin yang terbaru ialah pneumococcal conjugate vaccine (PCV) yang telah diubahsuai dengan menggabungkan 7 lapisan kapsul polisakarida yang telah ditulenkan dan setiap satunya digabungkan dengan toksin difteria yang telah di nyah aktifkan, untuk mempertingkatkan keberkesanan vaksin ini. Polisakarida adalah kandungan gula kompleks yang merupakan sebahagian daripada kuman bakteria itu sendiri. Vaksin ini harus diberikan melalui suntikan ke dalam otot.
Vaksin diberi mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pengeluar vaksin tersebut.
Anak berumur setahun dua bulan. Kepala kerap berpeluh sehingga basah rambutnya. Kadang-kadang boleh menyebabkan bau masam hingga terpaksa syampu rambutnya setiap hari. Adakah ia normal atau ada tanda penyakit lain?
Berikut jawapan dari Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa Tajuddin
Tubuh manusia mempunyai hampir 3 juta kelenjar peluh (eccrine sweat glands) yang menghasilkan cecair jernih iaitu peluh. Tujuan peluh dihasilkan untuk mengawal suhu dengan cara menghilangkan haba yang berlebihan melalui proses “evaporation”.
Terdapat anggaran 1-3% dalam populasi manusia yang mengalami masalah perpeluhan yang berlebihan yang dipanggil ‘hyperhidrosis’ sama ada primer atau sekunder. Sekiranya anak puan hanya mengalami perpeluhan yang banyak di bahagian kepala sahaja, ini dipanggil “craniofacial hyperhidrosis”.
Antara punca yang dikenal pasti berkaitan dengan perpeluhan yang berlebihan ini ialah jangkitan kuman yang menyebabkan suhu badan menjadi panas, rembesan hormon tiroid yang berlebihan (hyperthyroid), cystic fibrosis, kandungan gula berlebihan dan kegagalan jantung (heart failure).
Namun, selalunya kanak-kanak yang mengalami masalah ini tidak ada kaitan dengan sebarang penyakit dan mereka selalunya cergas dan terlalu aktif. Sekiranya mereka menghidapi penyakit seperti yang tersebut di atas, mereka turut menunjukkan gejala lain seperti makan banyak tetapi tetap kurus, kehilangan berat badan, atau kurang selera makan atau lemah dan cepat berasa penat dan sebagainya. Puan tidak perlu risau jika anak tiada tanda-tanda sebarang penyakit, namun sebaiknya bawa anak berjumpa dengan pakar kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut.
Pastikan anak puan tidak terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu panas, sentiasa berada dalam bilik atau kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik. Elakkan anak memakai pakaian yang sangat ketat, tebal atau jenis kain yang panas, tidak memakaikan penutup kepala seperti topi serta sentiasa membawa tuala kecil untuk mengelap peluhnya (di kepala atau badan). Penjagaan kebersihan tubuh badannya perlu dititikberatkan untuk mengelakkan mendapat jangkitan seperi kulat kepala atau ruam kulit.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang kanak-kanak lelaki mencuri tumpuan ramai kerana keberaniannya membuat aduan mengenai masalah tandas rosak di sekolahnya kepada PMX Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.