Kekurangan berat badan tidak bermaksud kurus ataupun langsing. Sesetengah kanak-kanak, secara semula jadi, bertubuh agak besar dan mengekalkannya dengan mengamalkan diet yang seimbang serta melakukan aktiviti fizikal. Ini adalah sihat dan normal.
Manakala sesetengah kanak-kanak pula, secara semula jadinya bertubuh kecil, namun mereka bukanlah kekurangan berat badan. Walau bagaimana pun, kekurangan berat badan yang sebenar mungkin petanda kepada masalah pemakanan, kesihatan atau emosi.
Bagaimana untuk mengetahui jika anak saya mengalami kekurangan berat badan?
Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi status pemakanan seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti corak pertumbuhannya.
Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan rujukan standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.
Anggota kesihatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang kanak-kanak untuk menentukan sama ada ia berada dalam lingkungan yang sihat. Umur dan corak pertumbuhan kanak-kanak juga akan diambil kira bagi menentukan sama ada mereka mengalami berat badan yang berlebihan. Kekurangan berat badan di kalangan kanak-kanak adalah sukar untuk ditafsirkan kerana tumbesaran mereka tidak boleh dijangka.
Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi kanak-kanak yang mengalami kekurangan berat badan?
Seorang anak yang kekurangan zat makanan lebih cenderung untuk mendapat jangkitan. Dia mungkin berasa lemah dan letih serta menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.
Anak tersebut mungkin mengalami pertumbuhan terbantut atau permulaan akil baligh yang agak lewat.
Dalam sebarang keadaan pun, adalah mustahak untuk berunding dengan doktor untuk mengenal pasti masalah dan bagaimana untuk mengatasinya.
Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan masalah kekurangan berat badan. Ini termasuk:
Tidak makan secukupnya mengikut keperluan harian yang disarankan. Pengurangan pengambilan makanan harian biasanya berlaku lebih awal iaitu mungkin beberapa minggu atau bulan sebelumnya.
Penyakit seperti jangkitan cacing.
Tekanan.
Senaman yang berlebihan
Kurang berminat untuk makan. Ini mungkin tanda-tanda kemurungan, alahan pemakanan yang menyebabkan ketidakselesaan selepas makan, kandungan kafein yang tinggi, terlalu risau akan mengalami berlebihan berat badan ataupun penyakit berkaitan pemakanan.
Peningkatan kadar pertumbuhan yang mendadak.
Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu anak yang mengalami kekurangan berat badan? Jika doktor menyarankan pertambahan berat badan, objektif utama adalah untuk:
Menggalakkan anak mengambil kalori yang lebih. Mulakan dengan merancang hidangan dan snek yang berkalori tinggi mengikut setiap kumpulan makanan daripada
Panduan Piramid Makanan Malaysia.
Adalah penting bagi anak anda mengambil protein, karbohidrat serta lemak dengan secukupnya bagi membekalkan tenaga untuk aktiviti, tumbesaran dan perkembangan.
Galakkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian Sekiranya anak anda aktif bermain, pastikan dia berehat sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.
Elakkan memberi anak makan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula, minuman ringan ataupun makanan tinggi kandungan lemak dari kedai makanan segera.
Hadkan pengambilan snek sebelum waktu makan kerana amalan ini akan mengurangkan selera makan.
Elakkan pengambilan kafein, galakkan minuman berkhasiat seperti jus dan susu.
Pilih makanan yang digemari oleh anak anda.
Apakah yang patut anak saya makan?
Oleh kerana makanan kurang diambil, ibu bapa atau penjaga harus memberi makanan berkalori tinggi. Apabila menyediakan makanan, utamakan sumber lemak tambahan yang sihat seperti minyak sayuran sebagai pengganti mentega atau marjerin.
Galakkan anak makan dengan kerap. Enam hidangan kecil mungkin lebih mudah dimakan berbanding tiga hidangan utama. Anak anda harus makan sebanyak yang boleh tanpa merasa tidak selesa. Jangan paksa dia makan.
Berikan pelbagai jenis makanan dan snek kepada anak anda sepanjang hari.
Jika anak ke sekolah, bekalkan dia makanan snek sihat seperti biskut kraker, buah-buahan kering (seperti kismis), lobak merah dan kacang.
Pada mulanya, anak anda mungkin tidak biasa makan banyak. Berikan galakkan walaupun terdapat sedikit perubahan. Anda perlu faham bahawa perubahan perlu mengambil masa. Banyakkan bersabar.
Bagaimana saya boleh bantu anak saya rasa positif tentang imej dirinya?
Perlu diingat bahawa setiap anak adalah unik dan begitu juga bentuk badannya. Kanak-kanak berbeza dari segi saiz, bentuk dan ketinggian. Mereka juga membesar pada kadar berbeza. Walau bagaimanapun, yang penting, anak anda sihat.
Jangan timbang anak anda terlalu kerap. Rumah sepatutnya tempat yang selesa dan tidak rasa terasing oleh kanak-kanak. Doktor mungkin mengesyorkan lawatan ke klinik yang kerap untuk memantau perkembangan anak anda. Gunakan kesempatan ini untuk memperoleh maklumat mengenai berat badan anak anda. Selain itu, tumpukan perbincangan mengenai berat badan.
Berat badan sihat adalah berat yang boleh dikekalkan secara sihat dengan memastikan kanak-kanak cukup zat, aktif dan mempunyai perasaan yang positif terhadap tubuh badan dan saiz mereka.
Di dalam periuk nasi elektrik, tanak beras bersama puri tomato, ¼ jus tomato dan air. Tambah 1 sudu makan marjerin.
Sementara itu, tumis bawang putih, halia dan bawang besar dalam kuali berasingan. Masukkan tomato yang dipotong dadu serta baki jus tomato. Tambah hirisan daging dan masak hingga empuk. Tambah lebih air, jika perlu. (Untuk kanak-kanak kecil, gunakan daging cincang atau ayam)
Tutup api dan letakkan berasingan.
Sendukkan nasi ke dalam acuan jeli berbentuk bulat. Buat satu lekuk di tengah-tengah nasi dan letakkan daging yang telah ditumis ke dalam lekuk tersebut.
Telungkupkan nasi tomato berserta daging ke atas pinggan dan hidangkan.
Kandungan nutrisi setiap hidangan
Kalori (kkal) : 173.0
Protein (g) : 10.0
Zat Besi (mg) : 3.5
Lemak (g) : 2.0
Kalsium (mg) : 25.01 – 3 Tahun
Ads
Contoh Menu Makanan Berkalori Tinggi Bagi Kanak-kanak Berusia 1 – 3 Tahun
Sarapan
1 gelas susu (penuh krim)
1 keping roti bakar
2 sudu kecil marjerin
Minum Pagi
½ potong betik
2 keping biskut
1 gelas minuman bersusu
Makan Tengah hari
1 cawan nasi (tambah 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
1 ekor ikan kembung
1 cawan sayur bayam
1 gelas air kosong
1 biji pisang
Makan Malam
1 cawan mi goreng (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
2 ketul ayam (saiz kotak mancis)
½ cawan sayur
1 gelas air kosong
½ potong betik
Makan Lewat Malam
1 gelas susu (penuh krim)
Contoh Menu Makanan Berkalori Tinggi Bagi Kanak-kanak Berusia 4 – 6 Tahun
Sarapan
1 gelas susu (penuh krim)
½ cawan nasi goreng (tambahkan
1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
½ cawan sayur 1 telur goreng
Makan Malam
1 cawan nasi (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
2 ketul ayam (saiz kotak mancis)
1 cawan sayur
1 gelas air kosong
1 biji epal
Kredit: MyHealth Portal
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu mana yang sanggup melihat anak menangis setiap kali hendak ‘membuang’. Sesekali mungkin tidak mengapa, inikan pula setiap hari. Usahakan untuk mengubah diet anak dengan makanan khas untuk usus.
Apa makanan khas untuk usus ini? Makanan bersifat prebiotik adalah makanan terbaik untuk bakteria baik melancarkan usus anak kecil kita. Doktor Mazliana Mazlan kongsikan jenis-jenis makanan yang perli kita pilih.
Prebiotik lengkapkan fungsi sistem imun dan sistem penghadaman anak. Prebiotik ni makanan kepada bakteria baik di usus. Atau nama lain bakteria baik tu, kita panggil probiotik. Baca betul-betul k.
PRObiotik – bakteria baik di usus PREbiotik – makanan kepada bakteria baik (PRObiotik)
Antara contoh prebiotik;
Oat
Barli
Kekacang
Madu
Pisang
Epal
Berries
Bawang merah dan bawang putih
Cendawan
Asparagus
Leek
Sengkuang
Prebiotik tak dapat dihadam oleh usus manusia. Tapi ianya akan jadi makanan dan akan berjaya dihadam oleh probiotik.
Makanan yang baik kita bagi pada bakteria di usus, maka baiklah usus anak-anak. Baja yang baik kita tabur di usus anak, dapatlah ia jalankan fungsi dengan baik insyaAllah.
Usus yang baik, penting untuk fungsi sistem imun dan sistem penghadaman yang optimum.
Bila prebiotik cukup;
* Sistem imun anak akan kuat.
* Anak susah nak sembelit.
Pelbagaikan makanan dalam gambar, supaya anak dapat keperluan prebiotik yang cukup. Real food ni kan, setiap satunya banyak betul khasiat yang ada. Rugi kan kalau kita tak banyakkan real food dalam makanan anak.
Orang selalu kata, makanan proses itu tak boleh, makanan proses ini tak boleh, jadi apa nak makan. Tapi, baaaaaanyak sangat real food yang ada sebenarnya tau, cuma kita je belum sempat explore sepenuhnya.
Kita cuba sama-sama ya, perbaiki setiap hari, insyaAllah.
Sememangnya makanan berbentuk finger food perlu bagi menambah perkembangan dan kemahiran otak anak ketika makan. Pun begitu bukan semua makanan finger food ini selamat untuk anak. Ada beberapa cirinya yang perlu diketahui supaya anak selamat daripada sebarang risiko terutama sekali risiko tercekik makanan.
Menurut dietitian, Pun Nur Hafizah M Sobri, finger food untuk bayi haruslah mempunyai ciri-ciri yang selamat di makan dan beberapa garis panduan perlu diketahui oleh ibu sebelum menyediakan sajian buat mereka. Ini yang dikongsikan beliau. Mama wajib periksa.
CIRI CIRI FINGER FOODS BABY SELAMAT
Haaa kan banyak kali dah kan saya cerita kepentingan finger foods nak bantu anak kembangkan skill mereka. Kait rapat dengan baby led weaning dan boleh dimulakan seawal 6 bulan tapi WAJIB mula waktu 8 bulan.
Penggunaan finger foods penting sebab
1. Bantu anak kembangkan skill untuk pegang barang
2. Bantu anak belajar fokus untuk menyuap makanan dalam mulut
3. Bantu anak menarik minat dekat makanan depan mata (guna konsep play time waktu eating time)
4. Bantu anak belajar gigit kuantiti yang sesuai (banyak sangat takleh kunyah nanti)
5. Bantu mak ayah tentukan makanan apa yang anak suka
Dan banyaaaak lagi. Tapi waktu buat finger foods takleh senang senang potong. Baby bukan macam orang besar semua dah pandai. Mereka masih lagi dalam fasa belajar.
Maka waktu nak buat finger foods pastikan ada ciri ciri berikut
1. Saiz finger foods lebih besar dari genggaman baby
Senang baby nak pegang, nak belek, nak gigit. Ingat baby tak boleh pegang guna jari / pinch seperti kita. Mereka masih belajar. Bila dah pandai menyuap dan gigit baru saiz dari potongan panjang jadi kiub besar (waktu ini usia lebih kurang 10bulan)
2. Lembut
Tahap kelembutan adalah makanan tersebut boleh dilenyek untuk jadi makanan baby. Kalau tak boleh lenyek, maka makanan tersebut keras dan perlu di stim/rebus untuk lembutkan lagi. Tak kisah makanan tersebut dari kumpulan karbohidrat ke sayur ke protein ke…pastikan lembut.
3. Jangan beri dalam bentuk bulat
Contoh buah anggur, buah kiwi, pasta makaroni, kacang. Bentuk bulat ni meningkatkan risiko untuk baby tercekik.
4. Beri dalam kuantiti sedikit
Jika terlalu banyak sukar untuk anak capai satu satu. Baby capai banyak sekali dan akhirnya bukan belajar menyuap masuk mulut, nanti bagi meja and lantai makan.
5. Sentiasa pantau anak
Walaupun anak sudah pandai makan finger foods, suap sendiri, parents tetap kena pantau untuk elak risiko anak tercekik. Tapi harus tahu perbezaan gag reflex dan tercekik. Gag relfex apabila anak makan terlalu banyak atau perkenalkan makanan baru yang mereka tak kenal.
Akan buat aksi muntah dan berbunyi wuek..air liur selalu meleleh. Relaks tengok anak dulu..jangan terus ambil makanan. Tapi cekik tiada bunyi dan nampak anak sukar nak bernafas, tiada air liur meleleh dan senyap. Perlu ambil tindakan segera.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan main banyak stok makanan di dapur. Sepanjang tempoh PKP ni, kita akan tambah stok banyak-banyak supaya tak susah untuk keluar lagi. Sebaiknya belilah bekalan yang mencukupi sekurang-kurangnya untuk dua minggu untuk memudahkan urusan di dapur.
Ada sesetengah bahan dapur yang tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Sesetengahnya perlu disimpan bagi kerana ia memerlukan suhu sejuk untuk bertahan lama. Nana Ruzanna ada berkongsi tentang pengurusan peti ais yang betul di laman Facebooknya.
Ikuti perkongsian ini.
🎯Pengurusan Peti Ais yang betul Jom semak yukk🤗
1. #SOS Ini termasuk sos cili sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonaise yang sudah dibuka. Ada yang suka simpan kat luar tapi cara yang sebetulnya ialah kena simpan dalam peti ais. Kalau perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis “refrigerate after opening”.
Ini untuk mengelakkan pertumbuhan kulat kat sekeliling mulut botol dan penutup botol. So nak simpan kat mana? Kat bahagian pintu peti ais.
2. #SUSU 🥛 🥛 Ok next susu. Untuk susu dalam tin tak kisah pekat atau cair boleh disimpan dalam peti ais dibahagian pintu peti. Sebelum simpan kena transfer dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup (plastik or kaca). Elakkan simpan dengan tin-tin sekali dalam peti ais, sebab kita tahu dalam peti keadaannya lembap dengan oksigen, boleh mengalakkan pengaratan pada tin. For safety reason tu belum lagi kalau terambil terpegang mulut tin tu, tajam ada yang berdarah nanti.
Susu segar/ susu kotak simpan kat bahagian dalam, jangan simpan kat bahagian pintu. Bahagian pintu suhunya paling tak stabil, berubah ubah bila kita buka tutup pintu peti ais tu. Perubahan suhu yang kerap boleh sebabkan susu cepat rosak.
3. #TELUR 🥚 🥚 Cara menyimpan telur dengan betul. Ada dua cara :
📌Simpan di luar peti ais 👉Lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab satu: ada tarikh best before dicetak pada bekas telur, kedua: telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum dimana telur kuning dia berada ditengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang2nya sebelum best before date) 👉Jangan dibasuh, disebabkan dikulit telur ada satu lapisan perlindungan untuk menghalang bakteria masuk dalam telur dan percepatkan proses telur rosak. 👉Simpan ditempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan sekejap panas sekejap sejuk.
📌Simpan dalam peti ais (chiller) 👉Jangan disimpan di bahagian pintu peti ais. Seeloknya hendaklah disimpan di bahagian dalam peti (bahagian shelf) sebab pintu peti ais kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap (kerap berubah suhu bila kita buka dan tutup pintu peti). Perubahan suhu yang ketara boleh menyebabkan telur cepat rosak. 👉Kalau disimpan bahagian dalam peti, simpan dalam bekas telur (atau any bekas yang muat) yang kedap udara bertutup rapat untuk elakkan cross contimination telur yang kotor (sebab telur jangan dibasuh for same reason as above) dengan makanan lain dalam peti ais. Jangan dibasuh telur, nak masak baru basuh.
4. #UBAT-UBATAN 💊💊 Ramai yang suka letak ubat dalam peti lagi-lagi bahagian pintu peti ais,kan? Ubat tak perlu disimpan dalam peti ais ya. Apatah lagi di bahagin pintu peti ais. Kalau kita simpan kat pintu, kita bukan tambah tempoh best-use dia, kita cepat rosakkan dia lagi ada.
Ubat-ubat cecair sangat sensitif dengan haba, kelembapan, dan cahaya matahari. Kita pun tahu dalam peti ais tu kawasan nya lembap. Lagipun kat botol ubat ada label “keep in dry and cool place” bukan cool peti sejuk ye. Memadai dalam kabinet yang jauh dari cahaya matahari dan agak dingin.
So nak simpan kat mana, simpan je dalam kabinet/pantry. Ubat dah buka atau belum simpan je dalam pantry. Ubat yang dah dibuka pun ada expired date dia. So penting nya bila bukak cap ubat tu terus label kat penutup ubat tu bila kita dah bukak ubat tu.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...