“Kalau Anak Demam & Ada Tanda-Tanda Ini, Kena Cepat Ke Hospital” Doktor Kongsi Tanda Bahaya Demam Pada Anak

Share

Walaupun demam bukan penyakit, jika ia melebihi suhu 40 º C (104 º F), ia boleh menjadi sangat berbahaya. Ada beberapa tanda yang boleh menyebabkan demam berbahaya kepada anak seperti perkongsian daripada Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Jika anak kalian demam, dan ada tanda-tanda begini, cepat-cepat bawa ke klinik atau hospital berdekatan ya. Boleh jadi anak kalian sebenarnya sedang berada dalam keadaan berbahaya.

DEMAM YANG BERBAHAYA PADA ANAK

#1 – Tengkuk menegang dan sakit. Ia boleh jadi tanda jangkitan pada selaput saraf (meningitis). Pesakit meningitis berisiko tinggi untuk mengalami masalah sistem saraf yang boleh mengakibatkan lumpuh dan kerosakan otak.

#2 – Sakit kepala yang terlampau teruk. Bahkan ia tidak berkurang walaupun diberikan ubat seperti paracetamol.

#3 – Sawan demam yang berulang-ulang. Jika anak kalian demam dan serangan sawan berlaku untuk tempoh waktu yang panjang atau pun kerap dan berulang-ulang, kemungkinan besar ia bukan sawan demam yang biasa. Pemeriksaan doktor sangat diperlukan.

#4 – Menangis dan merengek tak berhenti-henti. Boleh jadi ia akibat daripada jangkitan pada mana-mana bahagian tubuh seperti telinga, tekak dan lain-lain, dan ia menyebabkan anak kalian mengalami rasa tidak selesa yang melampau.

#5 – Pernafasan yang teruk dan laju daripada biasa. Demam bersama dengan batuk dan sesak nafas, kemungkinan berpunca daripada masalah jangkitan pada paru-paru.

#6 – Ruam atau bintik-bintik pada badan. Ianya boleh jadi berbahaya atau pun sebaliknya. Sebaiknya jumpa doktor untuk pengesahan.

#7 – Sakit perut berpanjangan. Kadangkala cirit birit dan muntah berterusan bersama simptom seperti demam, jika tidak diberi rawatan awal, keadaan anak berisiko untuk menjadi lebih buruk.

Apatah lagi bila kehilangan air daripada badan berlaku berterusan, anak kalian berpotensi mengalami masalah dehidrasi serta masalah-masalah lain.

#8 – Enggan makan minum dan tak aktif. Kalian perlu berikan perhatian serius jika berlaku tanda seperti ini dan bawa anak ke hospital untuk pemeriksaan doktor.

Kredit: Dr Ahmad Luqman Bukhari

Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)

Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.

Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa