Mungkin ada di antara anak-anak kita pemalu orangnya. Bila bercakap di rumah macam burung kakak tua, tak berhenti-henti. Tapi bila di sekolah atau luar rumah anak yang petah bercakap boleh bertukar senyap membisu?
Sama seperti perkongsian bapa ini di mana anak bongsunya tidak bercakap ketika berada di sekolah. Setelah berjumpa pakar barulah dia tahu bahawa anaknya menghidap “Selective Mutism”. Ikuti perkongsian ini.
Untuk para cikgu, jika anak murid korang jenis senyap membisu dan tak bercakap langsung di sekolah, cuba check samada murid tersebut mengidap “Selective Mutism” atau “Bisu Terpilih.”
Bukan murid tu tak boleh bercakap, tapi dia sangat petah bercakap di rumah dengan ahli keluarga. Hanya di sekolah dia senyap membisu.
Macamlah anak bongsu aku si Khaleed ni. Dia kalau bercakap sangat annoying okeh. Tapi kalau keluar jer dari rumah, dia akan senyap dan memilih dengan siapa dia bercakap. Dengan atok dia pun dia tak pernah bercakap, dengan mak pak sedara dia pun dia memiih yang tertentu sahaja.
Di sekolah lagilah senyap membisu. So, aku jumpa pakar dan dapatkan rawatan. Banyak yang aku belajar okeh. Dari apa yang diajar kepada aku oleh doktor dan juga dari buku dan nota research maka berikut adalah perkara yang para cikgu boleh bantu murid yang mengidap Selective Mutism ini.
1. Establish contact dengan murid tersebut. Jangan paksa dia bercakap tetapi biar dia kenal dan rapat. Biasanya murid begini dia buat jer apa disuruh, cuma dia tak bercakap. So beli jiwa dia dulu. Kenali dan rapati dia.
2. Jangan ignore tau murid macam ni. Lagi buat tak peduli kat dia lagilah dia membisu sampai habis sekolah. Dah masuk universiti pun ada yang tak bercakap juga. Tunjukkan yang murid tadi adalah penting sama macam murid lain.
3. Jangan paksa depa bercakap. Jangan marah-marah bila depa tak bersuara dan menjawab soalan. Bukan depa taknak tetapi anxiety menguasai diri depa.
4. Boleh encourage murid tadi agar berbisik untuk menjawab atau memberitahu sesuatu. Just pergi dekat, tanya soalan perlahan dan rapatkan telinga ke muka dia agar dia dapat jawab dengan perlahan. Selalu cuba, sebab sekali dua belum tentu berjaya.
5. Jangan hukum murid yang taknak bercakap ni. Dia macam hukum budak yang patah kaki tetapi kita suruh dia lompat. Mana maunya. Kalau hukum dia, lagilah dia tak bercakap langsung.
6. Cuba utamakan keperluan dia. Cuba tanya kat mana dia selesa duduk dalam kelas tu. Meja tepi tingkap ke, belakang ke, sebelah sesiapa ke atau dalam group mana ke. Depa akan angguk atau geleng untuk menjawab atau paling bagus gubakan teknik nombor 4 tadi.
7. Selalu berhubung dan berkomunikasi dengan mak ayah murid tersebut. Cuba sama-sama cari punca dan juga cari jalan untuk sama-sama membantu murid tadi.
8. Dalam kes tertentu yang tak dapat dibantu, mohon maklumkan kepada mak ayah untuk bawa anak tersebut berjumpa pakar psikiatri kanak-kanak untuk didiagnos dan dibantu dengan segera.
Itulah serba sedikit yang para cikgu boleh buat di sekolah untuk bantu murid-murid yang hadapi “selective mutism” atau “bisu terpilih” ini.
InshaAllah dengan bantuan para guru dan juga usaha mak ayah sendiri, isu anak SM ini akan dapat diatasi dengan segera.
Sama macam anak aku ni, selepas jumpa pakar, selepas aku belajar segala benda dari pakar maka aku praktikkan. Slowly nampak perubahan yang ketara.
Dia dah mula berbisik dengan guru-guru di sekolah. Sesekali terdengar juga suara dia agak kuat. Dengan mak pak sedara dia pun dah mula ada sepatah dua kata yan keluar dari mulut dia.
So, benda ni boleh dirawat. Kita kena sama-sama bantu. Mak ayah kalau ada cikgu bagitau anak tak bercakap di sekolah padahal anak kemain becok di rumah, maka ketahuilah anak itu ada selective mutism atau bisu terpilih ini.
Bantulah dia.
Banyak benda dia terlepas di sekolah sebab masalah ini. Ada kes anak sampai habis sekolah pun tak bercakap dengan orang.
Kesian dia okeh.
#superdaddy
#SelectiveMutismAwareness
Kredir: Khairul Abdullah
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI