Acute Gastroenteritis (AGE) penyakit yang selalu kanak-kanak hadapi semasa musim Raya. Bahasa mudah nak faham, anak kita cirit birit dan muntah teruk. Selalunya disebabkan kuman Rotavirus yang sangat mudah tersebar melalui sentuhan dan minuman/makanan.
Rotavirus ialah satu jangkitan usus yang biasa berlaku pada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 3 tahun. Gejala-gejala jangkitan ini ialah cirit-birit, muntah dan demam. Kekurangan cecair badan disebabkan cirit birit dan muntah ini boleh membawa maut jika gantian cecair tidak diberi dengan segera.
Apakah yang menyebabkan jangkitan ini?
Rotavirus adalah salah satu penyebab utama cirit birit dan muntah di kalangan kanak-kanak. Ia merebak melalui pencemaran najis.
Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia diberikan?
Ia adalah vaksin oral jenis hidup yang mengandungi 5 jenis rotavirus yang dihasilkan daripada rangkaian rotavirus manusia dan lembu.
Ads
Ia juga tidak menyebabkan teleskopi pada bahagian usus (intussusception) yang pernah terjadi sebagai kesan sampingan daripada vaksin rotavirus terdahulu yang pernah diluluskan. Vaksin tersebut dihasilkan daripada rangkaian rotavirus monyet. Teleskopi pada bahagian usus (intussusception) jarang berlaku pada kanak-kanak secara amnya di mana usus menjadi tersumbat disebabkan usus itu sendiri termasuk ke dalam atau teleskopi ke dalam, kesan daripada pergerakan usus.
Terdapat 2 jenis vaksin rotavirus di Malaysia iaitu ‘RotaRix’ dan ‘RotaTeg’. Pemberian vaksin adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pengeluar vaksin masing-masing.
Antara semua jangkitan yang menyebabkan cirit birit dan muntah, Rotavirus ialah jangkitan yang paling kejam dengan anak. Mak ayah selalu gambarkan anak mereka begini, “Setiap kali anak saya cirit, macam keluar air paip”.
Kalau seorang anak dah kena jangkitan Rotavirus, kemungkinan besar anak yang lain pun akan kena juga. Jika anak ada tanda-tanda dehidrasi ni, terus saja bawa ke klinik atau hospital. Daya tahan anak tak sekuat kita orang dewasa ni.
Ads
-Ubun kepala berlekuk (hanya untuk anak bawah 18 bulan).
-Mata cengkung.
-Menangis tanpa air mata.
-Kurang kencing atau kencing jadi pekat.
Ads
-Lesu dan tak bermaya.
-Bibir, lidah dan lapisan dalam mulut jadi kering.
Ni semua tanda yang badan anak sangat kurang air. Air dalam badan semua dah keluar melalui muntah dan cirit birit tapi tak dapat diganti dengan laju.
Bantu saya #sebarkan supaya lagi ramai mak ayah yang tahu. Kita tak nak terlewat merawat bayi/anak kecil kita.
Eira Syazira, pengacara rancangan Pa&Ma kongsi 4 tip badan langsing walau pun beranak 3. Katanya kena rajin & bijak guna masa
Ibu kepada Amarra Sofea Rose, 5, Ameisya Leanne Rose, 1 dan Areisya Suri Rose, 6 bulan sentiasa kelihatan cantik walau pun sibuk menguruskan rumah tangga dan perniagaan.
Tentu ramai yang ingin tahu bagaimana Eira mengekalkan kecantikan & kelangsingan badan dan kecergasan diri walau pun mempunyai jadual padat.
Setiap kali bersalin, 44 hari Eira akan diurut, mengambil hanya segenggam nasi setiap kali waktu makan bersama sayur dan lauk manakala pada sebelah malamnya hanya meminum Milo kosong atau susu segar rendah lemak.
Ais juga merupakan kepantangan Eira. Eira juga perlu memastikan staminanya berada di tahap optimum memandangkan dirinya akan membuat come back di Indonesia tidak lama lagi.
Jangan lupa saksikan Eira & Azad sebagai pengacara rancangan Pa&Ma setiap Selasa jam 12 Tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Banyak tajuk keibubapaan yang dikupas dan info berguna yang dikupas setiap minggu.
Setiap kali terkena ulser mulut atau mata ikan, sudah pasti semua akan jadi serba tidak kena bukan? Hendak makan dan minum pun payah!Ini kerana walaupun ia mungkin kelihatan kecil sahaja namun kepedihan yang disebabkannya adalah sangat mengganggu.
Disebabkan itu, ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dan pelbagai cara merawat ulser pada mulut ini haruslah dicuba. Di sinilah hadirnya manfaat ubat gel mulut.
Apa itu ulser mulut?
Ulser mulut atau lebih dikenali sebagai mata ikan dalam kalangan masyarakat kita adalah sejenis kondisi di mana muncul tompok berwarna putih pada kawasan oral.
Kebiasaannya, ia akan muncul di bibir, gusi, lidah, dalam pipi atau pada tekak dan akan mengakibatkan kepedihan apabila sesuatu menyentuhnya. Ia akan berlaku apabila lapisan permukaan kulit pada kawasan oral ini terhakis atau terluka lantas mendedahkan deria kesakitan pada anasir luar.
Berita baiknya, kepedihan yang dialami akibat mata ikan selalunya tidaklah begitu lama kerana ia boleh sembuh secara sendiri dalam masa beberapa hari atau minggu.
Ramai yang mengaitkannya dengan dehidrasi akibat tidak cukup minum air putih! Selain itu, apa punca ia berlaku agaknya ya?
Puncanya?
Seperti yang sudah selalu dimomokkan kepada kita, mata ikan mungkin boleh terjadi akibat mulut yang terlalu kering ekoran dehidrasi akibat tidak cukup minum air.
Dalam pada itu, kondisi ini juga boleh disebabkan oleh pelbagai faktor termasuklah:
Pemakaian gigi palsu atau pendakap gigi
Kecederaan ketika memberus atau memflos gigi
Kelecuran akibat makanan atau minuman yang panas dan kasar
Kerengsaan akibat penggunaan antiseptik yang kuat seperti ubat kumur
Kedudukan gigi yang tidak rata dan tajam
Jangkitan virus seperti virus herpes simplex
Tergigit bahagian dalam mulut secara tidak sengaja
Mengalami reaksi alahan terhadap ubatan tertentu
Ruam kulit di mulut (lichen planus)
Perubahan hormon tubuh badan
Penyakit jangkitan kelamin (STD)
Penyakit autoimun
Penyakit gastrousus
Kanser mulut
Ternyata, mata ikan juga boleh menjadi indikator kepada penyakit lain yang mungkin boleh mendatangkan mudarat sekiranya tidak dirawat dengan segera!
Ini cara merawat ulser mulut yang berkesan!
sindrom mulut terbakar
Disebabkan kondisi ini sangat kerap berlaku, terdapat pelbagai cara merawat ulser mulut yang boleh dicuba sama ada secara moden atau tradisional. Selain mendapatkan ubatan daripada doktor, anda mungkin mahu cuba merawatnya dengan bantuan unsur semula jadi seperti berikut:
Garam
Madu
Mentega
Santan
Ais
Minyak kelapa
Soda penaik
Cara menggunakannya juga adalah amat mudah iaitu hanya dengan menyapukan bahan-bahan ini pada kawasan oral yang terkena mata ikan. Dalam pada itu, ada satu ubat gel yang sangat popular digunakan sebagai cara merawat ulser mulut dan sangat mudah ditemui iaitu bonjela.
Namun, ada sesuatu yang anda perlu tahu mengenai ubat ini menurut Public Health Malaysia!
Guna ubat gel bonjela rawat ulser mulut?
Buat anda yang mungkin belum tahu, bonjela adalah ubat gel yang digunakan untuk mengurangkan dan mengebaskan kesakitan ulser mulut. Produk ini mengandungi salicylate salts iaitu sejenis bahan kimia mempunyai kesan yang sama dengan Aspirin.
Dalam erti kata yang lebih mudah, ubat gel ini dicipta sebagai ubat tahan sakit dan kesannya sangat efektif. Pun begitu, ada satu berita terbaharu yang terjadi di luar negara telah menggemparkan dunia berkaitan ubat gel bernama bonjela ini.
Seorang bayi dari New Zealand hampir maut setelah mengalami salicylate overdose selepas disapu cecair bonjela berulang kali dalam tempoh masa yang singkat. Ibu bapanya melakukan hal sedemikian ekoran ingin mencuba merawat mata ikan yang dialami si kecil mereka.
Malangnya, bayi berusia 7 bulan itu secara tiba-tiba sahaja berhenti bernafas dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Berita baiknya, bayi malang itu dapat diselamatkan namun ia menunjukkan bahawa ubat gel ini sebenarnya adalah kurang selamat untuk diambil.
Ini terutamanya jika ia disapu secara berulang kali dalam tempoh waktu yang singkat dan diberikan kepada golongan bayi atau kanak-kanak. Medicines & Healthcare Products Regulatory Agency (MHRA) telah mengeluarkan amaran sejak tahun 2006 lagi agar ubat ini digunakan secara terkawal. Ada risiko yang memungkinkan golongan kanak-kanak menghidapi Sindrom Reye sekiranya produk ini tidak digunakan secara terkawal dan berwaspada.
Kesimpulannya, kita masih boleh sapu ubat gel dalam mulut tapi jangan gunakannya berulang-ulang dalam tempoh yang singkat. Dapatkan juga konsultasi doktor pediatrik sebelum menggunakan ubat gel pada anak kecil.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanggungjawab sebagai bapa bukan mudah. Lagi-lagi membesarkan anak. Bagi pengacara My Doctors, Dr Say Shazril dia akui jika anak sakit, memang tak senang duduk.
Selepas bayinya disahkan mengalami jangkitan kuman di paru-paru baru-baru ini, perasaannya hanya Allah yang tahu. Sebab itu sebagai bapa, Dr Say rasa bertanggungjawab untuk berkongsi kepentingan mengambil vaksin tambahan untuk bayi.
Menurut Dr. Say, vaksin tambahan seperti Pneumococcal dan Rotavirus perlu untuk bayi terutama anaknya yang baharu sahaja terkena jangkitan kuman di paru-paru, bagi mengelak dari jatuh sakit.
“Lepas apa yang berlaku kepada baby saya baru-baru ini (jangkitan kuman di paru-paru). Saya dan bini decide its best Ace ambil optional vaccine terutamanya Pneumococcal kerana kuman nowadays makin ketegaq. Maka here we are having our Pneumococcal + Rotavirus + compulsory vaccines.
“Mesti ada yang tertanya-tanya ‘Tak apa ke doc cucuk banyak-banyak vaccine tu dalam satu masa? Sebab pergi klinik ada yang kata kene tunggu sebulan untuk dapatkan vaccine seterusnya’. Jawapanny IT’S OKAY dan saya dah confirm kan dengan pakar kanak-kanak Datin Dr Asmiati ni, cumanya satu tu cucuk kat peha kanan, satu lagi cucuk kat peha kiri.
“Mungkin ada pula yang concern ‘tak kasihan ke doctor kena cucuk banyak-banyak satu hari?’. Jawapan saya, lagi kasihan kalau baby kita kena cucuk almost hari-hari sekiranya dia di warded sebab tangisan dan jeritan dia each time kena ambil darah hari tu buat saya cukup sayu tapi saya faham itu semua perlu,” tulisnya.
Dr. Say berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik foto anaknya dan isteri, Dr. Azura Abas bersama doktor yang bertanggungjawab memberikan vaksin tersebut kepada anaknya.
Bagaimanapun, Dr. Say membuat kesimpulan sebenarnya vaksin tambahan tersebut hanya pilihan sahaja dan bergantung kepada keperluan setiap bayi.
“Kesimpulannya memang tak wajib ambil vaccine optional ni sebab namanya pun optional (pilihan). Tapi kalau anak anda sering batuk selsema atau anak anda dijaga pengasuh / daycare ape salahnya anda HARUSKAN yang optional itu untuk kebaikan dia dan kebahagiaan anda juga sebab teramat menyedihkan melihat yang tersayang kita sakit,” jelasnya lagi.
Perkongsian tersebut dipersetujui oleh ibu bapa kerana ramai menganggap sekarang persekitaran untuk anak-anak dah tak selamat.
Dr. Say dan isterinya, Dr. Azura berkahwin pada 30 Mac 2014 dan mereka menimang cahaya mata pertama pada 5 Mei lalu.
Sumber: ig Dr Say Shazril
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak...