Apabila anda melihat perilaku anak, kelihatan seperti dia seorang yang agak pendiam dan menyendiri. Kebanyakan ibu ayah pasti merasa risau, apatah lagi jika anak sudah mahu masuk sekolah. Anak begini dilihat seperti tidak pandai berkawan dan seperti ‘terhalang’ ketika mahu melibatkan diri dengan kanak-kanak lain. Biasanya kanak-kanak yang pendiam begini lebih selesa berada dalam kumpulan kecil.

Kalau Anak Jenis Pendiam, Sebenarnya Dia Cenderung ‘Otak Geliga’ Selesaikan Masalah

Kanak-kanak dalam kategori introvert bukan tidak pandai bergaul, sebaliknya mereka boleh berkawan seperti kanak-kanak lain. Cuma kanak-kanak introvert memerlukan lebih banyak masa untuk mendekati dan menyesuaikan dirinya dalam kelompok rakan-rakan barunya itu. Skil bergaul kanak-kanak berkembang pada pada usia tiga tahun di mana mereka sudah mula yakin dalam pergaulan dengan rakan sebaya dan orang dewasa.

Artikel Menarik: [Kasih Sayang Anak Lelaki Pada Ibu Sangat Special, Dia Tiru Cara Ayahnya!]

Sebagai ibu ayah, jangan cepat melatah. Sekiranya anda mahu berhadapan dengan anak yang mempunyai sifat pendiam atau introvert, ada beberapa perkara yang harus anda ketahui tentang mereka.

KENALI SIFAT MEREKA

Ads
  • Kanak-kanak introvert selalu dilabelkan sebagai individu yang kurang memiliki kemahiran sosial walhal sifat ini wujud secara semula jadi.
  • Si introvert memerlukan masa yang tenang untuk memproses setiap tindakannya menerusi kaedah pemerhatian.
  • Si introvert memerlukan masa untuk sesi memanaskan (warm up).
  • Si introvert lazimnya memiliki tahap kebimbangan yang agak tinggi dalam diri.
  • Mereka juga lebih fokus dengan perasaan dan pemikiran peribadi berbanding interaksi sosial secara langsung.

Kalau Anak Jenis Pendiam, Sebenarnya Dia Cenderung ‘Otak Geliga’ Selesaikan Masalah

Artikel Menarik: [Teknik Power Ajar Anak 2 Tahun Tak Kedekut & Marah Bila Orang Ambil Mainan]

INFO: Tahukan anda individu introvert sangat bijak menyelesaikan sesuatu masalah. Mereka juga bijak dalam membuat perbandingan atau perbezaan. Selain itu mereka memiliki visual yang kreatif dan sangat ghairah untuk belajar dalam tempoh yang panjang?

APA PERLU BUAT?

Ads
  • Jangan panik dan naik angin bila melayan kerenah si introvert yang seolah-olah sukar untuk bergaul dan fobia bersosial.
  • Kawal reaksi anda kepadanya berkenaan sikap menyendirinya. Hal ini kerana si introvert akan menjadi lebih menyendiri.
  • Apabila mama dan papa menyuruh si manja menjadi individu yang bertentangan dengan keperibadiannya, hal ini secara tidak langsung ia menggambarkan bahawa anda tidak dapat menerima kekurangan diri mereka itu.
  • Mama dan papa kerap mendesak si introvert untuk menjadi individu yang lebih terbuka dengan menyuruh mereka menyertai acara sukan dan sebagainya. Taktik sebegini bukanlah cara yang bijak kerana keadaan bising dengan jeritan kanak-kanak yang seronok bermain itu akan menjadikan si introvert lebih tertekan.

Kalau Anak Jenis Pendiam, Sebenarnya Dia Cenderung ‘Otak Geliga’ Selesaikan Masalah

  • Perlu difahami yang anak introvert mungkin lebih cemerlang sekiranya melibatkan diri dalam sukan-sukan bersifat individu seperti berenang atau karate.
  • Hormati pilihan anak misalnya dengan siapa dia berkawan kerana mereka selalunya gemar memilih beberapa orang teman rapat dan tidak gemar berkawan dengan seluruh rakan sekelasnya.
  • Apa yang harus diberi keutamaan oleh ibu bapa ialah memastikan si anak memiliki sebuah hubungan persahabatan yang positif. Itulah asas kepada sesebuah perhubungan yang akrab.
  • Ibu bapa perlu memahami bahawa si introvert memerlukan ruang agar privasinya dihormati. Bagi ibu bapa yang ekstrovert, mereka beranggapan bahawa segala-galanya perlu dilakukan bersama tetapi tidak bagi introvert. Mereka lebih bahagia jika diberi sedikit ruang untuk menyendiri.

Kalau Anak Jenis Pendiam, Sebenarnya Dia Cenderung ‘Otak Geliga’ Selesaikan Masalah

Artikel Menarik: [Rajin Suap Anak Makan Salah Satu Cara Anak Mudah Dengar Kata]

Ads
  • Kanak-kanak introvert yang memiliki adik-beradik ekstrovert boleh merasai wujudnya ketidakserasian sewaktu berbual. Ibu bapa perlu menyediakan sedikit ruang (one-on-one time) untuk memberikan mereka lebih ketenangan.
  • Di sekolah, ibu bapa perlu memaklumkan keadaan introvert si manja kepada guru agar dia boleh memberikan masa untuk si manja menyiapkan diri dengan suasana baharu. Cara ini sangat membantu.

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI