Kalau anak tiba-tiba diam, jangan terjah mengejut. Kita pun kena diam-diam intai apa yang anak tengah buat.
Takut-takut kalau terjah mengejut, anak tiba-tiba lost idea apa yang dia tengah buat. Kadang-kadang mungkin anak sedang berkreatif dan memikirkan sesuatu untuk menyelesaikan perkara yang dia lakukan.
Selagi benda tu tak membahayakan anak, biarkan anak teroka dulu dan perhatikan. Dari situ kita boleh lihat anak ada skil yang ibu bapa sendiri pun boleh rasa bangga.
Adakala, cuba letak diri kita dalam dunia mereka ketika anak bermain.
“Oooo..mesti anak tengah fikir macam mana nak buat itu ini. Mesti anak duk bayangkan itu ini”.
Ehh, kita pulak yang penat jadi tukang fikir dan teka. Percayalah, dunia kanak-kanak indah. Cuba masuk dan selami dunia mereka, kita akan nampak yang baik-baik dan indah belaka.
Hebat Allah jadikan manusia ni. Nak tengok ahli syurga di dunia, tengok kanak-kanak.
Fitrah mereka suka kan kebaikan dan kasih sayang. Allah dah jamin, kanak-kanak yang meninggal, tempatnya syurga.
Sumber: Fadzielah Ayub
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tanya Nak Susu, Anak Tak Respons” Catriona Hampir Tak Bernafas Bila Anak Disahkan Autisme Ketika Usia 2 Tahun
Aktres cantik kacukan Melayu-Scotland, Catriona Bahrin Ross yang juga ibu kepada tiga cahaya mata berkongsi cerita tentang anaknya, Jammal Raess yang telah di diagnosis dengan Gangguan Spektrum Autistik (Autism Spectrum Disorder-ASD).
“Saya mula tahu daripada pakar selepas saya dapat rasa yang dia ada sesuatu yang lain. Mata dia tak pernah fokus bila kita panggil dia padahal saya ada di depannya.
“Bila panggil, tanya nak susu, tapi dia hanya pandang tanpa sebarang reaksi. Saya pun buat appointment dengan beberapa pakar. Pakar pertama mengatakan anak saya autisme,”
“Masa itu, saya rasa lutut lemahnya, padahal saya duduk dekat kerusi tapi rasa nak rebah. Saya pandang suami, suara saya tiba-tiba ‘sayang, saya tak boleh bernafas. Ketika itu usianya baru dua tahun”
“Saya ingat lagi saat itu, ingatkan saya duduk dah okay. Suami lebih kuat dan minta saya sabar. Saya ingat, saya cakap I think, Im gonna die,” kata Catriona dalam nada sebak.
JANGAN MALU BERITAHU MASYARAKAT
“Nasihat saya kepada ibu bapa yang ragu-ragu akan keadaan anak supaya membuat ujian diagnosis bagi mengenal pasti keadaan sebenar. Apabila disahkan, hantar anak mengikuti terapi. Jangan disia-siakan peluang untuk mengajar anak belajar, berdikari dan menguruskan diri sendiri. Jangan malu untuk memberitahu masyarakat kerana dengan sikap terbuka ini kita jadi lebih tenang dan lebih ramai lagi yang akan berkongsi tip.”
“Misalnya apabila ada rakan yang menjemput kami sekeluarga ke majlis hari jadi, saya akan minta untuk datang 30 minit lebih awal sebelum ketibaan tetamu lain dan akan pulang awal. Ini kerana Raess tidak boleh menghadapi orang yang ramai. Jadi mustahak bagi kita untuk mengadaptasi keadaan anak dengan situasi semasa supaya semua pihak berpuas hati.”
“Saya tidak meletakkan harapan yang terlalu besar. Cukup sekiranya dia boleh berdikari dan menguruskan dirinya sendiri. Diharapkan keakraban Raess dan Edruce akan kekal sampai bila-bila walau pun nanti saya sudah tiada di dunia ini, mereka saling membantu dan Edruce akan menjadi penjaga abangnya.”
Jammal yang pada asalnya non verbal (tak boleh bercakap menunjukkan perkembangan sangat baik apabila dia mula menyebut beberapa perkataan.
Kredit:
Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!. Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pukul Anak Sebab Marah Bukan Penyelesaiannya. Ini Yang Perlu Diambil Kira Dulu
Anak-anak merupakan amanah Allah. Kita perlu mendidik dengan sebaiknya semenjak kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapa.
Dalam mendidik anak ketegasan adalah perlu demi memastikan anak yang sedang dibentuk tidak menjadi degil, keras kepala atau selalu hendak menang sahaja. Jadi bagaimana kita boleh menjadi ibu bapa yang tegas tanpa menggunakan kekerasan yang melampau.
Pukul anak juga perlu dilakukan jika anak terlalu nakal atau tidak menghormati agama dan ibubapanya. Dalam islam ada diajarkan bagaimana cara mahu memukul anak jika terpaksa.
Kenapa perlu pukul anak
Di dalam Islam, memukul adalah tindakan paling akhir sekali sekiranya segala nasihat, tunjuk ajar serta ancaman tidak memberikan apa-apa kesan terhadap anak. Sebelum dijatuhkan hukuman, perkara-perkara berikut perlu diambil kira:
1.Kaji apa kesalahan anak dan cubalah berlembut dahulu.
- Tengok dulu bagaimana tabiat anak yang membawa kepada kesalahan tersebut. Ada anak hanya jegilkan mata sudah mengetahui salahnya, ada anak yang lain kena membebel baru faham. Jadi kenalpasti apa tabiat anak dan berikan hukuman setakat yang dia mampu terima.
- Mengenakan hukuman dan denda adalah jalan yang paling akhir sekali. Jadi, sebelum peringkat denda dan menghukum, anak-anak mesti melalui proses pemahaman dahulu. Mereka perlu ada contoh tauladan yang baik di rumah dan sentiasa mendapat tunjuk ajar daripada ibu bapa.
Jadi, sudah jelas di sini bahawa, di dalam Islam, ibu bapa dibenarkan untuk mendenda atau memukul anak tetapi mempunyai syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas tadi.
Cara memukul anak menurut islam
- Jangan memukul anak dari lutut keatas. Jangan sesekali menampar wajah anak. Pukul anak mengunakan rotan sebaik- baiknya di bahagian betis anak.
- Jangan menggunakan tangan atau anggota tubuh kita untuk memukul anak. Jangan menampar, mencubit atau menerajang anak dengan kaki. Ini menjadikan anak bertambah nakal dan tidak boleh dikawal lagi.
- Gunakan rotan dan pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
- Gantung rotan di dinding rumah atau mana- mana tempat yang anak boleh nampak untuk dia tahu apa yang boleh dibuat dan apa yang jangan dibuat , nanti ibu marah.
- Jangan memukul dalam keadaan yang sangat marah, ini kerana syaitan akan menghasut supaya teruskan memukul anak dan tanpa kita sedar yang kita telah mengerjakan anak itu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya.
- Jangan sesekali memukul dengan dengan benda keras sehingga meninggalkan bekas kerana bekas itu anak akan ingat sampai bila- bila dan menjadikan anak sebagai seorang pendendam dewasa kelak.
Semoga kita semua dapat mendidik anak dengan penuh rasa kasih sayang. Jangan biarkan anak takut kepada kita kerana rotan atau sifat kita yang suka memukul, biarlah anak memandang wajah kita dengan penuh rasa cinta.
Janganlah kita mengenakan hukuman dan denda sesuka hati dan pastikan anak mendapat pentarbiyyahan sewajarnya kerana itulah selayaknya bagi mereka.
Sumber: ibudoakan.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Imam Muda Asyraf Biasakan Rutin Ambil Berkat Hadis Bersama Anak-Anak, Semoga Rumah Lebih Bercahaya
Anak-anak memang sukakan rutin. Tindakan Imam Muda Asyraf membacakan hadis bersama anak-anak dan isteri adalah rutin yang baik yang boleh dipraktikkan & dicontohi semua.
Bapa kepada tiga anak iaitu, Aisy Raihan, Aisy Abdurrahman dan Setiaku Aisyah, ini telah berkongsi cara didikan yang dilakukannya. Kata Asyraf, rutin selalunya diambil oleh isterinya, Nur Husna Yusoff tetapi kali ini diberikan kelapangan masa untuk melaksanakannya.
Pendakwah muda ini juga turut mengakui yang anak-anak memang bijak memerhati walau pun mereka tidak menumpukan perhatian. Lebih-lebih lagi bagi anak yang sedang aktif, menunjukkan sesuatu di depan mereka akan membuatkan mereka terbiasa.
Asyraf malah mengakui anak sulungnya, Aisy sangat meminati kisah dan hadis dan tidak sabar untuk menunaikan umrah Mac nanti.
imammudaasyraf Seperti biasa. Faham atau tidak perkara kedua. Yang penting kelibat duduk sambil mengambil berkat hadith itu menjadi rutin yang dibiasakan pada mata anak-anak.
TELINGA TIDAK MEMAHAMI TAPI MATA MEMERHATI
Telinganya tidak memahami. Namun matanya belajar memerhati. Walau bermain handphone sekalipun, ianya satu kejayaan bagi membawa AbduRahman yang seaktif Ultraman Batman untuk duduk di depan.
ANAK TIDAK SABAR TUNAI UMRAH MAC INI
Bagi Aisy pula, dia sangat meminati cerita, hadith dan sebagainya. Manakan tidak, semangat beliau apabila hajat untuk menunaikan umrah di Mekah pada cuti sekolah Mac ini tak sabar dinanti. Doakan kami bersama ke sana.
Jarang sempat membaca bersama mereka. Selalu ummi yang mengambil peranan. Tapi kali ini Aisyah pun teruja duduk bersama Abah.
TIADA YANG MUSTAHIL WALAU PUN SEBARIS HADIS
Mungkin agaknya Abah mimpi apa malam ini tiada kuliah. Apapun selamat malam anakku. Tiada apa yang mustahil walau sebaris hadith.
Sedangkan al-Qa’nabi mampu berubah watak dari peminum Nabiz (memabukkan) kepada perawi paling tsiqah dalam al-Muwatto’ hanya kerana sepotong hadith dari Imamnya Syu’bah.
Semoga rumah lebih bercahaya.
View this post on InstagramA post shared by Asyraf Ridzuan (@imammudaasyraf) on
Sumber: imammudaasyraf
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI