Jika anak lambat bercakap memang buat ibu bapa risau cuma tak tahu nak buat apa. Ada juga hanya membiarkan ia berlaku tanpa sebarang tindakan disebabkan ada yang kata, “tunggulah sehingga enam tahun, anak boleh lah bercakap nanti” dan ada juga kata sebab genetik.
Apa pun alasannya, ibu ayah tolong ‘take note’ bahawa jika dibiarkan begitu je, memang akan memberikan kesan kepada perkembangan anak. Memang nampak remeh, tetapi jika anak lambat bercakap ia akan menganggu kemahiran membaca, menulis dan sekali gus, hubungan sosialnya dengan rakan sebaya akan terjejas.
Nak tahu cara bagaimana nak handle anak yang lambat bercakap. Memang ada pelbagai cara yang kita ketahui dan baca sebelum ini. Mungkin boleh cuba pula cara yang dikongsi oleh puan Nabilla Nasir moga menjadi panduan buat ibu ayah.
Harini saya nak share tips yang dikongsi pakar HTJ untuk galakkan anak 1-2 tahun bercakap perkataan yang bermakna seperti, makan, susu, mandi. Ikut carta perkembangan, anak umur 1-2 tahun perlu cakap sekurang-kurangnya 10 perkataan bermakna. Kalau kurang dari 10, sudah dikira delay.
Kalau nak guna english pun boleh. Sebab ada perkataan lebih mudah disebut dalam english. Dan untuk anak 2-3 tahun dah boleh sambung 2 perkataan. Contoh, “nak makan”, “ibu lapar” Cukup kita monitor yang ini dulu. Bila anak boleh berkomunikasi dengan baik, kita as parents taklah stress nak menjaga. Sebab kita tahu apa yang anak mahukan. Kurang tantrum.
Saya kongsi dalam bahasa pasarlah ye. Bagi semua senang faham. Kot ada yang nak share tips lain dialukan sangat. Setakat 1 minggu ni saya pakai 5 cara kat bawah ni. Yang paling termampu saya nak buat.
Okey jom check.
1. Bila anak meminta sesuatu dengan menarik tangan kita, tanya kembali dia nak apa. Walaupun kita dah tahu apa yang dia mahu. Time ni sure anak akan merengek dan menangis. So parents kena sabar dan jangan give up. Fasa ni akan jadi sedikit memenatkan. Kita tanya sebab nak galakkan dia bercakap. Ada masa anak tak berapa nak respons. Takpe keep talking.
Ads
Contoh situasi:
Ibu sebut,
Kakak nak apa? Nak biskut ke? Ohhh ini biskut. BISSSSKUTT. BISSSSKUTT. Kakak makan biskut. Sedapnya biskut ni.
Sebut berulang-ulang. Kalau anak dapat tangkap perkataan yang kita sebut dan dia sebut semula pelat, takpe. Umur 1-3 tahun memang kanak-kanak bercakap pelat. Normal. Jangan risau. By right umur 4 tahun sebutan dia dah jelas.
Umur 1-2 tahun kita fokus dulu pada anak tahu cakap perkataan yang bermakna.
2. Galakkan anak untuk bermain dengan kanak-kanak lain. Walaupun kedengaran mereka bercakap bahasa alien yang kita tak faham. Itu petanda bagus. Sebab dia cuba nak berkomunikasi. Bahasa alien kanak-kanak ni kita panggil jargon. Permulaan kepada komunikasi anak-anak adalah bahasa alien inilah.
Ads
3. Cakap sedikit kuat dengan anak. Ibarat suara cikgu kat dalam kelas. Sebut perkataan jangan laju. Cakap pelan-pelan.
4. Teman anak ketika dia bermain. Waktu tu kita banyakkan bercakap dengan dia. Walaupun tiada respons teruskan bercakap.
5. Kurangkan gajet. Kalau dia tengok tv, kita join sekali menyanyi dan menari hora horey tuh. Tak bolehlah nak harap cikgu taska je berjoget untuk anak kita kan.
Ads
Hope saya dan husband konsisten buat 5 perkara ni. Husband pun saya minta untuk dia terlibat sama semaksimum yang boleh.
Yelah lelaki ni jarang banyak mulut. Yang selalu memotir kitalah ibu-ibu ghimau & mak bawang ni kan.
***Add on tips 13/5/2020
6. Galakkan anak untuk buat aktiviti meniup. Tiup belon, bubbles, wisel, lilin dan makanan. Tiuplah mana yang boleh ditiup. Ini untuk exercise mulut anak.
7. Buat beberapa aktiviti simple bersama anak. Nak anak mula bercakap kita perlu banyak buat aktiviti dan galakkan dia bermain.
Kita selalu bergurau dengan ibu bapa yang lain nak berbesankan mereka, atau nak jadikan anak mereka yang comel sebagai menantu. Bila tengok je anak kecil yang comel terus nak jadikan menantu. Mungkin kita anggap itu satu gurauan.
Puan Insyirah Solehah telah berkongsi di mana bahaya bila kita bergurau nak jodohkan anak-anak yang masih kecil walaupun hanya sekadar gurauan. Kenapa bahaya? Ikuti perkongsian ini.
Bila dah jadi ibu ni ada masa kita bergurau bila berbual dengan sahabat-sahabat yang dah jadi ibu ayah.
“Anak kau ni boleh buat jadi menantu aku.”
“Kita berbesan lah ya.”
Tak terlepas juga dari gurauan sebegini. Cuma tersentak bila dengar kuliah dari Ustaz Dr Khalid Basalamah (boleh cari di youtube) yang mengingatkan terutama para ayah agar menjauhkan diri dari bergurau senda perihal perkahwinan anak-anak.
Apatah lagi kalau bapa anak perempuan dan bapa anak lelaki “setuju” walaupun secara gurauan ia akan menjadi satu pertunangan. Subhanallah!
3 perkara yang tidak boleh dibuat gurauan:
1. Nikah 2. Talak 3. Rujuk
Nampak main-main, tak sengaja atau saja suka-suka nak bergurau tapi tak sedar dah berlaku syariat di situ.
Dr Khalid ada ceritakan sahabatnya bila ada kawan yang lain bergurau nak jadikan anak perempuannya menantu, sahabatnya diam. Tak jawab apa pun.
Dr Khalid tanya, “kenapa kamu diam?”
Sahabatnya menjawab, “sesungguhnya aku khuatir sekiranya aku mengangguk atau mengatakan setuju, kelak bila anak aku dewasa aku terpaksa meminta izinnya (anak kawannya) kalau dia (anak perempuannya) mahu menikah dengan orang lain.”
Aduh!
Ada rasa macam kena pulas telinga tak? Huhu. Ada perkara boleh dibuat bergurau, ada perkara langsung tak boleh dimain-mainkan.
Kalau nak diikut bergurau entah dah berapa kali anak-anak terpaksa bertunang tanpa kerelaan, phew!
Bila anak menangis, ibu mulalah susah hati. Tapi orang sekeliling bila tengok ibu pujuk anak akan ada macam-macam persepsi. Sebenarnya ada sebab kenapa ibu-ibu resah dan tidak sampai hati mendengar bayi menangis.
Biasalah akan ada suara-suara sumbang yang mengatakan “Biar dia menangis. Jangan manjakan sangat. Jangan angkat dia. Nanti bila besar dia besar kepala.” ataupun “Biar dia menangis. Kita perlu disiplinkan anak dari bayi lagi.”
Menurut Pengasas Parent Connect, Puan Nor Afidah Abu Bakar, pendapat ini mengarut dan tidak ada asasnya.
Ikutlah naluri keibuan itu dan jangan dibiarkan bayi anda menangis. Abaikan suara sumbang itu yang mungkin tidak (belum) sampai ilmu kepadanya.
Membiarkan bayi menangis dan mengabaikannya antara lain boleh menyebabkan:
*Perubahan struktur dan fungsi otak.
*Kesannya sama seperti orang dewasa yang mengalami kemurungan.
*Sistem adrenaline yang terlampau aktif boleh menyebabkan tingkah laku impulsif, ganas dan agresif apabila dewasa.
*Mengganggu tumbesaran dan sistem imun hingga mudah dihinggapi penyakit.
*Mempengaruhi perkembangan intelektual dan sosial.
*Menyukarkan anak mengawal emosi.
Dan bermacam-macam lagi kesan jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang ke atas anak hanya kerana tangisannya diabaikan ketika bayi.
Tangisan adalah satu-satunya cara bayi berkomunikasi.
Jangan diambil mudah perkara ini.
Kita boleh ubah amalan dan kepercayaan karut dalam masyarakat dengan ilmu.
Memang normal, waktu kita nak tidur ada yang menghalang kan? Elok nak pejam mata, si kecil tu pun mulalah ajak kita main. Naik atas badanlah, tepuk-tepuk muka lah. Sudahnya, lewatlah kita tidur. Bangun pagi, mata habis bengkak! Alahai, anak..
Apabila anak menjangkau usia 9 hingga 12 bulan dan ke atas, banyak perubahan yang berlaku. Selain perubahan pada fizikal yang semakin ketara dan lebih aktif, tidur malam juga kerap tertunda. Tidur amat mustahak untuk perkembangan bayi dan kanak-kanak kerana otak mereka berkembang sewaktu tidur.
6 KESILAPAN PERLU ELAK JIKA MAHU ANAK SENANG TIDUR
1.Tidur siang terlalu lama
Ini menjadi salah satu punca utama masalah sukar tidur malam. Apabila bayi tidur siang terutamanya pada waktu petang terlalu lama, mereka akan rasa segar, tidak mengantuk dan bertenaga pada malam hari. Ia akan menyebabkan sama ada mama dan papa perlu membiarkan anak bermain sehingga mengantuk sendiri awal pagi atau perlu berperang untuk memaksanya tidur dengan cara paksaan yang mana perlu dielakkan.
2.Persekitaran bising dan terlalu cerah
Suasana bising dan keadaan pencahayaan yang terlalu cerah boleh menjadi sebab kenapa bagi sukar untuk tidur pada waktu malam. Seelok-eloknya wujudkan suasana yang cosy apabila waktu tidur anak kian hampir.
Malapkan pencahayaan dengan memasang lampu meja dan memadamkan lampu siling. Matikan TV dan gajet sekurang-kurangnya 1 jam sebelum waktu tidurnya.
3.Terlebih rangsangan
Elakkan melakukan aktiviti rangsangan seperti bermain permainan melibatkan pergerakan fizikal yang aktif dengannya supaya pergerakan badan mula perlahan dan bersedia untuk tidur.
Peralatan seperti buaian seringkali menyebabkan kebergantungan. Kalau tak ada alatan ini, bayi tidak mahu tidur atau amat susah untuk melelapkan mata. Jadi, kalau anda tidak mahu pergantungan pada kemudian hari, elakkan dari membiasakan bayi dengan buaian daripada awal lagi.
5.Elakkan bergantung kepada pergerakan
Biasakan bayi didukung atau didodoikan dengan cara pergerakan. Apabila tidak dapat dua cara ini, ia boleh jadi punca bayi sukar untuk tidur. Seelok-eloknya biarkan bayi tidur di atas tilam. Paling tidak, mama dan papa hanya menepuk pahanya sehingga tertidur.
Bayi tidak mempunyai rutin tidur yang tetap akan mengalami masalah untuk tidur. Ibu ayah perlu mewujudkan rutin tidur bagi memudahkan mereka tidur. Tapi perkara ini tidak akan berlaku dalam masa yang singkat.
Rutin tidur yang seelok-eloknya mula diciptakan pada seawal selepas pantang. Misalnya selepas mandi malam, disusukan malam dan kemudian tidur. Patuhilah rutin ini untuk mengelakkan ‘berperang’ untuk tidur di waktu malam.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.