Kalau anak sakit mesti si kecil tak selera makan kan? Apa kata mama papa cuba 4 resipi antibiotik menu ini buat anak berselera dan bertenaga. Resipi ini disediakan dan dikongsikan oleh Puan Shazney Rahman untuk anaknya, Faleq.

ANTIBIOTIC MENU! This week Faleq kurang okay. Alhamdulillah Faleq tak demam cuma batuk berkahak. Selera seperti biasa cumanya batuk tu je tak best dengar. Jadi kakak decide kena alter balik menu2 dia change tu menu2 yang kurangkan batuk dan kahak. Jadinya minggu nie semua makanan Faleq bersifat menu penyembuhan.

Semua jenis berkuah dan kukus even breakfast dia pun kakak tak bagi yang deep fry. Kukus atau grill sahaja. Alhamdulillah Faleq getting better. Tak sia2 mama hempas pulas pikir menu bersifat antibiotik nie.

Cuma nak cakap if anak kita tak sihat kita bukannya catu makan tapi kita alter balik menu sedia ada. Baby perlukan zat untuk dia sembuh. Macam Faleq since dia berkahak kakak cuba elakkan makanan yg deep fry,diary product,ghee semua tu.

Banyakkan menu bersup,kukus je dan kalau tumis pun minyak seminima yang boleh.Hasilnya kahak dah slowly hilang batuk dah kurang banyak. Ohh ya kita rujuk jugak Faleq dengan doktor. Faleq sembuh pun dengan bantuan ubat jugak selebihnya kakak take action sendiri.

Kalau anak kita tak okay tolong rujuk pihak yang lebih pakar. Sometime kita cuma mampu slowkan virus tak mampu lawan virus jadi sila rujuk klinik ye. Semua resepi2 nie kakak buat 5 hari di rumah bs. Even Faleq tak sihat makanan tetap best mama bagi dia!

Kalau Anak Sakit Mesti Tak Selera Makan Kan? 4 Resipi Antibiotik Menu Ini Buat Anak Berselera & Bertenaga

IKLAN

THAI FISH SOUP

-tumis bawang,halia,kunyit hidup,serai bersama 3 sekawan sehingga naik bau
-masukkan air 1 cawan dan masukkan carrot bersama kentang.masak sehingga agak empuk

-masukkan ikan dan celery sehingga mendidih
-masukkan serbuk lada hitam,perahan air limau dan tomato.tunggu sehingga masak.siap!

*boleh letak cbs sebagai penambah rasa
*resepi asal sepatutnya kena ada lengkuas dan masukkan sedikit daun ketumbar.Kakak tak letak sebab takda stok

Kalau Anak Sakit Mesti Tak Selera Makan Kan? 4 Resipi Antibiotik Menu Ini Buat Anak Berselera & Bertenaga

IKLAN

AYAM STEAM HALIA

resepi nie mudah dan sedap.

-Cuma perap ayam bersama lada sulah dan minyak bijan dalam 30 minit.
-Masa ready nak kukus cuma taburkan hirisan nipis halia di atas ayam dan tunggu sehingga ayam masak. Mudah kan

Kalau Anak Sakit Mesti Tak Selera Makan Kan? 4 Resipi Antibiotik Menu Ini Buat Anak Berselera & Bertenaga

IKLAN

TOMYAM AYAM WITH TOFU

-tumis tomato paste bersama serai tanpa minyak

-masukkan air, cbs dan carrot. masak sehingga agak empuk

-masukkan ayam dan celery. masak sehingga mendidih
-masukkan tofu,tomato dan perahan air limau.tunggu sehingga masak. siap!

Kalau Anak Sakit Mesti Tak Selera Makan Kan? 4 Resipi Antibiotik Menu Ini Buat Anak Berselera & Bertenaga

ASAM REBUS

-Blend bawang merah+putih, kunyit hidup dan separuh tomato, ketepikan
-Tumis tomato paste bersama serai tanpa minyak sehingga naik bau
-Masukkan bahan blend dan masukkan setengah cawan air, dah mendidih masukkan ikan,cauliflower dan bunga kantan
-akhir sekali masukkan sawi, tunggu sehingga masak. siap!

*boleh masuk cbs,asam keping dan serbuk lada hitam sebagai penambah rasa.Kakak tak letak asam keping sebab dah blend letak tomato sekali. Dia punya masam dah nice.

Sumber: Shazney Rahman Facebook

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI